'Bukan mahu menangguk di air keruh' - Fadzil Zahari

CG Sponsors




marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,953
Points
201


PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari menafikan sengaja memuat naik poster telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi di Instagram Prokuya Studios selepas kontroversi melanda pelakon utamanya, Syafie Naswip.

Fadzil, 37, berkata, poster yang memaparkan dua personaliti berbeza Syafie itu sudah dijadualkan terlebih dahulu supaya dimuat naik hari ini.

“Saya hanya tahu Syafie putus tunang dan tidak menjangka pula ada isu lain yang timbul. Malah, poster yang dimuat naik hari ini adalah secara kebetulan sahaja.

“Saya bersama pasukan memang tidak ada niat lain malah jauh sekali bertujuan untuk mengambil kesempatan atas apa yang menimpa Syafie sekarang.

“Lagi pun, poster itu sudah dijadualkan untuk dimuat naik hari ini. Mungkin sebab itu orang fikir sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

Fadzil berkata, rekaan poster itu dibuat sesuai dengan jalan cerita telefilem berkenaan yang memaparkan kehidupan golongan Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT) di pusat tahfiz.

“Itu memang rekaan asal poster. Ia bukannya baru dibuat untuk tujuan strategi atau mensensasikan isu yang berlaku.

“Kalau tengok rekaan poster pun boleh tahu serba sedikit jalan cerita telefilem ini. Ia mengenai kisah LGBT yang berlaku dalam kalangan pelajar tahfiz.

“Sewaktu pihak RTM menawarkan cerita ini, saya agak terkejut juga sebab tak pernah lagi dibuat orang dan dipaparkan dalam drama TV. Walaupun secara realiti ia berlaku tetapi isu ini tidak diperbesar-besarkan,” katanya.

Fadzil berkata, dia memuji lakonan Syafie yang membawakan watak itu dengan baik.

“Dia berikan yang terbaik untuk watak ini. Saya tabik dan kagum dengan usaha diberikan. Aspek lakonan tak perlu dipertikaikan lagi. Dia memang pelakon yang bagus.

“Buat masa sekarang, kami masih menunggu tarikh tayangan daripada RTM. Saya harap apabila ia ditayangkan nanti, telefilem ini akan mendapat sambutan,” katanya.

Telefilem arahan Eyra Rahmah itu turut menampilkan pelakon Fezrul Khan, Taiyuddin Bakar, Aman Grasek, Sheila Mambo dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 5:27 PM

https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/480628/bukan-mahu-menangguk-di-air-keruh-fadzil-zahari
 
Sponsored Post

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,535
Reaction score
517
Points
81
“Kalau tengok rekaan poster pun boleh tahu serba sedikit jalan cerita telefilem ini. Ia mengenai kisah LGBT yang berlaku dalam kalangan pelajar tahfiz.

xdak cerita lain ka yg nak buat

atau kat tempat lain xberlaku kejadian cani ka
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,432
Reaction score
144
Points
43
gay palat nie x nampak luaran..
 

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,259
Reaction score
163
Points
43
kebanyakan penerbit dan pelakon kaki maksiat, bila orang bagi nasihat mula la terasa, nak nampakkan diaorang lagi mulia, bikin cerita cam ni, kononnya kat tahfiz tu lagi teruk, kerja nak memburukkan image agama, macam ke banyak sangat kes semb*rit berlaku kat tahfiz tu. rasa aku, kat sekolah biasa berasrama tu lagi berlambak berlaku benda cam ni.

realiti la sangat, nak realiti mengapa tak buat cerita semb*rit berlaku dalam kalangan industri perfileman, kalau nak lagi realiti buat cerita ahli politik semb*rit kat hotel tu,

manusia ni kalau hati dah hitam kerja nak memburukkan agama je, :(scam:(scam:(scam
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,330
Reaction score
1,575
Points
596
“Kalau tengok rekaan poster pun boleh tahu serba sedikit jalan cerita telefilem ini. Ia mengenai kisah LGBT yang berlaku dalam kalangan pelajar tahfiz.

xdak cerita lain ka yg nak buat

atau kat tempat lain xberlaku kejadian cani ka
yer bukan tahfiz ja

di sekolah asrama

di sekolah

di universiti di kolej

di tempat keja

merata tempat ada
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,227
Reaction score
474
Points
41
racun halus LGBT semakin ke dalam...
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,174
Reaction score
387
Points
86
“Kalau tengok rekaan poster pun boleh tahu serba sedikit jalan cerita telefilem ini. Ia mengenai kisah LGBT yang berlaku dalam kalangan pelajar tahfiz.

xdak cerita lain ka yg nak buat

atau kat tempat lain xberlaku kejadian cani ka
patot skrip citer berkisar budaya LGBT dikalanggan pelakon + pengarah ..
baru kisah benar..dan pelakun nya pun 100% boleh menghayati watak lakunan..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,890
Reaction score
9,725
Points
1,746
Mohamad Jamalee
21 min ·
Saya selalu tertanya, mengapa ramai juga yang saya kenal dari golongan ekstremis liberal, atheist dan murtad ni datang dari sekolah agama. Tak kurang juga yang datang dari maahad atau universiti Islam. Ada yang menjadi LGBT ataupun pendukung LGBT.

Ada beberapa kes yang saya sendiri tahu ia datang daripada kebencian dan kemarahan yang meluap-luap. Kebencian dan kemarahan meluap-luap ni datang dari perasaan yang kadang-kala institusi-institusi Islam ni agak hipokrit dan dalam usaha "menjaga air muka dan aib", kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku terpaksa disenyapkan.

Disenyap, diri sendiri sakit. Dilapor, diri sendiri dikecam.

Jadi satu-satunya jalan keluar adalah dengan 'retaliate'. Dan di dalam era media sosial, ia lebih kuat lagi kecaman dan kritikannya.

Media dan seni, tak kisahlah berbentuk filem ka, lagu ka, lukisan ka, komik ka, sejak dulu lagi menjadi medium luahan rasa dan membawa suara-suara tertindas, suara-suara yang 'mainstream' tak nak bawa. Besar jasanya.

Saya faham mengapa segelintir umat Islam dan pendidik agak marah bila keluarnya telefilem yang memburuk-burukkan institusi tahfiz. Untuk masyarakat yang suka serkap jarang dan generalisasi hari ini, sudah pasti akan ada yang mewarnakan ia ke atas semua institusi tahfiz.

Saya juga faham poin di mana perkara buruk yang berlaku di asrama, bukan hanya berlaku di tahfiz sahaja. Malah semua jenis asrama, Muslim atau non-Muslim, Agama atau Sains, dalam atau luar negara, mengalami masalah yang sama.

"Maka mengapa dispesifikan kepada tahfiz sahaja?!"

Saya sangat faham kemarahan itu. Saya pun serba salah. Tetapi itulah realiti yang kadang-kala pahit perlu kita telan. Memang seni dan media ini adalah medium ampuh membawa suara minoriti dan mereka yang tertindas (termasuk dalam segelintir institusi agama).

Marah itu juga datang sebab tak banyak media yang bawa kebaikan tahfiz pula. Kejayaan anak-anaknya. Silibusnya dan sistem pembelajarannya yang baik. Taunya asyik nak fokus yang buruk saja..

Jadi, kalau tak ada yang nak buat, maka kita yang sentiasa mendukung dan menyokong institusi tahfiz dan maahad ni lah yang kena buat.

Buat laman sesawang macam madeinuitm.com contohnya.

Dikumpulkan semua berita-berita kejayaan UiTM dan pelajarnya di situ. Barulah senang kita nak tunjukkan bahawa bukan semuanya buruk berlaku di institusi Islam malah ia boleh dikatakan kes terpencil.

Maaf jika tulisan saya ini ada yang tak bersetuju.

Tapi sebagai orang media juga, saya kena bagitau yang media ini memang medium kita membawa suara-suara yang terbungkam..

Kita tak nak kes seperti arwah Zulfarhan atau mana-mana kes buruk yang terjadi di asrama berulang-lagi. Masyarakat perlu tahu.


 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
Untuk menyebarkan perkara2 yg x elok perlu membiasakan masyarakat dgn perkara semacam itu...ibarat org yg masuk ke sebuah tmpt yg sgt busuk pst muntah tetapi apabila sudah biasa sekadar menutup hidung dgn sehelai kain sudah cukup
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,994
Reaction score
1,864
Points
206
Mencapub la ni.
Alang2 ada kontroversi kasi up poster.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register