BTC USD 63,361.0 Gold USD 1,744.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 tahun, serta isterinya Murni Ahmad, 40 tahun, yang juga ibu tiri mangsa selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka, Siti Sarah Anuar, 26, dan adiknya Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, empat beranak itu didakwa telah membunuh seorang remaja perempuan yang bernama Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman,

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register