BTC USD 48,894.9 Gold USD 1,786.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bung Moktar nafi nikah pelakon

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya, kini sekali lagi menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan bernikah dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette.

Persoalan itu timbul apabila desas desus di Parlimen dan juga kalangan pemberita yang beliau sudah menikahi Zizie, 31 dan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), ketika dihubungi menafikan beliau sudah menikahi Zizie seperti yang diperkatakan itu.

"Saya tidak cukup handsome (kacak) untuk dia," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar, Zizie mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat BN dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.

Bagaimanapun, aktres berkulit gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun ketika ini timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun.

Katanya, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.

Mengikut sumber di Parlimen, ada beberapa Ahli Parlimen mendapat kad undangan daripada Bung Moktar bagi menghadiri majlis resepsi yang diadakan malam tadi.
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
hebat gak Datuk Bung ini.... :D
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.

Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini semalam.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar telah bernikah minggu lalu

Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat semalam.

Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam tadi.

Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang semalam mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.

Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang kelmarin dan semalam beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.

"Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.

Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
zizie11.jpg
bung%20mokhtar.jpg


Jatuh cinta pandang pertama :-?:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register