BTC USD 103,195 Gold USD 3,243.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukit Gantang, Kuala Kangsar mesti pertahan Melayu-Islam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,076
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,076
Reaction score
6,938
Points
881
Awards
1
Bukit Gantang, Kuala Kangsar mesti pertahan Melayu-Islam

Izwan Abdul HalimAugust 1, 2024

IPOH: PAS Negeri Perak telah meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS menerusi program Hari Keluarga PAS Pusat yang diadakan di dua Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Kangsar pada 27 dan 28 Julai baru-baru ini.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Fairuz Hafiiz Othman berkata, ia sangat memberi makna dan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat dan
Signifikan pemilihan dua Parlimen itu kerana kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri dalam perjuangan dan sejarah PAS.

“Ia sangat dekat dengan perjuangan PAS dan kedua-duanya adalah kawasan majoriti Melayu. Bandar terdekat Bukit Gantang ialah Taiping. Di situ bersemadinya tokoh besar PAS Almarhum Dr Burhanudin Al-Helmy.

“Walaupun bandar Taiping bukan lagi sebahagian Parlimen Bukit Gantang, namun pengaruh Dr Burhanudin sangat dijiwai penduduk setempat. Roh perjuangan itu terus mengalir teguh dalam perjuangan mereka.

“Bukit Gantang pernah diwakili Datuk Ustaz Idris Ahmad dalam PRU13 lalu. Masyarakat Melayu Bukit Gantang kebanyakannya penyokong PAS dan wujudnya sebuah pusat pentarbiahan PAS Perak sejak dulu di Ayer Kuning,” ujarnya.

Menurut beliau budaya meraikan tetamu dijelmakan dalam Hari Keluarga PAS Pusat tersebut apabilakKebanyakan pimpinan PAS di tempatkan di rumah keluarga angkat.

Katanya, terserlah kemeriahan apabila anak cucu turut balik meraikan tetamu istimewa mereka termasuk jiran tetangga di mana pastinya durian, cempedak dan buah-buahan kampung yang masih di penghujung musim dijadikan hidangan.

Parlimen Kuala Kangsar pula ceritanya, adalah Bandar di Raja di mana Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiyyah adalah simbol kekuasaan dan kedaulatan bangsa Melayu di negeri Perak.

“Di sini juga bersemadinya tokoh PAS, Profesor Dr Zulkifli Muhammad yang sangat dihormati dalam politik negara. Kedua-dua Parlimen ini adalah kawasan tradisi Melayu yang kaya dengan sejarah dan budaya yang sangat tebal.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Melayu di dua kawasan Parlimen ini adalah simbol ketertiban dan keunggulan warisan bangsa Melayu di bumi Perak. Mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan Islam dan nilai perjuangan bangsa.

‘Jika Kuala Kangsar adalah Bandar Diraja dengan keagungan ketuanan Raja-Raja Melayu, Bukit Gantang juga memiliki tokoh bernama Ngah Ibrahim yang kini maqamnya dipindahkan di kawasan Matang.

“Kedua-dua parlimen ini mesti dipertahankan demi mengekalkan ketuanan Melayu dan Islam yang dilatari tradisi budaya yang dipegang teguh oleh penduduk setempat.

“Pilihan PAS Pusat memilih dua parlimen ini sebagai tumpuan program Hari Keluarga sudah tentu mendekatkan masyarakat yang berpegang teguh dengan agama dan budaya bangsa ini lebih mendekati PAS.

“(Iaitu) yang menjadikan sendi agama dan bangsa sebagai teras perjuangannya,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, sama ada Umno atau Pakatan Harapan kian jelas tidak cocok dengan penduduk Bukit Gantang dan Kuala Kangsar di sudut aspirasi perjuangan mereka, DAP pula sudah pasti langsung tidak kena mengena dengan mereka.

Tegasnya, mustahil penduduk kedua kawasan ini merelakan agama dan budaya bangsa mereka diserahkan kepada golongan yang gagal dan tidak memperjuangkan kedaulatan mereka.

Menurutnya, bagi penduduk tempatan, kehadiran PAS dan berkampungnya pemimpin parti itu yang dilibatkan dalam masyarakat menyerlahkan keadaan sebenar yang terlindung oleh fitnah serta propaganda musuh PAS.

“Kasih telah berputik, sayang telah berbunga. Pastinya masa depan PAS di parlimen tersebut serta negeri Perak keseluruhannya bersama Perikatan Nasional akan berbuah wangi sewangi haruman durian Bukit Gantang yang terkenal pelusuk negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024
 
Back
Top
Log in Register