akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,548
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,548
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bungkus di Thailand, pos di Malaysia
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
A view of the sea
FOTO HIASAN
Rantau Panjang: Bungkus daun ganja menggunakan plastik kurier di Thailand, sebelum bekalan terbabit diseludup masuk melalui pangkalan haram di sini.
Bekalan terbabit kemudiannya akan dihantar ke destinasi tertentu yang ditetapkan sindiket pengedaran dadah dengan menggunakan khidmat syarikat kurier.
Bagaimanapun, taktik licik itu gagal mengaburi mata pihak polis selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 13.4 kilogram (kg) daun ganja mampat bernilai RM41,664 di pangkalan haram Jeram Perdah, di sini, 4.30 petang semalam.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, menerusi operasi berkenaan, turut ditahan, seorang pemuda yang bertindak sebagai 'runner'.
Katanya, ketika kejadian, anggota Batalion 8 PGA melakukan tinjauan sebelum mendapati seorang pemuda dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram.
"Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 13.4 kg daun ganja mampat dijumpai dalam beg galas suspek lelaki berusia 22 tahun itu. Saringan awal ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis Benzo.
"Siasatan lanjut juga mendapati suspek adalah 'runner' dan menerima upah RM250 bagi setiap 10 kg daun ganja yang diseludup.
"Modus operandi sindiket ini ialah membungkus dadah di Thailand menggunakan plastik syarikat kurier tertentu untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dihantar melalui pangkalan haram.
"Dadah yang diterima orang tengah itu kemudiannya akan dipos ke destinasi tertentu yang sudah ditetapkan sindiket berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Disiarkan pada: October 8, 2024 @ 7:50am