Bunuh rakan tidak terima teguran berak merata-rata

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,573
Reaction score
1,895
Points
201
Bunuh rakan tidak terima teguran berak merata-rata
Share

Tweet

SUSPEK dua beradik dalam tahanan polis. FOTO agensi.

Agensi
Palembang: Hanya kerana tidak dapat menerima teguran akibat membuang air besar merata-rata, menjadi punca pembunuhan seorang pemuda di Indonesia.

Dua beradik Candra, 23, dan Calvin, 19, mengaku membunuh rakan mereka itu, Fran, 22, akibat dendam selepas mangsa tidak meminta maaf akibat keterlanjurannya menikam Candra.

Dalam pengakuannya kepada polis, Candra berkata, masalah perselisihan itu timbul ketika dia dan mangsa melepak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati.

Katanya, dia menegur Fran yang membuang air besar sembarangan di kawasan itu, namun tegurannya itu tidak diterima mangsa.

"Teguran saya itu membuatkan Fran marah dan memaki hamun, dia sempat menyerang dari belakang dengan menggunakan pisau dan terkena pada jari saya.

"Saya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mahu menunggu dia meminta maaf, namun penantian saya sia-sia.

"Kecewa dengan sikapnya, saya dan adik menyerang Fran yang ketika itu sedang bekerja di bengkel dengan senjata tajam hingga maut," katanya seperti dipetik Kompas.com.

Sementara itu, Ketua Polis Palembang Anom Setiyadji mengesahkan kejayaan tangkapan dua beradik itu pada 17 November lalu selepas hampir sebulan melarikan diri.

Katanya, kes pembunuhan itu berlaku akibat dendam lama antara suspek dan mangsa akibat masalah perselisihan faham.

"Suspek ditahan ketika bersembunyi di rumah keluarganya. Kedua-duanya bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah Akta 338 dan 340 kerana melakukan pembunuhan," katanya.
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,432
Reaction score
2,435
Points
206
berak merata maut menanti.
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,415
Reaction score
1,811
Points
206
bahayo btul, pasal taik pun blh jadi kes bunuh

klu kes rebut harta juta2 kena bunuh blh tahan laie, ni pasal beberapa ketol taik ajo

mcm lawak tapi betul ekekekekeke
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,573
Reaction score
1,895
Points
201
Jgn berak langsung. Haram!
Lg senang hahah
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
tahi adalah baja semulajadi .. tu la budak2 x sekolah mana tau .. endon :p
 
azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,951
Reaction score
937
Points
86
Kadang2 ada manusia yang disiplin sangat tapi tak nak bertolak ansur.
Mungkin suspek terlalu pembersih dan disiplin dan mangsa pulak main cincai hentam keromok je.
Macam penceraian suami isteri disebabkan picit ubat gigi di tempat berbeza2.
Lagi parah gaduh dan cerai disebabkan cadar tidak tegang.
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,464
Reaction score
2,158
Points
201
Bunuh rakan tidak terima teguran berak merata-rata
Share
Tweet

SUSPEK dua beradik dalam tahanan polis. FOTO agensi.

SUSPEK dua beradik dalam tahanan polis. FOTO agensi.
Agensi
Palembang: Hanya kerana tidak dapat menerima teguran akibat membuang air besar merata-rata, menjadi punca pembunuhan seorang pemuda di Indonesia.

Dua beradik Candra, 23, dan Calvin, 19, mengaku membunuh rakan mereka itu, Fran, 22, akibat dendam selepas mangsa tidak meminta maaf akibat keterlanjurannya menikam Candra.

Dalam pengakuannya kepada polis, Candra berkata, masalah perselisihan itu timbul ketika dia dan mangsa melepak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati.

Katanya, dia menegur Fran yang membuang air besar sembarangan di kawasan itu, namun tegurannya itu tidak diterima mangsa.

"Teguran saya itu membuatkan Fran marah dan memaki hamun, dia sempat menyerang dari belakang dengan menggunakan pisau dan terkena pada jari saya.

"Saya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mahu menunggu dia meminta maaf, namun penantian saya sia-sia.

"Kecewa dengan sikapnya, saya dan adik menyerang Fran yang ketika itu sedang bekerja di bengkel dengan senjata tajam hingga maut," katanya seperti dipetik Kompas.com.

Sementara itu, Ketua Polis Palembang Anom Setiyadji mengesahkan kejayaan tangkapan dua beradik itu pada 17 November lalu selepas hampir sebulan melarikan diri.

Katanya, kes pembunuhan itu berlaku akibat dendam lama antara suspek dan mangsa akibat masalah perselisihan faham.

"Suspek ditahan ketika bersembunyi di rumah keluarganya. Kedua-duanya bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah Akta 338 dan 340 kerana melakukan pembunuhan," katanya.
Akta apa tu 338 dan 340? KUHP ke?
 
Attachments

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,017
Reaction score
21,126
Points
1,671
yg fran pun lebih. kena tegur ngising merato nk menikam plak

oh lupa fran dh mati. yg mati xdapat nak bela diri
 
Sponsored Post
Top
Log in Register