Bukan salah saya: Nazri

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak akan bertanggung jawab terhadap kegagalan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hadir untuk pengundian meluluskan Bajet 2010, di persidangan Dewan Rakyat, 14 Disember lalu.

Katanya, tiada keperluan untuknya meletak jawatan seperti diminta Pergerakan Wanita UMNO kerana tidak bersalah terhadap insiden tersebut

"Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil-wakil rakyat yang tidak hadir (di Dewan Rakyat pada 14 Disember untuk pengundian meluluskan sesi bacaan ketiga Bajet 2010) perlu letak jawatan dan memohon maaf", kata kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Pergerakan Wanita UMNO yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kegagalan wakil-wakil Barisan Nasional (BN) hadir ke sidang Dewan Rakyat pada hari itu menunjukkan mereka tidak faham bidang tugasnya.

"Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap Kerajaan dan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang *****,” katanya

“Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan meletak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di Parlimen, Itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Jamelah A. Bakar, dalam kenyataannya kelmarin, meminta Nazri meletak jawatan ekoran kegagalan wakil rakyat BN hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010.

Mohamed Nazri berkata, jawatan Ketua Whip BN disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Katanya, kesalahan tidak seharusnya diletakkan dibahunya, sedangkan wakil rakyat yang tidak hadir dan sesuka hati bercuti sewaktu sidang Dewan Rakyat berlangsung.

“Sekiranya saya yang bersalah dalam hal ini, pastinya pihak pembangkang terlebih dahulu menghentam saya, tidak perlu tunggu sehingga Wanita UMNO melakukannya, bekas Ketua Wanitanya (Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar) juga tidak hadir,” katanya.

Ditanya adakah surat tunjuk sebab diberikan kepada wakil rakyat yang tidak hadir, Mohamed Nazri berkata, keputusan itu bergantung kepada Muhyiddin sebagai Ketua Whip.

Sebelum ini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamalia Ibrahim, turut mendesaknya meletak jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kes itu.
 
Sponsored Post

viper21my

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
7,557
Reaction score
143
Points
73
dalam hal ni nazri betul, dia menteri bertanggungjawab terhadap parlimen bukan bn. cuma daripada ulasan dia ni, menunjukkan:

a. dia kurang bijak sbb tak langsung bgtau muhyiddin tak wat kerja as whip
b. kamilia n jamila tak bijak dah tua bangka jd wakil rakyat tp tak tau fungsi menteri jg parlimen
c. nazri suruh mp yg tak hadir letak jawatan,,,, mmg betul la ahli umno bak kata dia sendiri b.odoh termasuk dia, malangnya dia menteri keke
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
ini la guna nya pembangkang nafikan 2/3 majoriti parlimen.. kalau tidak bukan main honeymoon lagi dorang ni.. :D
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,535
Reaction score
66
Points
130
hahah..senang suma letak jawatan...dah pakat tak sokong sangat...adei..macam2 la depa ni
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
xper...
makin lama pembangkang nak amik alih kerajaan,
makin lama makin truk puak2 UMNO nih...

sedarla diri sket...
 

Bizzport786

Active Member
Joined
Oct 20, 2006
Messages
1,544
Reaction score
4
Points
25
klau lah hari tu kalah.. dah bubar parlimen
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Geng2 ni jgn harap nk letak jawatan sukarela..
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
ermmm menampakkan ketidakmatangan nazri nie bercakap dan mengulas..banyak bocor rahsi la dia nie ha ha
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
long live nazri..nazri bagus.die bertanggungjawab. even die sendiri ambik inisiatif call sume MP yang tak hadir suh datang. ape plak salah die. dah tau mase tu nak luluskan bajet, dtang la. ape pye mangkuk MPs kite nie??? macam budak sekolah, kawan tak datang, ketua kelas plak yang kene.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register