BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Bukan Kerana 'Buatan Orang', Ini 3 Sebab Sebab Kedai Makan Gagal Tarik Pelanggan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,283
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,283
Reaction score
7,059
Points
916
Awards
1
Dalam kalangan masyarakat, terdapat kepercayaan bahawa antara punca sesebuah perniagaan kedai makan tidak laku adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kepercayaan ini biasanya dikaitkan dengan persaingan tidak sihat atau dengki, di mana ada pihak yang didakwa menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan perniagaan lain. Kedai makan yang tidak mendapat sambutan sering kali dikaitkan dengan tanda seperti pelanggan hilang secara tiba-tiba, makanan basi walau baru dimasak atau suasana kedai suram dan tidak menarik. Dalam berdepan situasi itu, pemilik kedai terbabit kebiasaannya mungkin mengambil langkah seperti mendapatkan khidmat bomoh atau ustaz untuk memulihkan perniagaan mereka. Bagi Presiden Broku Sdn Bhd, Ku Addy Fazly Ku Radin, 41, berkata, beliau tidak menolak mengenai kemungkinan terdapatnya kebenaran dalam kepercayaan tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, berdasarkan pengalaman syarikatnya membantu dan melatih kira-kira 50,000 pengusaha kedai makan di seluruh negara, kebanyakan daripadanya kes berkenaan bukan berpunca daripada hal mistik atau ilmu hitam.​

1725592326011.png

"Kita tak nafikan kadang-kadang benda itu memang berlaku. Tapi yang tak baiknya adalah orang kita ini senang sangat untuk gunakan benda itu sebagai punca kepada masalah mereka. Kebanyakan kedai dia akan mula benda sama sahaja, cerita yang pertama adalah orang lalu kedai dia tak nampak. Kedua, nasi dan makanan dia cepat basi. Lepas itu ketiga, pekerja dia kerap sakit. Tiga ni adalah karakter utama yang selalunya orang beritahu kedai dia kena buatan orang," katanya kepada Majoriti.

Dalam berdepan kes sedemikian, Ku Addy atau lebih dikenali sebagai Broku berkata, pasukannya akan cuba melihat masalah tersebut daripada beberapa perspektif lain. Ujarnya, antara perkara tersebut adalah keterlihatan kedai berkenaan termasuk lokasi, prosedur operasi standard (SOP) penyediaan makanan dan juga motivasi pekerja.

"Bila jumpa kes pemilik yang dakwa kena dia kena 'buatan orang', saya dan pasukan sangat suka. Kebiasaannya kita akan pergi tengok sendiri kedai terbabit. Pertama, kita tengok betul ke tak kedai dia orang tak nampak. Saya cari memang tak jumpa kadang-kadang, kena pusing dua tiga kali sebab isu visibility. Lampu tak ada, kedudukan papan tanda tak betul sebab diletakkan di antara celah-celah sampai tenggelam dengan kedai lain. Kedua, kenapa makanan dia cepat basi. Bila kita tengok SOP makanan dia teruk, kebersihan tak jaga, Kemudian isu pekerja sakit. Benda ini kadang-kadang kita tak boleh buat apa. Bila kedai tak ramai orang, pekerja tak ada motivasi. Bila macam itu memang senanglah datang semua sakit-sakit," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai punca, utama kegagalan sesebuah restoran atau kedai makan, Broku berkata, secara asasnya, terdapat tiga perkara menyumbang kepada masalah tersebut. Pertama menurutnya adalah ketiadaan minat yang mendalam oleh pengusaha restoran terdapat produk makanan jualannya.​

1725592338215.png

"Bila berniaga tanpa minat, memang tak boleh tahan lama. Berniaga F&B ini tak boleh asal boleh sahaja. Kalau dia nak berniaga kedai makan ini, kena jatuh cinta dulu dengan apa yang anda jual, kalau tak memang tak jadi," ujarnya.

Kedua, Broku berkata, pengusaha kedai makan juga perlu mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menjalankan operasi perniagaannya. Pada waktu ini, beliau berkata, kebanyakan peniaga khususnya Bumiputera menganggap bahawa ilmu perniagaan makanan itu boleh dipelajari sendiri tanpa sebarang tunjuk ajar.

"Bukan tidak boleh sendiri, boleh. Tapi anda akan ambil masa lama untuk berjaya. Potensi untuk langgar 'dinding' pun tinggi," ujarnya.

Ketiga, Broku berkata, isu pengurusan juga menjadi antara faktor utama kegagalan perniagaan sesebuah kedai makan atau perniagaan F&B.​

1725592351738.png

"Usahawan F&B kebanyakannya tidak didedahkan dengan ilmu pengurusan. Mereka ingat restoran ini hanya di sekitar marketing, media sosial ataupun influencer review makanan. Sedangkan benda itu adalah soal yang di belakang. Yang paling penting sebenarnya soal mengurus. Tapi bukan hanya mengurus makanan sahaja seperti kepercayaan ramai. Pengurusan perniagaan makanan ini juga melibatkan bagaimana anda menguruskan pekerja dan pelanggan. Jadi kalau semua ini anda boleh buat, tak perlu buka restoran, jual air sarsi tepi jalan pun boleh berjaya," katanya.​

Sumber asal https://majoriti.com.my/berita/2024...sebab-sebab-kedai-makan-gagal-tarik-pelanggan
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register