BTC USD 57,474.2 Gold USD 1,788.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukti pakai tudung adalah fenomena baru.

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,239
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,239
Reaction score
2,957
Points
201
Ustaz tak mau tangkap ke
Hina agama berpakaian hijab mcm ni
1611311633252.jpeg
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,239
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,239
Reaction score
2,957
Points
201
Undaang2 dunia Pakai Mask risau kena C0vid 19, tak pakai tudung neraka tak risau? – PU Syed.
January 25, 2021 Admin I Muslim NetworkDunia Islam
PU Syed Sound Orang Yang Pakai Mask Tapi Tak Pakai Tudung Dan Tak Tutup Aurat, Buat Ada Yang Sent4p. Sila Had4m !!

Rancangan realiti dakwah, Pencetus Ummah sememangnya sering mencungkil bakat dan menonjolkan golongan-golongan anak muda yang berilmu pengetahuan agama yang luas. Menjadi pemangkin buat para pendakwah muda, nama Pencetus Ummah Syed atau dipanggil neti zen sebagai PU Syed menjadi salah satu nama yang dikenali menerusi pro gram ini.

pu-syed-4.png


PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak berasal dari Kuantan Pahang. Pemegang gelaran juara Pencetus Ummah musim 2015 ini mendalami ilmu agama di Univer siti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Kepetahan dan kelantangannya dalam berdakwah membolehkannya menerima pelbagai pengiktirafan antaranya Guru Takmir daerah Ipoh.

Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang tenaga penga jar untuk menga jar agama di negeri Perak. Selain itu juga, PU Syed banyak menulis buku-buku agama dan ilmiah dengan nama penanya Abu Umar, antaranya ‘ Indahnya Beradab Dengan Al-Quran & Ahlil Quran.

pu-syed-2.png


Menerusi akaun Inst agram, PU Syed telah berkongsikan tegurannya tentang sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam etika berpakaian. Tegurannya yang ditulis tanpa selindung menjadi perhatian ramai dan mendapat sokongan daripada netizen. Dah berbuih mulut tegur cara halus tetap tak hadam !

Jom baca perkon gsian di bawah :

pusyed3wa.jpg
Penjelasan yang amat jelas dan padu dari PU Syed untuk difahami oleh semua saudara sesama Islam. Tiada niat untuk mengej1, niatnya hanya untuk sama-sama membawa semua ke jalan yang diredhai Allah. Kerana sudah menjadi tugas seorang muslim saling ingat mengingati dan menegur satu sama lain.

pu-syed.png


Sesungguhnya kewajiban menutup aurat itu hukumnya ‘ Wajib’ dan semoga teguran PU Syed ini dapat diterima oleh semua. Kami di sini mendoakan semoga PU Syed sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang. Moga usaha dakwah PU Syed dirahma ti dan dipermudahkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Messages
5,910
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,910
Reaction score
281
Points
91
tudung x wajib, tutup aurat wajib.

betul atau salah?

hmmmm....
betul tu tt, bagu sy tudung adlh alat yg paling sesuai utk menutup aurat dikepala org pompuan...xkanla nak guna baldi pulak kan...

diorg rasa hari akhirat,syurga,neraka ni mcm cerita di awang-awangan difikiran mereka...xmcm covid ni bole tgk depan mata dr berita tv 3suku,wassap2,tenet...tu yg takut betul2 tu...
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,239
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,239
Reaction score
2,957
Points
201
Siapa wanita solehah?
Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga. Begitulah bait-bait lirik nasyid daripada kumpulan Inteam yang menyeru sekali gus mempalitkan nasihat dan dakwah mengenai sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."‏ (Riwayat Muslim, No 715)

Wanita solehah adalah seorang yang bertakwa dengan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang. Menutup aurat mengikut syarak adalah salah satu suruhan Allah SWT kepada semua Muslimah.

Sabda Nabi SAW bermaksud: "Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya." (Riwayat Abu Daud, No 1664)

Hukum menutup aurat bagi perempuan yang baligh dan berakal adalah wajib. Mendapatkan keredaan Allah SWT adalah tujuan utama hidup. Hikmah terbesar mematuhi hukum Allah adalah terhindar dan selamat daripada azab api neraka. Dengan menutup aurat juga akan mengangkat maruah, memelihara kehormatan dan ia lambang kemuliaan seseorang Muslimah itu. Ia juga mampu menghindarkan diri dan masyarakat terjebak dengan segala kemaksiatan dan mengelakkan daripada timbulnya fitnah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan sebagai perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah sebaik-baik pakaian. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat." (Surah Al-A'raf ayat 26)

Daripada ayat ini jelas Allah mengingatkan kepada kita bahawa sebaik-baik perhiasan atau sebaik-baik pakaian adalah pakaian takwa.

Allah berfirman dalam kitab-Nya mengenai adab dan syariat berpakaian dalam Islam. Islam sangat mengangkat darjat seorang wanita Islam dan sangat menitikberatkan ketinggian akhlak seseorang wanita itu dengan menjaga auratnya.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan (kehormatan) mereka; dan janganlah menampakkan perhiasannyanya (aurat) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami (mentua) mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami (anak-anak tiri) mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera perempuan mereka atau perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang tersembunyi. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." (Surah An-Nur ayat 31)

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, "Hendaklah mereka (menutupkan jilbabnya) melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Yang demikian itu agar mereka lebih untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Daripada Tafsir Ibnu Kathir, Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya agar menyuruh isteri-isteri, anak-anak perempuan baginda dan umumnya perempuan beriman agar mereka menutup aurat ke seluruh tubuh sehingga dapat dibezakan dengan perempuan jahiliyah dan hamba perempuan. Ini kerana, dahulu kebiasaan orang fasiq di kota Madinah suka keluar pada waktu malam ketika hari mulai gelap, menuju ke jalan-jalan di kota Madinah dengan niat melihat-lihat perempuan. Kerana ketika waktu malam tiba, kebiasaan perempuan itu keluar menuju ke jalan-jalan untuk melepaskan hajat (buang air). Lelaki fasik itu mempunyai keinginan buruk pada perempuan. Apabila mereka melihat perempuan berjilbab maka mereka berkata: "Ini perempuan terhormat, tahanlah diri kamu." Tetapi apabila mereka melihat perempuan tidak berjilbab, maka mereka berkata, "Ini hamba perempuan." Maka mereka segera menghampirinya.

Mujahid mengatakan, perempuan berjilbab dapat dipastikan mereka adalah perempuan terhormat sehingga lelaki yang fasik (jahat) tidak akan berani mengganggunya dan berkelakuan mencurigakan terhadapnya. (Ibnu Kathir, Tafsirul Quran 'Azimi, Jilid 11 1421 H/2000 M: 242-243)

Daripada Aisyah RA dia berkata, bahawa Asma binti Abu Bakar R.A masuk menemui Rasulullah SAW dengan memakai kain yang jarang, maka Rasulullah SAW memalingkan muka daripadanya. Baginda bersabda: "Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini. Baginda menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Juz 4, No Hadis 4104)

"Dan perempuan tua yang telah berhenti daripada haid dan mengandung, yang tidak ingin berkahwin lagi maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bermaksud menampakkan (aurat) tetapi memelihara kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu) adalah lebih baik bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nur ayat 60)

"Tidak ada dosa ke atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapa-bapa mereka, anak lelaki mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara perempuan mereka dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, perempuan-perempuan mereka (yang beriman) serta hamba sahaya yang mereka miliki dan bertakwalah kamu (isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu." (Surah Al-Ahzab ayat 55)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki ke rumah-rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali jika kamu dijemput (diizinkan) untuk makan tanpa menunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu dipanggil maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan) dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memanjangkan percakapan (duduk bersenang-senang dengan berbual-bual). Sesungguhnya itu mengganggu (menyakiti dan menyusahkan) Nabi sehingga dia (Nabi) malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, (untuk menyuruhmu keluar) dan Allah tidak malu menerangkan yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah daripada sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu sama sekali menyakiti hati Rasulullah SAW dan tidak boleh pula menikahi isteri-isterinya selama-lamanya setelah Nabi wafat. Demikian itu sangat besar dosanya di sisi Allah." (Surah Al-Ahzab ayat 53)

Ayat ini melarang sahabat masuk ke rumah Rasulullah untuk makan sambil menunggu-nunggu waktu makannya Rasulullah.

Wahai wanita, tutuplah auratmu dengan pakaian takwa kerana dirimu begitu berharga sehinggakan Allah perintahkan untuk menutupi keindahan diri daripada sebarang pandangan. Bersederhanalah dalam memilih pakaian, rasa malu sebagai perhiasan, menjaga pandangan, menjaga lisan, menjaga kehormatan diri, takut berbuat dosa, menangis kerana Allah dan selalu panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana wanita solehah adalah penghuni yang akan menjadi dambaan syurga.

Penulis Guru Bahasa Inggeris di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,239
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,239
Reaction score
2,957
Points
201
Perlukah pekerja membuka tudung apabila diminta majikan?
March 19, 2021
Wanita-696x463.png
Foto hiasan.
Soalan:

Assalamualaikum w.b.t, saya mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat swasta dan saya diminta untuk membuka tudung ketika waktu bekerja dan perlu memakai uniform yang disediakan syarikat yang tidak dapat menutup aurat. Jika saya tidak patuh, saya akan dikenakan tindakan oleh pihak syarikat. Soalan saya, adakah perlu saya mengikut syarat yang ditentukan syarikat tersebut?

Ringkasan jawapan

Kesimpulannya, tuntutan untuk seorang Muslim menutup aurat adalah wajib. Oleh itu, seorang pekerja Muslim tidak boleh menuruti arahan majikan yang bercanggah dengan suruhan agama kerana suruhan agama adalah suruhan yang perlu diutamakan. Kami berpendapat bahawa tawaran kerja itu perlu ditolak kerana kerja itu menjurus kepada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Insya-Allah, tawaran yang ditolak hari ini atau pekerjaan yang telah ditinggalkan tersebut akan diganti dengan perkara yang lebih baik.

Ini kerana Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia akan menyediakan jalan keluar dari segala kesusahan serta memberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka pada orang yang bertaqwa kepada-Nya.

Kami juga ingin mengingatkan majikan-majikan terutama yang beragama Islam untuk peka berkenaan perkara yang menjadi sensitiviti umat Islam terutama aspek pemakaian pekerja Muslim yang mesti menutup aurat dan tidak membuat arahan yang membelakangkan syariat seperti mesti menanggalkan tudung atau berpakaian ketat ketika waktu bekerja.

Advertisement

Huraian jawapan

Kewajipan untuk menutup aurat bagi setiap Muslim telah thabit hukumnya dari al-Quran dan hadis. Perintah untuk menutup aurat ini telah disebut secara jelas di dalam Surah al-Ahzab ayat 59 dan Surah an-Nur ayat 31. Allah s.w.t berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا

Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 59)

Firman Allah s.w.t pada ayat yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآئِهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآئِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوۡ نِسَآئِهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِي ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٰتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: 31)

Ibnu Kathir mendatangkan satu hadis riwayat Bukhari ketika mentafsirkan perkataan (وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ) bahawa apabila wanita-wanita yang paling awal berhijrah mendengar ayat ini mereka terus mematuhi perintah untuk menutup aurat tersebut. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 46/6)

Menurut riwayat tersebut:

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ نِسَاءَ الْمُهَاجِرَاتِ الأُوَلَ، لَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ ‏{‏وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ‏}‏ شَقَّقْنَ مُرُوطَهُنَّ فَاخْتَمَرْنَ بِها‏.‏

Maksudnya: Aisyah meriwayatkan, beliau berkata, moga Allah merahmati wanita-wanita yang paling awal berhijrah, apabila Allah s.w.t menurunkan ayat (hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka) mereka mengoyakkan kain mereka dan jadikannya sebagai tudung untuk menutup kepala. (Sahih Bukhari No. 4758)

Dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis yang kami nyatakan di atas jelas menunjukkan kewajipan wanita untuk menutup aurat dan bertudung. Oleh kerana itu, haram bagi para wanita untuk menanggalkan tudung atau hijab dan menunjukkan auratnya di hadapan bukan mahram. Apabila Allah s.w.t dan Rasul-Nya memerintahkan untuk melakukan sesuatu, maka ianya tidak boleh dipandang enteng. Allah s.w.t berfirman:

لَّا تَجۡعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيۡنَكُمۡ كَدُعَآءِ بَعۡضِكُم بَعۡضٗاۚ قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمۡ لِوَاذٗاۚ فَلۡيَحۡذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ يُصِيبَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah an-Nur: 63)

Namun begitu, dalam persoalan ini, majikan meletakkan syarat atau meminta pekerjanya untuk meninggalkan perintah agama iaitu perintah menutup aurat dengan sempurna, maka ianya dikira sebagai suruhan untuk melakukan maksiat pada Allah s.w.t yang tidak boleh ditaati. Selain itu, terdapat hadis daripada beberapa riwayat seperti al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi yang menyatakan bahawa mentaati arahan pemimpin itu adalah wajib selagi ianya bukan pada perkara maksiat.

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ حَقٌّ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِالْمَعْصِيَةِ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya: Menjadi kewajipan untuk mendengar dan taat (arahan pemerintah) kecuali arahan untuk melakukan maksiat. Apabila arahan (dari pemimpin) adalah untuk maksiat maka dia tidak perlu mendengar atau mematuhinya. (Sahih Bukhari 2955; Sunan Abi Daud 2626; Jami’ al-Tirmizi 1707)

Imam Badruddin al-‘Aini ketika menerangkan hadis ini menyatakan bahawa apabila arahan dari seorang pemimpin atau dalam konteks ini majikan mengarahkan untuk kita lakukan sesuatu maka arahan tersebut mesti dipatuhi selagi mana arahan tersebut bukanlah untuk melakukan maksiat atau melakukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t.

إِذْ طَاعَة أوامرهم وَاجِبَة مَا لم يَأْمر بِمَعْصِيَة وإلَاّ فَلَا طَاعَة لمخلوق فِي مَعْصِيّة الْخَالِق

Maksudnya: Oleh itu, mentaati perintah mereka wajib kecuali suruhan untuk melakukan maksiat dan tiada ketaatan pada makhluk pada melakukan maksiat kepada pencipta. (Rujuk ‘Umdatul Qari Syarh Sahih Bukhari 221/14)

Selain itu, terdapat juga hadis daripada Imam Ahmad yang membawa maksud yang sama, tidak perlu taat arahan ketua atau majikan jika perkara tersebut adalah untuk melakukan maksiat kepada Allah.

لا طاعةَ لمخلوقٍ في معصية الخالق

Maksudnya: Tiada ketaatan kepada makhluk pada melakukan perkara maksiat kepada Pencipta. (Musnad Ahmad 1095)

Kesimpulan

Kesimpulannya, tuntutan untuk seorang muslim menutup aurat adalah wajib. Oleh itu, seorang pekerja Muslim tidak boleh menuruti arahan majikan yang bercanggah dengan suruhan agama kerana suruhan agama adalah suruhan yang perlu diutamakan. Tawaran kerja itu perlu ditolak kerana kerja itu menjurus kepada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Insya-Allah, tawaran yang ditolak hari ini atau pekerjaan yang telah ditinggalkan tersebut akan diganti dengan tawaran atau perkara yang lebih baik.

Ini kerana Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia akan menyediakan jalan keluar dari segala kesusahan serta memberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka pada orang yang bertaqwa kepada-Nya.

…وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا. وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا

Maksudnya:..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3)

Kami juga ingin mengingatkan majikan-majikan terutama yang beragama Islam untuk peka berkenaan perkara yang menjadi sesitiviti umat Islam terutama aspek pemakaian pekerja Muslim yang mesti menutup aurat dan tidak membuat arahan yang membelakangkan syariat seperti mesti menanggalkan tudung atau berpakaian ketat ketika waktu bekerja.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 19/3/2021
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,239
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,239
Reaction score
2,957
Points
201
Kalau majikan tak kasi kita pakai tudung
Bukan kita yg kene berenti keje

tp laporkan kpd pihak berkuasa
Supaya di ambil tindakan ke atas mereka

kita negara islam
Sepatutnya power
 

teapear

Active Member
Messages
2,199
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,199
Reaction score
368
Points
51
Islam baru masuk Malaysia kot tahun 1990.. tu yang baru sibuk nak bertudung..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register