Bumbung hangus angkara halau tebuan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM: Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang cuba membakar sarang tebuan di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebahagian bumbung bangunan sekolah itu hangus terbakar membabitkan kerugian ribuan ringgit.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, anggota JPA3 dikatakan cuba membakar sarang tebuan di satu bangunan yang menempatkan taska, dewan makan dan stor. Bagaimanapun, ketika kerja pembakaran sedang dibuat, api dipercayai marak dengan tiba-tiba sebelum menyambar bahagian bumbung sekolah dan membakar alat penebat api yang terdapat di siling itu. Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Shokry Ahmad Nor, berkata pihaknya tidak menolak kejadian kebakaran itu berpunca berikutan tiada perancangan dan strategi yang rapi.
 
Top
Log in Register