BTC USD 22,974.6 Gold USD 1,870.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bung Moktar, Zizie Izette didakwa rasuah RM2.8 juta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,830
Top Poster #9
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,830
Reaction score
22,761
Points
1,831
Awards
1
D5yPtwDUUAA7f91.jpg


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan isteri akan didakwa Jumaat ini, selepas disiasat berhubung rasuah kira-kira RM3 juta.

Kedua-duanya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan.

Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM kerana dipercayai menerima imbuhan ketika Ahli Parlimen berkenaan memegang jawatan pengerusi agensi terbabit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan dua individu itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua suspek hadir memberi keterangan kira-kira jam 8 pagi tadi, sebelum mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan pihak berkuasa dan akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen berkenaan meletak jawatan sebagai pengerusi agensi terbabit selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/559182/ahli-parlimen-isteri-akan-dituduh-kes-rasuah
 
Zizie didakwa subahat

D5m1WtTU8AAfhXn.jpg


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA) empat tahun lalu.


Bung Moktar, 60, yang memakai kot serba hitam membuat pengakuan itu selepas tiga tuduhan terbabit dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A Samad, 41, yang juga seorang artis, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat atas kesalahan yang sama.

Zizie membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azira Alwi.

Bagi tuduhan pertama, Bung Moktar didakwa sebagai ejen kepada FELCRA iaitu Pengerusi Bukan Ekskutif FELCRA Berhad (ketika itu) memperoleh suapan RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isterinya Zizie Ezette.

Suapan itu adalah sebagai upah untuk mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II bagi FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bung Moktar yang tenang di kandang tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati pada jam 12.30 tengahari, 12 Jun 2015.

Bagi tuduhan kedua, Bung Moktar didakwa memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama isterinya sebagai upah untuk mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II bagi FELCRA membuat pelaburan RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi tuduhan ketiga pula, Bung Moktar didakwa mperoleh suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen Public Mutual Berhad melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund atas nama isterinya.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Bung Moktar didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(4) akta sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali jumlah nilai suapan yang menjadi perkara hal kesalahan itu atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan Bung Moktar dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan beliau turut diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Rozina turut menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.

Bung Moktar diwakili peguam Datuk R Kumaraendran manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar bertindak bagi pihak pendakwaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/559680/bung-moktar-dan-zizie-mengaku-tidak-bersalah

Bung Moktar didakwa terima rasuah RM2.8 juta

D5myXvwVUAABO4j.png


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA) empat tahun lalu.


Bung Moktar membuat pengakuan itu selepas tiga tuduhan terbabit dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mahkamah kemudian membenarkan Bung Moktar dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan beliau turut diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim Rozina turut menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/559656/bung-moktar-didakwa-tiga-tuduhan-rasuah

3 Mei: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Bhd, Datuk Seri Bung Mohktar dan Datin Seri Zizie Izette A Samad, hadir pada didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kuala Lumpur.

3 Mei: Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin & isterinya Zizie Izette tiba di Kompleks Mahkamah KL atas tuduhan rasuah berhubung FELCRA Berhad.

Tak terkejut, sudah jangka trend PH gunakan SPRM menjelang PRK

KOTA KINABALU: Umno Sabah tidak terkejut mengenai siasatan ke atas ketua Umno negeri, Bung Moktar Radin, dan mendakwa sudah menjadi trend kerajaan untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembangkang semasa pilihan raya.


Pengarah Komunikasi dan Strategik Umno Sabah, Ghazalie Ansing berkata, mereka sudah menjangkakan satu langkah untuk menekan pemimpin parti itu menjelang pilihan raya kecil Sandakan pada 11 Mei.

“Semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands, pertuduhan rasuah ke atas bekas perdana menteri Najib Razak tiba-tiba bertambah,” katanya kepada FMT.

“Di Semenyih, isu mereka adalah RM90 juta yang didakwa disalurkan ke akaun pemimpin PAS. Di Rantau, calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan dikaitkan dengan harta bernilai RM10 juta di London, dengan memberi gambaran bahawa beliau menerima rasuah.

“Jadi, apabila Bung Moktar tiba-tiba mendapati dirinya disiasat SPRM, ia tidak menghairankan. Malah, ia dijangkakan,” katanya.

Ghazalie berkata Pakatan Harapan (PH) tahu terdapat risiko parti itu akan kehilangan kerusi Sandakan kerana sokongan terhadap kerajaan semakin menurun sejak setahun lalu.

“Rakyat sekarang menyedari BN adalah faktor penstabilan dalam ekonomi dan perpaduan negara. Selain itu, Umno masih mempunyai sokongan yang sihat di Sandakan, dan penyiasatan kes lama ini mungkin bertujuan untuk mensabotaj calon yang disokong Umno Sabah, iaitu Linda Tsen dari Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Ghazalie, yang juga pemangku ketua bahagian Umno Tawau, berkata siasatan tersebut merupakan percubaan oleh kerajaan PH untuk mencalarkan imej Bung Moktar, sambil menambah ini tidak bertanggungjawab dan tidak wajar.

“Rakyat Sabah mula kembali kepada Umno Sabah dalam agenda perjuangan hak-hak anak negeri dan hak-hak negeri Sabah.

“Kini, PH sedar kehadiran Umno dalam pilihan raya kecil Sandakan telah membawa kesan positif yang besar dan juga mengancam peluang calon DAP.

“Apa gunanya menggunakan kes lama dan tidak mempunyai sebarang asas untuk dibuka semula untuk mendakwa Bung Moktar di mahkamah?” katanya.

Beliau menggesa ahli-ahli Umno Sabah, yang berjumlah kira-kira 500,000, memberi sokongan penuh dan bersolidariti dengan ketua mereka.

Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan, dijangka hadir di mahkamah esok untuk dituduh dalam kes rasuah. Beliau dan isterinya Zizie Izzette A Samad hadir ke pejabat SPRM di Kuala Lumpur semalam di mana mereka ditahan pada jam 10.50 pagi dan 11.15 pagi.

Ghazalie berkata selepas hadir di mahkamah esok, Bung Moktar akan menyertai Umno Sabah untuk membantu kempen Tsen di Sandakan. - FMT

Bung-Moktar-Radin-Zizie-FB-watermark.jpg

Tuduhan rasuah babitkan Felcra

D5fOEZ1U8AAYnr7.jpg


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A Samad, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat ini atas tuduhan rasuah yang membabitkan FELCRA Bhd.


Difahamkan, pasangan itu, yang masing-masing ditahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan Putrajaya, jam 10.50 pagi dan 11.15 pagi tadi, disiasat berkaitan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.

Bung Moktar adalah bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad.

Beliau yang dilantik memegang jawatan itu pada 2013, meletak jawatan pada 1 Jun 2018 selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pasangan terbabit ditahan selepas hadir memberi keterangan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA Bhd.

Bagaimanapun, mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Katanya, Ahli Parlimen daripada BN itu dan isteri akan dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 28(1)(c) akta yang sama.

“SPRM sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh pasangan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei (Jumaat),” kata kenyataan itu.

Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 adalah berkaitan menerima suapan untuk melakukan sesuatu berhubung hal ehwal perniagaan atau perniagaan terasnya.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Seksyen 28(1)(c) pula berkaitan bersubahat atau terbabit dalam komplot jenayah dalam melakukan kesalahan mengikut akta itu. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman sama yang diperuntukkan untuk kesalahan berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/559214/bung-moktar-zizie-bakal-didakwa

Ibu tak tahu Zizie ditahan

PELAKON veteran Khaty Fauziah terkejut dengan berita penahanan anaknya, Datin Seri Zizie Ezette oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.


Bagaimanapun Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkata, dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai perkara berkenaan.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam juga tidak maklumkan apa-apa kepada saya.

"Mereka tahu saya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, jadi mereka tak akan buat saya susah hati.

“Awak juga jangan cakap banyak dengan saya, tak fasal saya pengsan nanti," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengenai penahanan Zizie bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Pasangan suami isteri itu ditahan pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta.

Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama hampir lapan jam.

Zizie dan suami dijangka akan didakwa pada Jumaat.

Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.

Zizie merupakan isteri kedua Bung Mokhtar. - MStar

khatyzizie.ashx

Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register