BTC USD 23,823.9 Gold USD 1,773.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan 100 hari, tetapi 10 hari – Idris

kidomaru

Fun Poster
Messages
179
Joined
May 1, 2011
Messages
179
Reaction score
19
Points
15
Semua ni slogan PM. Anak buah pun follow la nak dapatkan political mileage.
Maahathir : wawasan 2020.
Paklah : Islam Hadhari.
Najib : 1 Malaysia.
Muhyiddin : -.
Ismail Sabri : Keluarga Malaysia.
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,733
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,733
Reaction score
3,839
Points
261
Awards
1
Usaha pemerkasaan peguam syarie, mahkamah syariah

August 8, 2022

Oleh SENATOR DATUK IDRIS AHMAD

APA lagi ungkapan yang boleh saya katakan, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas Persidangan dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan yang pertama.

Perjuangan tiga dekad. 24 tahun secara spesifik.

Sejarah panjang bagi usaha untuk memartabatkan perjuangan institusi Mahkamah Syariah.

Usaha untuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie telah bermula sejak tahun 1984 lagi.

Pada tahun 1995, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah meneruskan usaha penggubalan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) sehingga selesai.



Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta 814] telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019.

Akta 814 juga telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 November 2019 dan seterusnya telah mula berkuat kuasa pada 21 Jun 2022 yang lalu.

Di Wilayah Persekutuan sahaja, lebih 700 anggota Peguam Syarie yang berkelayakan dan berkepakaran, dan saya mengharapkan inilah pemangkin untuk negeri-negeri lain untuk bersama dalam perjuangan menggubal enakmen yang sama seperti Akta 814.

Saya yakin kewujudan akta ini akan disambut baik oleh semua negeri berkenaan dengan memartabatkan Mahkamah Syariah dalam negara kita.

Setelah mengaktifkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Tan Sri Othman Mustapha dan diurussetiakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), saya kita agenda kita hari ini, Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah- Wilayah Persekutuan Yang Pertama adalah cukup besar dan ianya sangat besar untuk umat Islam dalam negara kita.

Sungguh, saya cukup terharu!

Perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah adalah perjuangan saya sejak berada di luar kerajaan dahulu lagi.

Maka saya berkata pada diri saya, sementara Allah beri amanah dan ruang ini kepada saya, saya bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Insya-Allah, martabat Mahkamah Syariah akan lebih tinggi selepas ini. Doakan semua! – HARAKAHDAILY 8/8/2022
 
Sponsored Post

Top
Log in Register