Bukan Islam boleh didakwa jika guna 25 perkataan dilarang: Jais

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM: Bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini dinyatakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
 
Sponsored Post

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
apa 25 perkataan tu:-?
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
isu agama pula dipermainkan. Apa nak jadi tak tahu lah. Buat lagi 1Malaysia inilah bahananya.
 

shamkaya87

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,961
Reaction score
10
Points
25
klu try google ada 33 perkataan pla

http://malaysia.sompost.com/?p=15862
aku tolong paste kan..



PETALING JAYA, Jan 14 — Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah “Allah” dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka.

Perkataan tersebut ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, dan iman.

Selain itu ialah dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi, sheikh, akhirat, azan, al-Quran, al-Sunnah, hauliak, karamah, shahadah, masjid dan Baitullah.

Setiausaha Maim, Idrus Md. Jani berkata, perkara itu terkandung dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang diwartakan di negeri ini.

Bagi ungkapan pula ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, insya-Allah, Astaghfirullah Azim, Tabaraka Allah, masya-Allah, Lahaula Walaquata Illabillahil Azim, Assalamualaikum, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan Auzubillah.

“Mengikut Seksyen 9(1) enakmen itu, menjadi kesalahan bagi sesiapa terlibat dalam tulisan yang diterbitkan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang.

“Pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat, dia tahu atau patut tahu akan diterbit atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Di bawah Seksyen 9(2), menjadi kesalahan seseorang bukan Islam menggunakan mana-mana ungkapan yang disenaraikan kecuali sebagai petikan atau rujukan.

“Seseorang yang melakukan kesalahan mengikut sub-Seksyen (1) atau (2) boleh dikenakan denda RM1,000,” ujarnya.

Melaka merupakan antara negeri yang mengguna pakai peruntukan itu.

Awal minggu ini, Pahang mengumumkan ia tidak membenarkan penggunaan 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam, termasuk kalimah Allah dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.

Ia dikuatkuaskaan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 yang diwartakan kerajaan Pahang pada 1990.

Perkataan lain yang tidak boleh diguna dan dikaitkan itu ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.

Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya-Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah, Lahaula Walaquwata IIlabillahialiyil Azim juga tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

Mengikut seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika ia menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.

Bagi Seksyen 9(2) enakmen yang sama pula, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan dan ungkapan berkenaan kecuali sebagai petikan atau rujukan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan menjelaskan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Enakmen ini adalah undang-undang yang merangkumi semua pihak, termasuk bukan Islam dan mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan mengikut Kanun Prosedur Jenayah.

“Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan penguatkuasaan dan menangkap tanpa waran mereka yang disyaki melakukan kesalahan,” katanya dipetik Berita Harian awal minggu ini.

Wan Abdul Wahid meminta semua pihak di negeri ini menghormati dan mematuhi enakmen berkenaan yang sudah wujud sejak 20 tahun lalu.

“Jika semua pihak mematuhi enakmen ini maka tidak akan berlaku masalah berbangkit sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam,” katanya.
Kesalahan lain mengikut enakmen itu termasuk menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang Islam, mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh suatu agama bukan Islam dan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada ucapan atau pertunjukan mengenai perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam.
 

lelakigila

Active+ Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
Bawah kuasa apa dia nak ambik tindakan untuk yang bukan Islam tu? :D
 

eizza115

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
2,688
Reaction score
0
Points
20
bis tu crite air mata dania..janet khoo tu
 

odrie

Fun Poster
Joined
Jun 5, 2008
Messages
667
Reaction score
2
Points
15
1) Nama kwn baik saya Ahmad.
Ahmad pergi ke (tut) untuk bersembahyang.
Apabila saya tanya, dia sembahyang ikut arah mana,
dia kata ikut arah (tut)...

2) Tuan (tut) mengajak isterinya ke Tabung (tut) untuk
mengeluarkan duit.

3) Selamat Hari Raya (tut)

haruskah begini?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register