BTC USD 28,270.9 Gold USD 1,981.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bung Moktar, Zizie Izette didakwa rasuah RM2.8 juta

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1

Bung Moktar, wife fail in bid to review court order​


December 9, 2022 10:42 AM

bung-moktar-n-zizie-izzete-bernama-171022.jpg
The prosecution had objected to the review application by Kinabatangan MP Bung Moktar Radin and his wife, Zizie Izette. (Bernama pic)

KUALA LUMPUR: The High Court here has rejected the applications by Kinabatangan MP Bung Moktar Radin and his wife, Zizie Izette, to review a lower court ruling ordering them to enter their defence on charges of corruption and abetment.

Judicial commissioner Azhar Abdul Hamid said the court agreed with the prosecution’s preliminary objection against the review bid.

The prosecution, represented by deputy public prosecutor Law Chin How, objected to the couple’s review bid on grounds of technicality.
MORE TO COME
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abd. Samad kekal membela diri di Mahkamah Sesyen di sini pada Januari depan atas pertuduhan rasuah berkaitan pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual. Keterangan bela diri pasangan suami isteri itu dan saksi-saksi pembelaan dijadualkan didengar pada 3 Januari serta 9 hingga 13 Januari 2023. Perkara itu ditetapkan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan pasangan suami isteri itu....
https://www.utusan.com.my/.../bantahan-pendakwa-dibenar.../

Bantahan pendakwa dibenar, Bung Moktar dan isteri kekal bela diri​

bung-6.jpg



BUNG Moktar Radin (depan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi keputusan bantahan awal berhubung kes rasuah. - UTUSAN/AMIR KHALID

  • 9 Disember 2022, 12:46 pm



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abd. Samad kekal membela diri di Mahkamah Sesyen di sini pada Januari depan atas pertuduhan rasuah berkaitan pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.




Keterangan bela diri pasangan suami isteri itu dan saksi-saksi pembelaan dijadualkan didengar pada 3 Januari serta 9 hingga 13 Januari 2023.

Perkara itu ditetapkan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan pasangan suami isteri itu.



Ini bermakna, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya gagal dalam usaha untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan rasuah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan selaku responden dan membenarkan bantahan awal yang dikemukakan.

Mahkamah Tinggi mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 11 November lalu manakala Bung Moktar dan Zizie Izette memfailkan semakan secara berasingan pada 2 September lalu.

Pada prosiding tersebut, pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, Mohd. Sophian Zakaria dan Law Chin How manakala pasangan itu diwakili peguam M. Athimulan dan Datuk K. Kumaraendran.

Pada 17 Oktober lalu, pihak pendakwaan berhujah, pasangan suami isteri itu menggunakan tatacara yang salah dari segi undang-undang ketika memfailkan permohonan semakan melalui notis usul.

Chin How menyatakan, permohonan melalui notis usul itu bertentangan dengan Seksyen 35 dan 36 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964 dibaca bersama Seksyen 325 dan 326 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).


Ads by Kiosked
Seksyen 325 dan 326 CPC dibaca bersama Seksyen 35 dan 36 CoJA memberi kuasa kepada mahkamah untuk memanggil dan memeriksa mana-mana rekod prosiding.
“Tindakan pihak pembelaan memfailkan permohonan semakan melalui notis usul seolah-olah `memaksa’ mahkamah untuk mendengar permohonan semakan, walhal tindakan memanggil rekod prosiding adalah budi bicara mahkamah,” ujar Chin How.
Bung Moktar dan Zizie Izette antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil dan memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang mendengar dan memutuskan mereka perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah dan bersubahat.
Dalam permohonan itu, pasangan itu memohon perintah Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan yang disampaikan oleh Mahkamah Sesyen.
Kedua-dua pemohon berkata, hakim yang mendengar pembicaraan mereka terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan yang merupakan saksi utama dalam kes itu.
Pada 2 September lalu, Hakim Rozina Ayob memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.


Ads by Kiosked
Pasangan suami isteri itu dijadual memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk menyoal mereka semasa pemeriksaan balas.
Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan pasangan suami isteri itu menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen sementara menunggu permohonan semakan jenayah diputuskan.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – UTUSAN
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
Pasangan itu membuat rayuan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela dari atas tuduhan rasuah.

Bung, Zizie fail rayuan di Mahkamah Rayuan selepas ditolak Mahkamah Tinggi​




December 12, 2022 7:41 PM


Bung-Moktar-Zizie-Court-FMT-1.jpg
Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette berdepan tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 pada 2015.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas mahkamah tinggi menolak rayuan untuk mencabar arahan Mahkamah Sesyen yang meminta pasangan itu membela diri atas tuduhan rasuah dan bersubahat.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata pasangan itu memfailkan notis rayuan kepada pendaftar mahkamah tinggi, salinannya kemudian dihantar kepada pihak pendakwaan.

Notis itu difailkan di mahkamah tinggi bagi membolehkan pendaftar menyediakan rekod rayuan untuk kedua-dua pihak.

Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa adalah salah Bung dan Zizie memfailkan rayuan, disokong dengan afidavit, bagi meminta keputusan Hakim Rozina Ayob disemak.



Pihak pendakwaan berkata, pasangan itu hanya menghantar sekeping surat kepada Azhar bagi meminta keputusan itu disemak semula.

Timbalan ketua menteri Sabah itu didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 ketika beliau menjadi pengerusi Felcra.

Beliau didakwa menerima wang berkenaan sebarang dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual pada Jun 2015.
Zizie pula berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan Bung.

Law berkata, kes pembelaan dijadual bermula di mahkamah sesyen pada 3 Jan ini kerana Bung dan Zizie tidak memfailkan sebarang permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Bung dan Zizie diwakili peguam M Athimulan dan K Kumaraendran.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,849
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,849
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2

Prosiding bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh​

NOOR AZLIDA ALIMIN
03 JAN 2023
A⁻A⁺

2043656.jpg


Bung Moktar dan Zizie Izette


KUALA LUMPUR – Prosiding hari pertama bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi kes rasuah RM2.8 juta pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad di Mahkamah Sesyen di sini, ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan (COA) di Putrajaya.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan yang dibuat Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya itu, pada Selasa.

Berdasarkan notis usul yang difailkan 22 Disember tahun lalu, Bung Moktar dan Zizie Izette selaku pemohon menyatakan bahawa terdapat keadaan khas atau luar biasa untuk mewajarkan penggantungan prosiding di Mahkamah Sesyen, sehingga pelupusan rayuan pemohon di COA.

Menurutnya, ada kemungkinan rayuan itu akan berpihak kepada pemohon, atas dasar isu-isu perundangan yang dibangkitkan.

“Sekiranya penggantungan perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan ketidakadilan kepada kedua-dua pemohon,” kata notis itu.

Susulan ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob menetapkan 27 Januari untuk sebutan semula kes.

“Jadi, tarikh bicara pada 9 hingga 13 Januari ini dilapangkan untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status rayuan pemohon di COA,” katanya.

Sementara itu, Rozina menasihati kedua-dua pihak supaya bertindak lebih positif dan memberi perhatian kepada COA bagi mendapatkan tarikh lanjut.

“Tolong ambil langkah untuk memfailkan sijil perakuan segera kepada COA, mereka pasti akan pertimbangkannya kerana kes ini tergantung sejak 2019.

“Minta tarikh awal, saya pasti tertuduh juga gelisah untuk tahu, bila perkara ini akan berakhir, kerana ia bagaikan tiada penghujungnya,” katanya.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How dan Mohd Sophian Zakaria manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam M Athimulan.

Pada 2 September 2022, Bung Moktar dan Zizie Izette diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar bawah nama Zizie Izette, manakala isterinya itu berdepan tiga pertuduhan bersubahat.

Pada 23 September 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perbicaraan bela diri sementara menunggu permohonan semakan jenayah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berasingan.

Pada 9 Disember 2022, mereka gagal dalam permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen, setelah Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.

 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
#kualalumpur Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menggantung perbicaraan membela diri pasangan itu atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8j membabitkan pelaburan RM150j dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
https://www.hmetro.com.my/.../bung-zizie-dapat-kebenaran...

Bung, Zizie dapat kebenaran gantung bicara bela diri 3 pertuduhan rasuah RM2.8 juta​

BERNAMA
Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. FOTO BERNAMA
Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini sekali lagi membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menggantung perbicaraan membela diri pasangan itu atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan itu selepas peguam, M Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua anak guamnya memohon untuk menggantung pendengaran kes pembelaan terbabit, sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria tidak membantah permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette.
Sepatutnya, hari ini, ditetapkan perbicaraan hari pertama bela diri bagi suami isteri itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Ini adalah kali kedua Bung Moktar dan Zizie Izette dapat menangguhkan prosiding bela diri selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 23 September tahun lalu, membenarkan permohonan pasangan itu untuk menggantung perbicaraan kes terbabit yang dijadual berlangsung pada hari sama (23 September).




Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Menerusi notis usul difailkan pada 22 Disember tahun lalu, Bung Moktar dan Zizie Izette selaku pemohon berkata, terdapat keadaan khas atau luar biasa untuk mewajarkan dan menjustifikasikan penggantungan kes bicara di Mahkamah Sesyen sehingga pelupusan rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan.

Kedua-dua pemohon berkata, terdapat isu perundangan dalam rayuan mereka yang berkemungkinan besar akan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan dan sekiranya penggantungan perbicaraan di Mahkamah Sesyen tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan ketidakadilan kepada mereka.

Menurut pasangan itu, jika perbicaraan diteruskan, ia akan menyebabkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan menjadi akademik.

Sementara itu, di hadapan Hakim Rozina, Athimulan memberitahu Mahkamah Sesyen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu dan memaklumkan bahawa pengurusan kes rayuan telah ditetapkan pada 25 Januari ini.

Bagaimanapun, Rozina mengingatkan semua pihak terlibat agar mengambil langkah positif supaya kes berkenaan dapat diteruskan dengan segera berikutan kes itu diibaratkan sebagai 'tiada penghujung' kerana belum selesai sejak 2019.

"Kes masih tergantung tanpa penghujung. Saya pasti tertuduh-tertuduh juga gelisah untuk mengetahui keputusan kes. Namun, mahkamah menangguhkan prosiding bela diri hari ini dan tarikh perbicaraan pada 9 sehingga 13 Januari ini dilapangkan," katanya yang menetapkan 27 Januari untuk sebutan kes.

Pada 2 September 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Disiarkan pada: Januari 3, 2023 @ 5:01pm
 
Sponsored Post

Top
Log in Register