BTC USD 22,772.2 Gold USD 1,922.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan pelupa tapi tak ingat - Saksi

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kisah pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang 'bukan pelupa tapi tak ingat' pakai jam menceriakan prosiding perbicaraan kes khalwat pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza hari ini.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan dan saksi tersebut, Kyairool Nizam Khiruddin, 25, juga saling puji-memuji kekacakan masing-masing ketika kes itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Namun keceriaan suasana itu tidak lama dan kembali serius apabila Kyairool bersetuju dengan Fakhrul Azman bahawa ketiadaan jam tangan sendiri menyebabkan dia tidak dapat memastikan waktu sebenar kejadian khalwat itu.

''Awak tak pakai jam, awak tanya pada orang, jadi saya cadangkan yang awak tidak dapat memastikan sendiri sama ada waktu kejadian adalah sama dengan pertuduhan?'' soal peguam yang mewakili pasangan artis tersebut.

Kyairool sebelum bersetuju dengan saranan itu memberitahu, walaupun tidak memakai jam tangan, dia pasti rakan setugasnya tidak akan menipu mengenai waktu kejadian.

Saksi pendakwa kedua itu berkata demikian ketika memberi keterangan semasa sesi soal balas pada perbicaraan kes khalwat Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey Suhaiza Suhaimi, 21.

Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di antara pukul 1.45 pagi dan pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Saksi tersebut juga bersetuju dengan Fakhrul Azman, laporan polis yang dibuat olehnya selepas tangkapan dibuat adalah tidak lengkap kerana tidak menyatakan alamat premis kedua tempat Norman ditemui.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh pegawai pendakwa syarie, Muhamad Nazri Basrawi, saksi itu menjelaskan walaupun laporan polis tersebut tidak lengkap, ia tidak menjejaskan siasatan.

''Laporan polis itu sekadar cover statement yang menunjukkan kami telah masuk premis seseorang tanpa kebenaran. Tidak semestinya dibuat dan tidak beri impak pada kes,'' katanya.

Kyairool turut memberitahu mahkamah yang dia yakin khalwat berlaku pada masa, tarikh dan tempat kejadian walaupun pertuduhan tidak mengikut tepat ayat dalam Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Sallehan Yatim bersambung 15 Januari ini.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register