BTC USD 52,636.6 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Bukan mudah sertai unit Paskal, dari 90 cuma 15 yang lulus

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,636
Reaction score
1,595
Points
151
dua2 komando dua2 kental...
Penkhususan berbeza.......... Latihan hutan kena tinggal dlm hutan tanpa bekalan makanan.............. Yg laut..... Dilepas tengah laut, pandai2 balik sendiri

Sape yg mati dlm latihan dikira tak berjaya
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,649
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,649
Reaction score
2,747
Points
201
nak mita keja gov kalo lasak cam gini.. geng pakai kabel lari dah..
Dl2 klau ang samseng kmpg, org cabaq masuk askar jd mat tetap....tau la kt mn samseng Ang heheheh
 

shah_ae

Legendary Member
Messages
16,321
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,321
Reaction score
910
Points
171
Penkhususan berbeza.......... Latihan hutan kena tinggal dlm hutan tanpa bekalan makanan.............. Yg laut..... Dilepas tengah laut, pandai2 balik sendiri

Sape yg mati dlm latihan dikira tak berjaya
dua2 kental...
lantak la pengkhususan ke ape pun...
 

[email protected]

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,694
Reaction score
148
Points
83
dulu ade masuk dalam NAVY lumut...
sempat la jeling2 tempat geng2 paskal ni belatih...
tu je..hanya org yg "special" je bleh join paskal....
nak terjun dari jeti....tinggi 3-5meter pun pikir banyak kali...hahaha
terbaek lah....
 

maxpda

Super Active Member
Messages
8,388
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,388
Reaction score
421
Points
91
Drown proof tu ngeri betul...
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,636
Reaction score
1,595
Points
151
Drown proof tu ngeri betul...
Dlm citer paskal tu, masa latihan duduk dasar kolam renang tu kita nampak mudah..... Ramai yg tak tahu untuk kat dasar tu bukan mudah, kita kena hembur nafas sampai habis baru badan kita boleh duduk kat dasar tu............. Kalau kita hembur semua nafas kita, Berapa lama boleh duduk bawah tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
'NERAKA DUNIA'?: KURSUS MAKP SIRI 1/1981; KEM PARADISE, KOTA BELUD

1. Tidak seperti latihan kadet di SPK yang dilengkapi dokongan logistik serta persekitaran yang sedikit baik dan kondusif; permulaan latihan MAKP di Kem Paradise Kota Belud, Sabah sangat menuntut ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Mendengar sahaja nama Lt Kol Amir Guntur, te**r terus kecut; pelayaran MV Sang Fajar terasa sangat laju; 'pejam celek-pejam celek' sudah sampai ke Kota Kinabalu.

2. Pijak saja kaki di Kem Paradise, siswa mula rasa 'disiksa' dengan sambutan Selamat Datang bentuk baru ke STPM. Tanpa diprogram, sesi orientasi mengambil mula dgn satu bentuk penyiksaan fizikal yang keras. Mana tidaknya, bermula dengan 'ekspedisi' berjalan kaki membawa pek galas, kit bag dan beg awam dari jalan besar ke Mes Perwira STPM; disusuli deraan 'non-stop senaman tempur'; kemudian dibedal dengan batang cangkul dan 'sitting stick'. Setelah Gunung Kinabalu hilang kabusnya, barulah orientasi tidak rasmi itu berhenti-rehat. Rata-rata, bakal siswa merasakan bahawa "Ini bukan "Kem Syurga" tetapi sebenarkan ciri-ciri "Kem Neraka dunia". Siswa benar-benar mengalami cultural shocks.

3. Setiba di bilik kediaman; kami diagih kpd Coy latihan. Terkejut besar; bangunan kediaman kami terdiri bangunan zink @ ME Pike Hut - dinding, pintu, tingkap & bumbong daripada 'corrugated galvanised iron (CGI)', dan berlantai papan. Ia bukannya berek kayu seperti kediaman SPK. Begitu juga ciri tandas, ia berlantai konkrit dan tandas cangkung. Sebahagian besar bangunan dan fasilitas masih dlm progres akhir pembinaan oleh Tim Konstruksi RAJ.

4. Jangkamasa kursus selama 6 bulan. Seingatnya, tiada course break. Setiap hari yang berlalu bagaikan dunia mahu kiamat; tergesa-gesa, terkejar-kejar, haru biru, kacau bilau, konfius dan pelbagai riuh-rendah lain. Keadaan penuh gawat yang menyumbang kepada perumpamaan 'neraka dunia' adalah bilamana:

° Bekalan elektrik diperolehi dari generator sering mengalami litar pintas. Siswa kerap mengguna cahaya lilin bagi sudahkan kerja kursus (biasanya; military appreciation, order, map and model preparation). Panas siang dan malam umpama berada dalam ketuhar; dipanggang kiri, kanan, atas dan bawah.
° Tiada bekalan elektrik dan air ke tandas. Pakaian loreng tidak dibasuh sepanjang kursus (jika ada boleh dikira jari), cuma dicelup air parit bila ada air; jika tidak hanya jemur di ampaian.
° Separuh siswa mendapat katil double decker bertilam dan berbantal. Baki siswa tidor berlapikkan campbed robek yang usang/koyak atas lantai. Separuh berbantal; yg lain menggulung pakaian untuk dijadikan bantal.
° Tiada almari pakaian. Semua pakaian diperosok dalam kit bag dan beg awam.
° Selepas seminggu di STPM, kebanyakan tandas mula rosak dipenuhi najis. Siswa hanya 'mandi gaya P Ramlee', membuang air besar dan kecil di tepi parit-parit kecil dalam hutan di tepi berek.
° Siswa memakai panties pakai buang. Bisnis panties selalu out of stock di Kota Belud.
° Bau pakaian yang berpeloh dan bau badan memualkan tetapi hidung siswa tidak menghidu apa-apa kerana 'telah tersumbat'.
° Bangunan berbatu blok di tepi dewan makan dijadikan kelas JSPA dan dewan peperiksaan. Kerusi meja almost zero. Siswa berbaring kekanan, kekiri lurus dan ke depan dan ke belakang lurus semasa menjawab kertas soalan.
° Sajian harian tersedia di dewan makan rumah masak. Menu setiap hari tanpa extra messing. Tiada minuman sejuk kecuali bancuhan panas orange squash.
° Sesekali dapat minum air nenas panas RTBK yang dibancuh dalam bekas tin setinggi 3 kaki untuk tenaga dan melegakan tekak. Untuk mendapatkan isi nenas yang mendap dalam bekas; siswa menyeduk gunakan waterbottle cup; dengan mencelupkan tangan hingga ke pangkal ketiak lengan baju celoreng untuk dapatkan isi nenas.
° Tiada kenderaan untuk jurulatih dan siswa. Semua berjalan kaki pergi dan balik dari kem ke lokasi eksesais medan seperti latihan abseiling di menara Bomba Kota Belud, menembak Carl Gustav, eksesais pemusnahan JSPA, eksesais/geladi 'all 4 phases of war'. Hanya komandan mempunyai Land Rover tetapi selalunya berkuda padi.

5. Falsafah latihan STPM adalah "sebaik-baik kebajikan adalah latihan". Konfius sekejab. Itu sebabnya mungkin saya tidak dibenarkan balik semasa adik meninggal dunia akibat kemalangan. Jika balik juga; RTU. Ketat sungguh peraturannya; tiada runding mahupun budibicara.

6. Tidak menghairankan, latihan yang diterima persis seorang bakal komando; kerap merempoh halangan (scramble course), 'nampak langit; berlari', bernyanyi kuat bersemangat lagu tempur, ber-TTS di Kota Belud Airfield, biasanya sehingga waktu maghrib. Jika didenda; hukuman keras diterima secara kolektif (collective punishment). Inilah bentuk kebajikan dalam ertikata sebenar STPM.

7. Sepanjang 6 bulan juga siswa berhadapan dengan keperitan persekitaran dan eksesais-eksesais di lapangan, antaranya:

° Hampir setiap hujung minggu melaksana map reading (orienteering) siang dan malam dalam semua bentuk persekitaran - bukit, tebing tegak, paya, hutan dll. Latihan 'berkonsep mencari harta karun'; ikut arahan bertulis yang disembunyikan. Jurulatih tidak terlibat di lapangan. Mereka dibenarkan libur di Wisma/kediaman. Masa untuk rehat siswa pada hujung minggu sering diganggu dan dipenuhi dengan latihan-latihan luar rancana yang betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal (perkataan yang sering digendang-nobat oleh Komandan - mental and physical resiliance).
° Siswa tidak dapat merasai hidup berwisma. Jika 'tersesat dan bergentayangan berhampiran wisma', memang mencari nahas. Jurulatih yang rata-rata keluarganya di Semenanjung akan sering 'naik shiekh' bagai 'hendak makan orang' dan menganggap siswa bagaikan tawanan perang. Keadaan ini dikeranakan tiada hiburan yang ada di Kota Belud selain Pasar Tamu Mingguan Kota Belud dan panggung wayang koboi.
° Majoriti jurulatih agak bengis dan berbahasa keras kerana 'melayan stress' masing-masing. Pantang berdepan siswa pewai dan lembek, batang cangkul dan sitting stick hinggap di helmet. Ini menjadi fenomena biasa seolah-olah ia SOP yang membolehkan.
° Majoriti jurulatih terdiri pegawai married bachelor. Moral jurulatih terkesan. Keadaan lebih memburuk bilamana jurulatih juga letih dan stress dengan harrassment Komandan. Mereka juga kadang-kadang dilihat 'berlatih' di sirkit merempuh halangan. Bagi melampias stress jurulatih, jalan mudah melepas kemarahan adalah dengan 'berhibur' bersama para siswa. Ini merupakan kesan sampingan yang ditanggung dan diterima siswa.
° Proses melanyak-lumat mental dan fizikal begitu extreme. Teruknya rasa bagai hendak mati. Kebajikan kepada siswa kurang diberi keutamaan. Adalah tidak mudah mendapat Attend C jika sakit atau tidak sihat. Selalunya, BAT F 256 tertulis M&D. Tiada Pegawai Perubatan Tentera yang berani memberi Attend C. Ini mungkin antara sebab seorang skot dari Kor Renjer telah meninggal dunia akibat 'terkena pokok rengas'. Adalah percayai, beliau tidak diberi cuti sakit dan akhirnya melarat. Sebab-sebab kematian sebenar oleh BOI tidak dapat dipastikan.
° Siswa hanya layak bermimpi untuk bercuti hujung minggu atau berlibur. Jika tiada aktiviti latihan hujung minggu, siswa yang belum lulus ujian berlari tempur akan melaksana ujian. Ramai yang telah lulus ujian 5, 10 dan 15 km; tetapi ada siswa yang berterusan gagal ujian berlari 2 km dan masih gagal sampailah kursus tamat (dan berhutang hingga sekarang). Kesannya, siswa kategori gagal ini hanya dibenarkan berlibur di pekan koboi, Kota Belud. Saya salah seorang daripada mereka.

8. Saya umpamakan Kem Paradise sebagai penjara/lokap. Kem ini juga boleh diandaikan tempat ngeri persis 'neraka dunia'. Siksaan mental dan fizikal ke atas penghuninya amat keras. Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk, yang rata-rata berkesudahannya berupa azab bukannya kenikmatan.

9. Penjara yang terdiri warden-warden bermuka bengis serta 'lokap-lokap' kediaman yang panas, langsung tidak selesa dan sesuai seolah-olah Tuhan menunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam penjara dan lokap boleh diumpama manusia disiksa sementara menunggu dosa-dosa dihisab sebagai hukuman. Bangunan berek dan persekitaran kem sangat panas umpama tinggal dalam ketuhar, peluh meleleh 24 jam; tidak ada angin.

10. Penghuni sentiasa dalam tekanan, tidak tahu tarikh dan hari. Bagi yang tidak tahu malu, ada yang berbogel dan separuh bogel dgn 'seluar dalam wanita,(panties) yang dipakai buang'. Tempat makan, minum, berak, kencing, semua tidak selesa. Kepanasan gila membuatkan pakaian serta badan berbau busuk/ tengik, manakala ketiadaan air membuatkan dubur dibersihkan dengan kertas tisu. Kebanyakan tandas tersumbat. Pilihan yang ada, 'membuang dalam semak'.

11. Tompokan-tompokan najis manusia bertaburan di tepi-tepi parit yang separuh kering. Bekas/dulang bersisa makanan di dewan makan tidak dicuci dengan bersih. Dulang berminyak dibersihkan dengan hujung bawah baju celoreng sebelum makanan diambil.

Inilah realiti 'neraka dunia' STPM, Kem Paradise, Kota Belud bukannya cerita rekaan.....

12. Eksesais akhir paling ditunggu-tunggu oleh siswa. Ia bakal menentukan siswa yang lulus dan gagal. Kita akan melihat betapa gembiranya orang apabila dapat pulang dan keluar bebas dari penjara, yang diumpamakan seperti menunggu perhitungan dosa di Padang Mahsyar. Betullah cerita di Padang Mahsyar. Semua orang tidak kisah hal-hal orang lain. Diri sendiri sahaja paling penting. Rakan-rakan yang berbogel pun tak ada masa tengok dan fikir sebab takut dengan dosa-dosa sendiri.

13. Samalah seperti di dalam penjara; menunggu bila nama akan dipanggil untuk dikeluarkan dari 'neraka dunia' itu untuk di bawa ke syurga (balik ke pasukan). Kita boleh melihat betapa gembiranya orang yang dipanggil namanya untuk pulang dan betapa sedihnya orang yang menunggu tidak pasti bila nama mereka akan dipanggil. Semuanya berserah kepada Allah.

14. Ketahanan mental & fizikal paling dituntut. Bagi STPM, latihan itulah kebajikan yang mutlak. Sekeras mana latihan yang dihadapi oleh siswa; seteruk mana jurulatih turut 'dipaksa-berlatih sama', pengakhirannya mengesahkan bahawa STPM telah berjaya membentuk kualiti kepimpinan dan fizikal yang kental di kalangan siswa (dan jurulatih). Sifat-sifat ini merangkumi kejujuran, disiplin diri, motivasi, inisiatif, keberanian, dan keyakinan diri.

15. Persekitaran latihan di STPM, Kem Paradise, Kota Belud yang dirujuk sebagai 'Neraka Dunia' merupakan penyataan nakal siswa MAKP Siri 1/1981. Tak kenal maka tak sayang. Ternyata, neraka dunia inilah telah melahirkan sebahagian besar pemimpin tertinggi ATM ketika di kemuncak karier para 'Gunturian'. Terima kasih khusus buat Mej Jen Dato' Amir Baharudin @ Amir Guntur Kamparputra serta semua staf Jurulatih MAKP Siri 1/1981. Dirgahayu, Gunturian....

***
Mohd Nordin TPK
SU3, SgBuloh
8 Sep 21

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Selamat Menyambut Ulang Tahun PASKAL KE- 39

"Selamat menyambut ulang tahun ke-39 buat warga #PASKAL."

PASKAL : “SENTIASA YANG TERBAIK”

FB_IMG_1633075139464.jpg
 

halimyahya

Fun Poster
Messages
528
Joined
Aug 1, 2012
Messages
528
Reaction score
10
Points
25
paskal-1.jpg

21hmpas3.jpg.transformed.jpg

GAMBAR kenangan PASKAL pada awal penubuhannya.

21hmpas2.jpg.transformed.jpg

ANTARA latihan dijalani pasukan PASKAL.

Lumut: Bukan mudah mahu menjadi anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Dalam beratus individu yang memohon mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.

Menjadi warga PASKAL menuntut pengorbanan fizikal dan mental melangkaui kemampuan manusia biasa bagi melayakkan mereka digelar ‘panglima hitam’.

Menceritakan jatuh bangun dan pengorbanan paskal sejak hampir 34 tahun lalu Panglima PASKAL Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman berkata, warga PASKAL berbeza daripada pasukan khas lain dimiliki negara.

Jelasnya, anggota PASKAL yang dipilih perlu mempunyai naluri ‘waterborn’ (berasal dari air) sebelum dilatih dengan empat unsur latihan meliputi latihan di darat, laut, udara dan dasar laut.

“Bukan mudah untuk menyertai PASKAL, jika 90 individu yang menyertai latihan mungkin 15 sahaja yang akan lulus. Mereka perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal luar biasa bagi melayakkan mereka menjadi anggota PASKAL,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyertai pasukan khas itu, mereka yang terpilih akan menjalani latihan asas komando selama tiga bulan sebelum dihantar ke sekolah terjunan payung udara.

Jamalludin berkata, sebaik lulus dua ujian itu mereka akan menyertai latihan penyelam kapal sebelum menempuh latihan dan ujian menjadi penyelam tempur yang melayakkan mereka ditauliahkan sebagai warga PASKAL seterusnya memakai beret berwarna ungu.

“Semasa sesi pemilihan, kita sudah tekankan bahawa jika mahu menjadi anggota PASKAL, mereka perlu bertubuh sasa dan berotot selain melepasi ujian kesihatan.

“Latihan fizikal seperti berlari, berenang diadakan di dalam kem sebelum mereka yang lulus dihantar menyertai latihan asas komando,” katanya.

Jamalludin yang juga warga PASKAL daripada kumpulan kedua sejak ia ditubuhkan dahulu memberitahu latihan dan ujian wajib lulus yang sinonim dengan PASKAL adalah ujian ‘Drown Proofing’.

Beliau yang kini berusia 58 tahun berkata, Drown Proofing adalah ujian di mana individu akan diikat kaki dan tangannya sebelum dicampak ke dalam kolam renang dan mereka perlu berenang dan mencapai misi mereka.

“Bila dicampak ke dalam kolam renang mereka perlu berenang 50 pusingan. Selepas itu mereka perlu mengambil topeng menggunakan gigi. Ujian ini adalah persediaan sekiranya dalam situasi mereka dicampak musuh hidup-hidup ke dalam laut dan mereka perlu berusaha menyelamatkan diri,” katanya.

Memakai lambang ‘tri-media’ di seragam TLDM ibarat satu kebanggaan dan kepuasan buat mereka apabila berjaya melengkapkan ujian di darat, air dan udara.

Namun apa yang menanti mereka sebaik tamat latihan lebih menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang besar dalam memikul misi negara.

Jamalludin memberitahu, kejayaan merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel pada 20 Januari 2011 daripada lanun Somalia di Teluk Aden adalah kenangan manis buat pasukan itu.

Apa yang lebih membanggakan kapal itu berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika di Timur Oman.

Menceritakan peranan lain yang dimainkan PASKAL sejak penubuhannya, Jamalludin berkata, pasukan yang berpangkalan di Semporna, Sabah dan Lumut, Perak itu turut bertanggungjawab dalam melindungi aset kepentingan negara iaitu pelantar minyak daripada dirampas musuh.

“PASKAL terkenal dalam melawan keganasan maritim. Kami ada dua peranan iaitu mempertahankan perairan negara (green role) dan juga sebagai pasukan penentang perampas pelantar minyak (black role). Jika pelantar minyak negara tidak dikawal ia mendatangkan kerugian kepada negara,” katanya.

Biarpun mempunyai keanggotaan terhad iaitu tidak sampai satu peratus daripada warga TLDM namun berbekalkan semangat juang serta latihan sembilan bulan ditempuhi menjadikan mereka antara pasukan elit disegani di dunia.

Jamalludin memberitahu, biarpun pihaknya tidak menerima pengiktirafan secara terus di peringkat antarabangsa namun ia tidak menjadi masalah kerana pasukan Navy Seal Amerika Syarikat sering mengadakan latihan bersama PASKAL dan ia adalah satu penghormatan buat mereka.

Jelasnya apa yang lebih membanggakan banyak bekas warga PASKAL dikehendaki dalam syarikat perindustrian antarabangsa sebagai ‘sea marshall’ (penguasa pemerintah laut) kerana pengalaman dan kepakaran sebelum ini.

“Mereka amat dikehendaki oleh pemain industri minyak baik tempatan mahupun antarabangsa untuk bekerja sebagai ‘sea marshall’. Ini kerana mereka mempunyai kepakaran dalam membanteras aktiviti lanun dengan pengalaman dimiliki,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124239#sthash.1g6Pkv1W.dpuf
tahniahh kepada yang lepas
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,655
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,655
Reaction score
16,561
Points
2,376

'Sentiasa jaga nama baik PASKAL' - Sultan Sharafuddin

Oleh Noor Hidayah Tanzizi- Oktober 1, 2021 @ 11:03am
[email protected]

Sultan_Sharafuddin_Idris_Shah_Selangor_1633057355.jpg


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj


LUMUT: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menitahkan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya tidak sesekali mencemarkan maruah dan kehormatan pasukan itu.

Baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, bertitah lambang trimedia yang tersemat di dada setiap anggota pasukan adalah lambang kehormatan yang perlu dipertahankan.

"Jangan menggadaikan prinsip seorang anggota PASKAL dengan melibatkan diri kepada perkara yang tidak bermoral dan melanggar peraturan perkhidmatan. Anda wajib berpegang teguh kepada sumpah dan ikrar PASKAL.

"Beta mengingatkan anda semua supaya tidak mengabaikan tuntutan agama. Sentiasa ingat kepada Tuhan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Sentiasa berdoa sekiranya mengalami kesukaran terutamanya ketika anda bertugas. Doa akan memberikan kekuatan dan keberanian dan menghindar dari ketakutan. Insya-Allah," titah baginda pada upacara penamaan dan pentauliahan Pusat Latihan PASKAL kepada Kapal Diraja (KD) Panglima Garang di Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Baginda turut mengingatkan semua warga PASKAL supaya mempersiapkan diri dengan segala aspek kemahiran, fizikal dan mental serta memastikan anda sentiasa mempunyai kemampuan diri untuk melaksanakan misi dan operasi khas yang diamanahkan oleh pihak tertinggi TLDM.

"Tugas anda adalah sangat mencabar dan berisiko tinggi. Oleh itu, persiapan terbaik untuk hari esok adalah dengan melakukan latihan dan raptai yang terbaik pada hari ini.

"Teruskan menimba ilmu pengetahuan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa demi berdepan dengan cabaran yang kompleks pada masa ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, tumpuan berganda hendaklah dititik-beratkan dalam aspek keselamatan bagi mengelakkan kemalangan jiwa dan faktor keselamatan hendaklah dititikberatkan dan diuji berulang kali sebelum latihan dilaksanakan.

"Beta mahu anda semua komited melaksanakan amanah dengan penuh taat setia dan bersemangat tinggi. Junjunglah cogan kata "Sentiasa Yang Terbaik" agar ia benar-benar baik. Pertahankan semangat setia kawan yang merupakan inti kepada komuniti PASKAL.

"Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari sebarang musibah dan penyakit terutamanya pandemik COVID-19. Semoga Tuhan memberkati segala usaha saudara dan saudari demi agama, bangsa dan negara. Insya-Allah," titah baginda.

Baginda turut menzahirkan rasa bangga, sejak penubuhan PASKAL pada 1982, pasukan itu telah berfungsi untuk mempertahankan Stesen Luar Pantai TLDM di Laut China Selatan, selain melaksanakan pelbagai operasi khas di laut, darat dan udara daripada pelbagai ancaman, serta melakar kejayaan dalam misi dipertanggungjawabkan di dalam serta luar negara.

Titah baginda, sepanjang tempoh penubuhannya, PASKAL berjaya melatih seramai 1,103 pegawai dan anggota tentera laut dalam dan luar negara melalui pelbagai kursus khas dijalankan kerana untuk melayakkan diri menjadi anggota pasukan itu bukan sesuatu yang mudah.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register