BUKU mula di Edar : pg5 - Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’ - Minggu Depan
Khamis, 2010 Januari 21 Oleh Roziyah Mahamad



KUALA LUMPUR : Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku 'Siapa Bunuh Altantuya' diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.

Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.

"Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini," tegas Badrul Hisham ketika dihubungi Era Pakatan.

Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.

"Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang 'dilihat' mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya.

"Kita jangkakan buku ini akan dihalang penerbitannya. Namun kita akan mengatur pelbagai strategi dan tidak lagi menggunakan cara konvensional untuk mempromosikannya. Kita juga akan mempromosikan isu ini dalam media baru," jelas beliau.

Buku yang bertajuk 'Siapa Bunuh Altantuya' ini dijangkakan akan berada di pasaran pada hujung minggu hadapan dengan 3000 terbitan eksklusif dan akan dijual dipasaran dengan harga RM15.00.
 
Last edited:
Sponsored Post

tar_wow1983

Super Active Member
Joined
Oct 2, 2007
Messages
8,406
Reaction score
47
Points
70
sape cepat dia dapat...tak sabar nak tunggu..
 

aizat1612

Super Active Member
Joined
Jul 3, 2009
Messages
5,456
Reaction score
6
Points
70
buku ni mesti banyak fitnah yg akan ditaburkan...
bukan betul pun si penulis buku ni.... orang PKR lah katakan..
orang orang PKR kan kuat menabur fitnah....
Renung2kanlah...!
 

dragons

Super Active Member
Joined
Nov 5, 2007
Messages
7,611
Reaction score
1
Points
65
buku ni mesti banyak fitnah yg akan ditaburkan...
bukan betul pun si penulis buku ni.... orang PKR lah katakan..
orang orang PKR kan kuat menabur fitnah....
Renung2kanlah...!
biar lah Allah yg menentukannya...kita manusia xde hak nak ckp sapa fitnah sapa...renung2 kan lah..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
sekali wayang tergantung...

sampai kulit belakang pun takde kesimpulan
 

pokding

Active Member
Joined
Sep 26, 2009
Messages
2,416
Reaction score
20
Points
25
aiiik. keputusan mahkamah dalam buku ker? heran2....
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
buat dalam format ebook la..masyukkk:">
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
aiiik. keputusan mahkamah dalam buku ker? heran2....
RM15 seunit X 1 juta unit = pakcik kayo :))
Lepas ni nak buat buku gaklah bertajuk siapa bunuh pakcik kayo tu? :D
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,140
Reaction score
76
Points
1,020
kat ner nak beli ya ... teringin la
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,140
Reaction score
76
Points
1,020
RM15 seunit X 1 juta unit = pakcik kayo :))
Lepas ni nak buat buku gaklah bertajuk siapa bunuh pakcik kayo tu? :D
kayo mmg kayo ... tapi risiko tinggi kekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register