BTC USD 28,166.0 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bung Moktar, Zizie Izette didakwa rasuah RM2.8 juta

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2

Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 27 Mac​

27 Januari 2023 02:26pm

2071291.jpg


Prosiding membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.


KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pasangan itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, di sini yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.

Peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan telah ditetapkan pada 22 Mac sementara menunggu rekod rayuan yang masih belum siap.

"Sehubungan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan kes di Mahkamah Rayuan. Kami juga mohon kehadiran kedua-dua anak guam pada sebutan kes seterusnya dikecualikan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan pada sebutan kes seterusnya.

Rozina menetapkan sebutan semula kes itu pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Rayuan dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.

Bung Moktar, 63, yang berkerusi roda kerana mengalami keretakan pada bahagian kaki hadir ke mahkamah bersama Zizie Izette, 44.

Pada 3 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar dan isterinya untuk menggantung perbicaraan membela diri, sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2

Rasuah: Bung Moktar, isteri beri keterangan bermula 15 Jun​

20 Februari 2023 01:45pm

2100006.jpg


Bung Moktar dan isterinya akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen pada 15 Jun.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Jun.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu pada sebutan kes pada Isnin yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan, peguam M Athimulan mewakili Bung Moktar dan peguam Teh See Khoon mewakili Zizie Izette.

"Mahkamah perlu menetapkan tarikh perbicaraan memandangkan kes ini telah lama. Oleh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula Jun pada 15, 16, 26 dan 27, manakala Julai pada 10 hingga 14, 20, 21, 24 dan 25,” kata Rozina yang turut menetapkan 27 Mac untuk sebutan.

Terdahulu, Athimulan berkata, setakat ini seramai enam saksi pembelaan termasuk Bung Moktar dan isterinya akan memberi keterangan pada perbicaraan yang ditetapkan selama 13 hari itu.

"Pihak kami masih dalam pertimbangan sama ada akan menyediakan pernyataan saksi atau tidak,” katanya.

Ditanya Rozina mengenai status rayuan pasangan itu di Mahkamah Rayuan, Teh berkata pengurusan kes terhadap rayuan itu ditetapkan pada 22 Mac ini sementara menunggu rekod rayuan yang masih belum siap.

Pasangan itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.

Pada 3 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar, 63, dan Zizie Izette, 44, untuk menggantung perbicaraan membela diri, sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Bernama


 
Sponsored Post

Top
Log in Register