BTC USD 40,227.6 Gold USD 1,800.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukit Aman serbu parti liar dalam balai polis

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,663
Reaction score
13,923
Points
2,376
the last thing they'll checked is their own backyard..trust me

- brian o'connor -

Babak² dalam movie ada dalam kisah sebenar
Atau mungkin diilhamkan dari kisah sebenar
 
Sponsored Post

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,988
Reaction score
695
Points
81
Babak² dalam movie ada dalam kisah sebenar
Atau mungkin diilhamkan dari kisah sebenar
mungkin mix antara imaginasi pengarah&kisah bener..yg pasti, pelaku buleh manipulate kelemahan sistem
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,837
Reaction score
13,878
Points
1,906
#BHkes Sampel air kencing akan diuji sekali lagi dan jika didapati tetap positif dadah, akan diambil tindakan
https://bit.ly/3kOW5ax

Ketua Balai Polis 'berpesta' positif ganja

Julai 22, 2021 @ 2:13pm

1626938604148.png

KUALA LUMPUR: Ketua Balai Polis yang ditahan kerana berpesta bersama anggota dan empat wanita orang awam di dalam balai polis di daerah Kajang, didapati positif ganja.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata pegawai berpangkat Sub-Inspektor itu, didapati positif menerusi ujian air kencing awal dijalankan.

"Sampel air kencing juga akan diuji sekali lagi dan jika ternyata positif juga, dia akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang. Mereka juga ditahan tugas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kelmarin, seorang Ketua Balai Polis bersama tiga anggotanya di daerah Kajang serta empat wanita orang awam ditahan JIPS ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis berkenaan.

Serbuan dijalankan JIPS Bukit Aman, pada jam 6 petang semalam, sebaik menerima maklumat dari orang awam.

Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum.

Azri berkata, Polis Daerah Kajang akan menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan unsur jenayah membabitkan empat anggota polis dan empat orang awam.

"JIPS akan menyiasat keempat-empat polis terbabit kerana salah laku dan pelanggaran peraturan penjawat awam. Tindakan akan diambil tanpa pilih kasih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap anggota polis atau pegawai yang terbabit melakukan kesalahan atau jenayah.
"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mereka yang melakukan kesalahan ini hanyalah kumpulan kecil.
"Mereka tidak akan dilindungi, sebaliknya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,663
Reaction score
13,923
Points
2,376
#BHkes Sampel air kencing akan diuji sekali lagi dan jika didapati tetap positif dadah, akan diambil tindakan
https://bit.ly/3kOW5ax

Ketua Balai Polis 'berpesta' positif ganja​

Ketua balai pun layan ganja
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Ketua Balai Di Gantung Kerja, Positif Ganja

22.07.2021 - Kuala Lumpur, Seorang ketua balai polis yang ditahan selepas dipercayai berhibur di sebuah balai polis di daerah Kajang pada Selasa lepas, digantung kerja mulai hari ini. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata tindakan itu dilaksana selepas hasil ujian air kencing pegawai polis berpangkat Sub Insp itu, didapati positif ganja dan direman dua hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, baki tujuh individu terdiri daripada tiga anggota polis dan empat orang awam turut terlibat dalam serbuan itu dibebaskan dengan jaminan.

“JIPS dalam pada itu masih menjalankan siasatan lanjut berhubung salah laku dan tatatertib anggota terlibat manakala yang lain diserahkan kepada bahagian-bahagian berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam serbuan pada 6 petang itu, selain ketua balai, turut ditahan dua anggota polis berpangkap Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita, ketika mereka sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan.

Semasa serbuan, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584073
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Polis Pesta Arak Di Balai Harus Di Pecat - Zaid

22.07.2021 - Kuala Lumpur, Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata, anggota polis yang ditahan kerana berpesta arak dan ketum bersama empat wanita harus berdepan tindakan undang-undang.

"Sudah pasti tidak," tegasnya ketika ditanya apakah cukup untuk menyiasat mereka atas kesalahan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan. Pegawai polis harus melaksanakan tugasnya sesuai dengan undang-undang kepolisan dan peraturan lain bawah undang-undang itu," tambahnya.

Katanya lagi, empat anggota polis terbabit termasuk ketua balai di sebuah balai polis di Kajang harus dipecat atau digantung. Zaid membangkitkan sama ada keempat-empat anggota terbabit mendapat perlindungan pegawai yang lebih tinggi, yang mendorong mereka bertindak sedemikian secara terang-terang.

"Pasukan polis kita memerlukan pembersihan nasional. Pasukan polis selalu dikaitkan dengan ketua-ketua gengster bawah tanah yang melibatkan dadah, pelacuran dan lain-lain. Rasuah dalam pasukan ini berleluasa, menurut Zaid. Oleh itu, apa yang berlaku di Kajang tidak mengejutkan," tambahnya.

Menjawab persoalan lain, Zaid berkata orang ramai juga ingin melihat bagaimana Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin akan menangani kejadian ini.

"Menteri dalam negeri selalu bersikap tegas dengan masyarakat terhadap pelanggaran SOP. Orang ramai ingin melihat bagaimana dia akan bertindak terhadap insiden terbabit yang telah mencemarkan seluruh pasukan. KPN (baru) (Acryl Sani Abdullah) dipilihnya sendiri: jadi dia dan menteri bertanggungjawab harus sependapat," tambahnya.

Semalam, dilaporkan sebuah balai polis di Kajang, Selangor bertukar menjadi "kelab malam mini" apabila ketua balai dan tiga anggotanya bersama-sama empat wanita berpesta di situ. Setelah mendapat maklumat awam, pasukan dari Bukit Aman menyerbu balai tersebut petang semalam dan menangkap lapan individu. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di sebuah "bilik khas" di tingkat dua dan turut dipasang dengan lampu berputar.

Ketika serbuan itu, kesemua mereka didapati sedang menari dan menyanyi karaoke, menurut laporan itu lagi. Antara barang yang dirampas dalam serbuan adalah botol minuman keras, lima botol air ketum, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, serta gambar lucah yang memaparkan salah seorang anggota yang ditahan dengan seorang perempuan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad mengesahkan insiden itu. Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan "perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa".

Di Gantung, Reman 2 Hari

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad berkata ketua balai yang ditahan itu digantung kerja mulai hari ini dan direman dua hari. Katanya, hasil ujian air kencing pegawai polis berpangkat Sub Insp itu didapati positif ganja.

“JIPS dalam pada itu masih menjalankan siasatan lanjut berhubung salah laku dan tatatertib anggota terlibat manakala yang lain diserahkan kepada bahagian-bahagian berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Dalam serbuan petang itu, turut ditahan dua anggota polis berpangkap koperal, seorang koperal sokongan dan empat wanita.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584074
 
TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
156,007
Reaction score
21,317
Points
1,671
La yg sangkut ketua balai. Ingat org bwh yg jd kambing
 
Kena pecat baru jadi pengajaran dekat polis² lain
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,663
Reaction score
13,923
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register