'Bukan sengaja lengah' kes pasangan ingkar arahan mufarakah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) tidak mahu dipersalahkan dalam kes pasangan ingkar arahan mufarakah, Dr. Rosli Allani Abdull Kader dan Ilyani Mohd. Noor yang sempat lari semalam selepas dikepung oleh ahli keluarga pihak perempuan.

JHEAIK mengaku mereka sengaja tidak menyerbu rumah Rosli di Jalan Telipot, di sini kerana belum dapat arahan Mahkamah Syariah.

Namun sebaik arahan itu diterima pukul 10 pagi semalam, kakitangan JHEAIK sudah terlewat apabila tiba selepas pasangan tersebut berjaya cabut lari dengan bantuan beberapa orang rakan.

Sikap menunggu arahan sehingga terlepas bukti untuk membuat tangkapannya menaikkan kemarahan Mohd. Noor Che Man, 58, yang juga bapa Ilyani dengan dakwaan serbuan itu sepatutnya dilakukan selepas dia membuat laporan kepada JHEAIK pada petang Isnin lalu.

Namun Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Abdul Aziz Mohd. Noor menjelaskan, tindakan mereka terikat kepada peraturan.
 
Top
Log in Register