balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Azizah menunjukkan bumbung ruang dapur rumahnya yang diterbangkan angin.
< 1 / 1 >
PENDANG - "Makcik terkejut dengar angin kuat waktu nak pergi solat Asar apabila bumbung rumah tercabut," kata seorang ibu tunggal, Azizah Inson, 50.
Sebelum ribut melanda Kampung Alor Besar, kira-kira jam 4.30 petang, Azizah baru selesai memberi makan kepada bapa mertuanya,sebelum dikejutkan dengan bunyi angin yang kuat.
Beliau kemudian bergegas mendapatkan bapa mertuanya untuk membawanya keluar menyelamatkan diri.
"Waktu tu, hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui nasib makcik,dengan anak makcik yang orang kelainan upaya (OKU), kami lari menyelamatkan diri.
"Ketika itu, kami sekeluarga hanya mampu menangis dan berdoa untuk keselamatan diri apabila berhadapan dengan musibah ribut yang berlaku depan mata," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Selepas keadaan reda, beliau terkejut apabila mendapati dapurnya dilimpahi air hujan selepas bumbung bahagian tengah diterbangkan angin.
"Makcik sebak, tengok dapur rumah penuh dengan air. Habis semua barang kena hujan.
"Malam tadi makcik tidur dalam keadaan basah sebab dinding menitis air kerana bumbung rosak," katanya.
Sharifah Abdul Rahman, 41, pula dalam perjalanan ke kedai ketika kejadian itu.
"Saya nampak pusaran angin seakan puting beliung jelas kelihatan di kawasan sawah padi berhampiran dengan rumah.
"Saya bergegas pulang melihat empat anak yang berada di rumah, Alhamdulilah, mereka semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya rumah yang rosak teruk," katanya.
Sharifah berkata, ini adalah pengalaman buruk yang dilalui di kampungnya.