BTC USD 27,713.9 Gold USD 1,978.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh Chee Gaik Yap: Mahkamah Rayuan kekal hukum mati anak Datuk

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
PUTRAJAYA 13 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert yang bersidang bersama Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa wujud kes prima facie terhadap Shahril Jaafar, 33, yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh.

Shahril yang merupakan anak seorang kenamaan bergelar Datuk didakwa membunuh Gaik Yap di kawasan kelab tersebut antara pukul 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan pukul 3.05 pagi, keesokannya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mah...Anak-Datuk-diperintah-bela-diri#ixzz3G0atoWeI
© Utusan Melayu (M) Bhd
a168.jpg


090531za907v99szu1aajj.jpg



sumber google
 
Hukuman mati kekal

kiler.jpg_1480414916.jpg


PUTRAJAYA 25 Jan. - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman mati terhadap anak seorang ahli perniagaan kerana membunuh seorang eksekutif pemasaran, 12 tahun lalu.



Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Shahril Jaafar, 36, yang juga merupakan anak orang kenamaan.

Kuorum berkenaan antara lain berpuas hati bahawa dapatan fakta yang diperoleh oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah menjurus kepada satu kesimpulan iaitu perayu bertanggungjawab membunuh mangsa.


Shahril disabitkan membunuh Chee Gaip Yap, 25, yang juga graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 14 Januari 2006 antara pukul 5.30 petang dan 3.05 pagi,15 Januari 2006 di kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani.


Mayat Gaip Yap ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 dalam keadaan separuh bogel di Jalan Kelab Cinta Sayang. Sebelum itu, mendiang keluar berjoging bersama adik perempuannya yang ketika itu berusia 24 tahun.


Kes itu mendapat perhatian umum selepas media melaporkan bahawa Shahril melarikan diri ke Perth pada 2006 sehingga mendapat taraf pemastautin tetap Australia.


Dia mengambil kesempatan melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui dan diberkas semula oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Perth pada 17 Januari 2012.


Pada 25 Jun 2013, Shahril terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan itu. Bagaimanapun, pada 13 Oktober 2014 Mahkamah Rayuan memerintahkan perayu membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/hukuman-mati-kekal-1.596918

Mahkamah Rayuan kekal hukum mati

main_ni_2912_p17_nurilyanna.ashx


PUTRAJAYA 29 Nov 2016 - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang ahli perniagaan kerana membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita di Sungai Petani, Kedah, 10 tahun lepas.


Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan Shahril Jaafar, 35, untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 9 Ogos tahun lepas menjatuhkan hukuman mati setelah mendapati Shahril bersalah membunuh Chee Gaik Yap, 25, di kawasan perumahan elit, Taman Ria Jaya, berhampiran Kelab Cinta Sayang Sungai Petani antara jam 5.30 petang, 14 Jan 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokannya.

Dalam menyampaikan keputusan penghakiman, Mohd Zawawi berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu disokong dengan bukti, sambil menambah bahawa hakim perbicaraan tidak terkhilaf yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Terdahulu, peguam Shahril, Shamsul Sulaiman berhujah bahawa anak guamnya bukan orang yang menyebabkan kematian Gaik Yap walaupun dia mengaku telah bertemu dengan wanita itu pada malam kejadian itu tetapi mangsa masih hidup ketika meninggalkannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah berkata pembelaan Shahril, yang memberikan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, adalah sesuatu yang difikirkan kemudian bagi mengelak sabitan membunuh.

Pada 25 Jun 2013, Shahril, anak seorang kenamaan bergelar Datuk, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, selepas rayuan pihak pendakwaan, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas setelah mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-bunuh-mahkamah-rayuan-kekal-hukuman-mati-1.592332

I had sex with victim the day she was killed

ALOR SETAR 29 Dec 2014: A businessman, charged with the murder of a jogger eight years ago, told a High Court that he had sex with the victim on the day she was murdered.


Shahril Jaafar, 33, in his defence statement in court, said at about 3pm on Jan 14, 2006, he had called a man named “Wayne” to get him a girl to fulfil his sexual urges after he watched a pornographic video earlier that day.

“I had told him my requirement for the girl to be a non-Malay in her 20s.

“At about 4pm, Wayne called me back and said he had arranged for the girl to meet me near the Cinta Sayang Club.

“He said the girl would look for me and at about 5pm, while I was waiting in my car near the club, the deceased Chee Gaik Yap suddenly appeared and knocked on my window.

“After introducing ourselves, I asked her to move to the back seat. She demanded RM350 and without further delay, we had sex,” Shahril said in his defence yesterday.

Shahril is charged with murdering Chee, 25, between Jan 14 and 15, 2006, near the Cinta Sayang Club in Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Chee, a marketing executive, was raped and her body dumped at the housing estate after being abducted while she was jogging in the neighbourhood.

On June 25 last year, the High Court here freed Shahril from a charge of murdering Chee after finding that the prosecution had failed to prove its case.

The appellate court had on Oct 13 set aside Shahril’s acquittal and ordered him to enter his defence.

In his defence yesterday, Shahril, who was represented by counsel Shamsul Sulaiman, added that he did not use a condom.

He said Chee left his car when his mother called him to pick her up after a golf tournament at the Cinta Sayang Club.

He claimed that when Chee left, she was still alive and had no injuries on her.

“It was the first and last time I saw her. I only got to know about a body being found outside the club the following day, and discovered that Chee had been murdered after reading about it in a newspaper the next day,” Shahril said, adding that “Wayne” could not be reached on the phone.


http://www.thestar.com.my/news/nati...i-had-sex-with-jogger-the-day-she-was-killed/


Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register