BTC USD 56,913.6 Gold USD 1,772.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Bukan pelik luah perasaan di kubur' - Nora

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,082
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,082
Reaction score
435
Points
91
nora21AA_1634983018.jpg

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, menganggap situasi meluahkan perasaan di kubur insan tersayang adalah perkara biasa dan bukan 'psiko' atau pelik.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, mengadu di kubur adalah satu bentuk terapi yang bersifat komunikasi satu hala

"Saya nak kongsi pengalaman yang dilalui dan berdasarkan perkongsian daripada orang-orang senasib dengan saya. Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu kehilangan atau kematian seseorang yang kita sayangi, perkara sering lakukan selain berdoa, sedekahkan bacaan surah al-Fatihah, surah Yasin dan sebagainya adalah kita ziarah kubur.

"Ziarah kubur tiap-tiap hari, bercakap, mengadu, bercerita, menangis kepada arwah adalah perkara biasa. Bukan pelik atau dianggap 'psiko', de presi atau murung. Ia adalah komunikasi satu hala dan terapi yang sangat melegakan pasangan," katanya

Nora berkata, perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan sindiran terutama yang tidak memahami perasaan individu berbuat demikian.

"Bukan berdosa dan salah pun, asalkan jaga batas-batas tertentu. Pendek kata, yang tak rasa tak akan tahu dan faham. Maka jangan mengata pada orang lain

"Lebih baik kita beri kata-kata baik dan sokongan. Pesan dan nasihat saya pada semua, tiada apa pun yang kekal di dunia ini. Apa yang kita ada adalah 'pinjaman' saja. Jangan sombong," katanya.

Terdahulu, Nora berkongsi hantaran gambar kubur suaminya Allahyarham Johan Nawawi di Instagram.

Johan yang juga komposer popular meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Pada 14 Disember 2019, Nora dan keluarga diuji lagi apabila anak keduanya, Alif meninggal dunia secara mengejut pada usia 20 tahun.

*Hmetro
 
Sponsored Post

tokey99

Super Active Member
Messages
7,001
Joined
Jan 22, 2009
Messages
7,001
Reaction score
1,125
Points
151
org kata nk masuk kawasan kubur bg salam dulu..kene beradab..tutup aurat..jgn isap rokok dlm kawasan..nk isap..isap kat luar pagar.walapun org hidup xde sekalipun dlm kawasan kubur tu..yg elok baca dan sedekah fatihah pada semua ahli kubur walaupun sekali je..just adab je..
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,620
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,620
Reaction score
1,592
Points
151
Apa yg pelik bercakap depan kubur,.......... Sekadar nak luahkan........... Bukan org lain tahu pun,


Yang peliknya ambik gambar kat kubur,.......
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register