BTC USD 52,136.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Bukan mudah sertai unit Paskal, dari 90 cuma 15 yang lulus

Supreme

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
May 26, 2012
Messages
5,636
Reaction score
150
Points
73
x leh nk ckp tuan... ajal maut tgn tuhan... byk kes dah lemas libatkan professional swimmer...

Haha..yg ni win.. power mcm mane pun.. ajal maut x kire smua tu..
 
Sponsored Post

Arluth

Super Active Member
Messages
9,649
Paid Membership
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,649
Reaction score
385
Points
91
Kor risik pun hebat
 
Maestro

Active+ Member
Messages
3,868
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,868
Reaction score
861
Points
81
Mmg kebanyakan negara unit komando amfibia adalah yg paling elit dlm tentera...

Us... navy seals

Jiran kita pon ada yg famous.. komando KATAK...indonesia
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
baru2 ni baru ku tau sorang pilot cik su tu mber sek ak. google2 betol ada kua metro pic die masa lima langkawi
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Terjun laut kaki, tangan diikat

Kuala Lumpur: Ujian wajib lulus apabila mereka perlu terjun ke laut dalam keadaan kaki dan tangan diikat sebelum menggunakan kudrat untuk berenang ke pantai. Malah, mereka perlu terjun ke laut lengkap memakai peralatan tempur beserta fin pada ketinggian lebih lima meter dari helikopter Super Lynx.

Semua ujian piawaian fizikal itu berjaya dilepasi 25 pelatih kursus asas Pasukan Khas Laut (Paskal) Siri 70/2021, baru-baru ini sebelum secara rasmi bergelar komando Paskal.

Walaupun sukar namun latihan 'tidak masuk akal' dan ekstrem selama lima bulan selain ujian ketahanan 'minggu neraka' (Hell Week) tanpa henti 72 jam berjaya dilepasi semua mereka sebelum disarungkan beret ungu Paskal.

Difahamkan kursus Paskal merangkumi beberapa peringkat di antaranya peringkat pemanasan, peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, peringkat laut, peringkat pelarian dan pelolosan serta ujian ketahanan akhir mental dan fizikal.

Bagi peringkat pemanasan iaitu pemilihan awal, pelatih perlu berenang di kolam sejauh 500 meter dalam masa kurang 10 minit dan berlari sejauh 6.8 kilometer (km) dalam masa kurang 30 minit bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

PESERTA Kursus Asas Paskal siri 70/2021 membaca ikrar Paskal dengan penuh semangat.

Latihan fizikal yang keras dan mencabar diutamakan supaya pelatih kursus berupaya melepasi cabaran dan rintangan seterusnya.

Antara ujian kecergasan perlu dilakukan sepanjang kursus adalah tekan tubi, bangkit tubi, mendagu, sit up, lompat setempat, latihan lapan serangkai dan pelbagai teknik yang perlu dipraktikkan.

Mereka kemudian perlu melepasi ujian peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, peringkat laut, peringkat pelarian dan pelolosan serta ujian ketahanan akhir mental dan fizikal.

Setiap pelatih mestilah mempunyai semangat juang serta keyakinan dan sikap profesionalisme yang tinggi bagi menghadapi setiap latihan yang mencabar.

Turut menjadi cabaran terbesar apabila pelatih perlu melepasi latihan ketahanan 'tawanan perang' apabila setiap mereka didedahkan dengan keadaan dan situasi sebenar ditawan musuh.

Mereka akan merasai setiap penyeksaan dan penderitaan memeritkan sepanjang ditawan musuh yang berusaha mendapatkan maklumat serta rahsia pertahanan Negara.

Praktikal 'tawanan perang' itu menguji semangat pelatih supaya tidak sewenang-wenangnya menceritakan segala rahsia negara yang disimpan sebagaimana termaktub dalam ikrar kesatria yang kelima iaitu - Menyimpan Rahsia Negara Dengan Seketat-ketatnya.

MENDAYUNG adalah salah satu serangan taktikal bagi merapat ke pantai secara senyap dan pantas.

Kursus Asas Paskal Siri 70/2021 ini disertai seramai 97 pelatih membabitkan seorang pegawai dan 96 anggota lain-lain pangkat bermula 24 Mei hingga 27 Ogos lalu.

Bagaimanapun hanya 25 pelatih berjaya mengharungi cabaran itu dan dianugerahkan beret pada majlis penutup Kursus Asas Paskal Siri 70/21 di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Majlis itu turut disempurnakan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Mohd Redzuan Talib; Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Muda Datuk Anuar Alias dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Mohd Ajis.

Paskal selaku pasukan elit TLDM diakui antara unit komando terbaik dan disegani di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

Sumber: Harian Metro

FB_IMG_1630752001771.jpg
 
pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,636
Reaction score
1,595
Points
151

Gilerrrr Betui, depa ni ni ikat dua2 tangan kat belakang pun depa masih boleh berenang lagi......... Memang latihan depa ni dasyat.....
 
adamrao

Active Member
Messages
1,605
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,605
Reaction score
167
Points
43
nak mita keja gov kalo lasak cam gini.. geng pakai kabel lari dah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register