BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera Akan Bantu Bumiputera - Zaid

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
03.05.2024 - Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini membidas Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir kerana berkata tidak ada perbincangan mengenai pembukaan program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar bukan bumiputera. Dalam catatan di X, Zaid mendakwa ketakutan untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera adalah kerana Umno, mengatakan bahawa parti itu harus melihat isu berkenaan secara berbeza.

“Institusi pendidikan kita perlu terbuka dan mengambil semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. UiTM dimulakan untuk membantu bumiputera dan harus terus berbuat demikian. Tetapi hari ini, kita harus sedar bahawa membantu bukan Melayu masuk ke UiTM juga akan membantu bumiputera dengan menyelesaikan masalah negara," katanya.

Semalam, Zambry menafikan perbincangan mengenai perkara itu, berkata bahawa beberapa isu penting perlu diteliti sebelum idea sedemikian boleh dipertimbangkan. Pada 25 April, Codeblue melaporkan Raja Amin Raja Mokhtar, yang berada dalam lembaga pengajian program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM-IJN, berkata bahawa universiti itu bersetuju untuk membuka peluang kepada pelatih dan graduan paralleh pathway bukan bumiputera. Dia berkata keputusan itu dibuat selepas bercakap dengan naib canselor UiTM dan pengerusi lembaga UiTM, dan mereka bersetuju dengan idea itu untuk tempoh terhad.

Bagaimanapun, pada 30 April lalu, ahli Dewan Negara Dr RA Lingeshwaran membantah idea itu dan menegaskan bahawa universiti khusus bumiputera itu harus terus berkhidmat kepada pelajar bumiputera secara eksklusif, manakala pelajar bukan bumiputera atau bukan Melayu boleh mengikuti laluan paralleh pathway untuk latihan kepakaran perubatan. . Sementara itu, Zaid menegaskan bahawa Malaysia menghadapi kekurangan pelbagai pakar perubatan dalam sektor penjagaan kesihatan awam. "Ketakutan untuk mempunyai lebih ramai bukan Melayu sebagai doktor, jururawat atau pensyarah adalah trauma pada tahun 1970-an. Umno mesti menghilangkan ketakutan yang tidak rasional ini.

“Kita kini adalah sebuah negara dengan masalah yang lebih ketara tetapi mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkhidmat kepada setiap kumpulan. Jangan terus mentadbir negara ini dengan ketakutan masa lalu. Walaupun belum ada perbincangan, jika UiTM sudah bersedia, apa salahnya memandangkan kekurangan pakar kardiotoraks di negara ini? Kenapa dia cuba mengekalkan hegemoni etnik di universiti awam? Malah, universiti lain juga harus terbuka,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Pengerusi Urimai P Ramasamy mengkritik Lingeshwaran kerana menentang cadangan membuka program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM kepada bukan bumiputera. Lingeswaran berkata, tiada keperluan untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera apabila parallel pathway sudah wujud. Senator DAP itu menegaskan keperluan untuk mengiktiraf program paralleh pathway anjuran Kementerian Kesihatan dengan kolej diraja luar negara, kerana bilangan doktor pakar yang dihasilkan oleh universiti tempatan jauh lebih kecil daripada yang dihasilkan oleh program itu.
1714709072974.png
 
Sponsored Post

Apakah Parallel Pathway, Mengapa Menjadi Isu?

Beberapa minggu lalu, beberapa pihak bertentangan pandangan mengenai program parallel pathway untuk pegawai perubatan melanjutkan pengajian ke peringkat pakar. Pertikaian itu muncul berikutan kenyataan kerajaan yang mereka sedang mempertimbangkan cadangan meminda Akta Perubatan 1971 untuk membuka peluang tersebut. Panduankini meneroka program tersebut, bagaimana isu timbul dan mengapa sesetengah pihak membantah cadangan pindaan berkenaan.

Apa itu parallel pathway?
Ia sebahagian daripada program latihan pascasiswazah menyeluruh dan merupakan sebahagian daripada proses untuk akhirnya menjadi subpakar di Malaysia Melalui program itu ia membolehkan pegawai perubatan profesional Malaysia mendapatkan latihan kepakaran untuk kelulusan pascasiswazah terpilih di luar negara bagi mengatasi masalah kekurangan pakar di negara ini.

Mengapa program parallel pathway penting?
Malaysia mengalami masalah kekurangan pakar yang serius namun pada masa sama tiada program tempatan yang mencukupi untuk melahirkan golongan terbabit. Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), nisbah penduduk Malaysia dengan pakar perubatan ialah 10,000 : 4, jauh lebih rendah berbanding purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu 10,000 : 14.3. The Star memetik Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz sebagai berkata, ketika ini negara memiliki kurang daripada 13,000 pakar perubatan di sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta. Katanya daripada jumlah itu kira-kira 9,000 pakar perubatan berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Satu-satunya program latihan pakar bagi pembedahan kardiotoraks di Malaysia ialah usahasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Institut Jantung Negara (IJN), namun institusi pengajian tinggi terbabit hanya menawarkan tempat kepada bumiputera. Kebimbangan itu mendorong UiTM untuk menawarkan program tersebut kepada pelatih bukan bumiputera buat sementara waktu sehinggalah program sama ditawarkan di Universiti Malaya (UM).

Mengapa isu ini menjadi perhatian?
Pada 20 Mac lalu, empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pembedahan kardiotoraks secara umumnya merujuk kepada pembedahan untuk jantung, paru-paru, esofagus dan organ-organ berkaitan lain yang berada di dalam dada. Semakan kehakiman tersebut adalah untuk mencabar keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Dis lalu untuk mendaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR). MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf.

Mengapa MMC membuat keputusan tersebut?
Ketua Eksekutif MMC Dr Mohamed Anas Mohamed Hussain merujuk kepada Seksyen 14B Akta Perubatan dalam suratnya kepada graduan terbabit pada 21 Dis 2023.Menurut laman web berita kesihatan CodeBlue, seksyen tersebut menyatakan hanya pengamal dengan kelayakan khusus yang diiktiraf boleh didaftarkan sebagai pakar. Dia juga merujuk kepada senarai lulusan ijazah kedoktoran yang diiktiraf oleh MMC pada 2017 dan pembedahan kardiotoraks oleh FRCS Ed tidak termasuk dalam senarai tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan akhbar pada 25 Mac juga menyatakan bahawa pembedahan kardiotoraks FRCS Ed tidak pernah termasuk dalam kelulusan ijazah kedoktoran yang diiktiraf kerajaan.

Siapakah empat graduan yang memohon semakan kehakiman?
Mereka ialah Dr Nur Aziah Ismail, Dr Syed Nasir Syed Hassan, Dr Chong Kee Soon dan Dr Lok Yuh Ing. Aziah dan Chong bekerja di IJN, manakala Syed Nasir dan Lok berkhidmat di KKM.

Adakah mereka sahaja profesional kesihatan yang merujuk ke mahkamah?
Menurut CodeBlue, cabaran dibawa empat individu terbabit adalah tindakan undang-undang kali ketiga yang diambil berkenaan isu tersebut. Dua kesn lain melibatkan pakar bedah saraf dengan kelulusan FRCS Ireland dan enam graduan patologi dalam genetik perubatan dari Universiti Sains Malaysia. Mahkamah tinggi memberi kebenaran bagi kedua-dua permohonan semakan kehakiman berkenaan.

Mengapa mereka mengejar 'kelayakan yang tidak diiktiraf'?
Dalam pemfailan mahkamah, mereka menyatakan bahawa MMC telah berulang kali memberi isyarat parallel pathway untuk pembedahan dan FRCS Ed diiktiraf. Antaranya e-mel pada 26 Nov 2019 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Perubatan MMC ketika itu, Dr Victor Lim. E-melnya kepada Persatuan Perubatan Thoracic dan Kardiovaskular Malaysia (MATCVS) itu menyatakan berkata lulusan FRCS Ed "adalah kelulusan ijazah kedoktoran yang diiktiraf untuk berdaftar dengan NSR." Graduan tersebut juga mengatakan MMC menerbitkan senarai kelayakan ijazah kedoktoran yang diiktiraf pada laman web NSR yang termasuk FRCS Ed. Maklumat ini juga disebarkan dalam dua lampiran pada satu e-mel kepada pemegang taruh pada 9 Mei 2023, dan kedua-dua lampiran berkenaan menunjukkan FRCS Ed merupakan lulusan yang diiktiraf untuk berdaftar dengan NSR. Bagaimanapun, dalam surat kepada CodeBlue, seorang bekas ahli MMC yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu program latihan ijazah lanjutan kepakaran pembedahan kardiotoraks dari Kolej Pembedahan Diraja Edinburgh "dimulakan tanpa proses yang sewajarnya" oleh Majlis Akreditasi Kelayakan Tenaga Perubatan Kardiovaskular (MATCVS) tanpa mendapatkan penjelasan daripada MMC sehingga 2022. Bekas ahli MMC itu turut mendakwa Kolej Pembedahan Diraja Edinburgh tidak mengemukakan dokumen pengiktirafan kepada Majlis Perubatan Am United Kingdom bagi program pembedahan kardiotoraks.

"Bukan tugas MMC untuk menyatakan bahawa program-program mereka tidak diiktiraf. Ia adalah tugas para penganjur," katanya.

Dia enggan dikenali kerana bimbang serangan lisan terhadap mana-mana rakan sekerja yang menyatakan pandangan mereka menentang program parallel pathway. Sementara itu, Radzi dalam kenyataan, berkata MMC menafikan bahawa mereka pernah mengiktiraf FRCS Ed dalam pembedahan kardiotoraks.

Apakah FRCS Ed dan adakah ia organisasi yang boleh dipercayai?
Menurut British Council, FRCS adalah kelulusan profesional yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai pakar bedah di UK dan Republik Ireland.

"Peperiksaan (bertulis, lisan, dan klinikal) memainkan peranan penting dalam menjaga paiwaian," katanya.

FRCS Ed merujuk kepada pengiktirafan yang diberikan oleh Kolej Pembedahan Diraja (RSC) Edinburgh, sebuah organisasi ahli bedah profesional. Menurut laman sesawangnya, RSC Edinburgh ialah kolej pembedahan tertua di dunia dan ditubuhkan dengan Piagam Diraja pada 1505. Kelayakan FRCS lain termasuk FRCS Eng, FRCS Glasg, dan FRCSI masing-masing dari Kolej Diraja Pembedahan England, Kolej Pembedahan Diraja Glasgow, dan Kolej Pembedahan Diraja Ireland.

Adakah semua program parallel pathway terkesan?
Menurut MMC, mereka tidak menolak program parallel pathway dan tidak akan menghalang peluang sebegitu.

"Keinginan MMC adalah memastikan program parallel pathway yang dijalankan di negara ini memenuhi keperluan undang-undang dan perundangan yang berkaitan. Sebenarnya, terdapat beberapa program parallel pathway yang diiktiraf oleh MMC, manakala bagi kes yang masih belum diiktiraf, badan-badan yang berkaitan telah dimaklumkan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi memenuhi keperluan undang-undang yang berkaitan untuk akreditasi dan pengiktirafan," kata Radzi.

Apakah tindakan kerajaan dalam isu ini?
KKM telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji isu tersebut. Mereka juga membincangkan perkara berkenaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi, MMC, dan Agensi Kelayakan Malaysia untuk mencari penyelesaian bersama bagi memastikan graduan dari program parallel pathway memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kementerian Pengajian Tinggi berpendapat pelajar-pelajar dan graduan terbabit tidak sepatutnya menjadi mangsa sebarang isu teknikal yang boleh diselesaikan. Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pula menyatakan KKM mencadangkan Akta Perubatan dipinda bagi menyokong para pelatih program berkenaan dapat didaftarkan sebagai pakar. Ia bergantung kepada persetujuan kabinet dan pembentangan di parlimen pada Jun ini. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Siapakah yang membantah pindaan itu dan mengapa?
Mereka - termasuk dalam kalangan bidang perubatan - membantah cadangan meminda undang-undang bagi memudahkan pegawai perubatan mendapatkan latihan melalui program parallel pathway. Antara mereka ialah pakar bedah kanak-kanak Dr Dayang Anita Abdul Aziz yang berpendapat program tersebut tidak setaraf dengan latihan yang disediakan di universiti tempatan.

"Pada akhirnya, adakah kita benar-benar menghasilkan pakar yang selamat? Kita mengubah undang-undang untuk membenarkan mereka masuk," katanya dalam satu temu bual dengan CodeBlue.

Salah satu kebimbangan, katanya, adalah latihan tersebut dijalankan oleh "persatuan yang tidak didaftar secara sah sebagai penyedia pendidikan tinggi, tetapi dijalankan melalui memorandum persefahaman dengan kolej-kolej antarabangsa." Oleh itu, dakwanya, mereka tidak setaraf dengan lepasan kursus pascaijazah tempatan yang diiktiraf. Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu, Ibrahim Abu Shah, juga mendakwa program tersebut sebagai "haram" dan tidak perlu diiktiraf. Bekas naib Canselor UiTM itu turut mendakwa kelayakan FRCS Ed "tidak diiktiraf oleh universiti mereka sendiri," namun tidak dapat dipastikan universiti mana yang dirujuknya. Utusan Malaysia melaporkan, dia mendakwa KKM "dikelirukan" tentang FRCS Ed atau tidak mempunyai semua fakta yang diperlukan sehingga mereka mencadangkan pindaan undang-undang dibuat. Ibrahim mendakwa bahawa Singapura dan Australia tidak mengamalkan program parallel pathway namun perlu diingat, kenyataan dia itu tidak sepenuhnya benar. Hakikatnya Australia membuka jalan buat pakar perubatan yang mempunyai kelayakan dari luar negara jika mereka ingin bekerja di negara ini. Ia dilakukan dengan pihak berkuasa menggariskan cara bagi pakar terbabit untuk dinilai sebelum didaftarkan untuk mempraktikkan kemahiran masing-masing di negara itu. Begitu juga dengan Singapura. Republik tersebut mengiktiraf lepasan program parallel pathway.

Siapakah yang menyokong program parallel pathway?
Antara profesional perubatan yang bersuara menyokong usaha tersebut ialah pakar nefrologi di KKM, Dr Rafidah Abdullah, yang menegaskan bahawa semua latihan kepakarnya dijalankan di luar negara. Empat pakar senior di negara ini - Dr Musa Nordin, Dr Zulkifli Ismail, Dr Erwin J Khoo dan Dr Timothy Cheng - dalam kenyataan bersama menyatakan bahawa, walaupun pelbagai program ijazah pascasiswazah dilaksanakan, "pada kadar pengeluaran semasa, hanya 19 peratus daripada jumlah doktor dalam sektor awam adalah pakar berbanding sasaran 30 peratus." Pakar-pakar itu berkata kurikulum perubatan pascasiswazah kebangsaan yang dilancarkan pada 2021 boleh digunakan untuk menyediakan struktur seragam bagi latihan pakar melalui ijazah pascasiswazah atau latihan ijazah lanjutan kepakaran. Mereka juga menekankan bahawa masalah dengan latihan ijazah lanjutan kepakaran untuk pakar bedah timbul kerana beberapa program berkenaan dikendalikan dengan kurang baik oleh MMC. Dakwa mereka masalah itu tidak berlaku dalam bidang lain. Sebagai contoh, mereka memberitahu Royal College of Paediatrics and Child Health di UK memformalitikan penilaian berdasarkan kerja pada 2005. Bagaimanapun, kata mereka, Malaysia hanya mengikuti langkah tersebut lima tahun kemudian dalam latihan lanjutan kepakaran pediatrik.

"Hampir semua program lain menyelaraskan latihan, penempatan, penilaian berdasarkan kerja, dan kriteria kelulusan sejak 2014," kata mereka.

MATCVS pula mendakwa MMC membuat keputusan kritikal tidak mengiktiraf program ijazah lanjutan kepakaran bagi latihan bedah kardiotoraks "tanpa kehadiran seorang pun ahli bedah kardiotoraks" semasa perbincangan tersebut dibuat. Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menyokong pendirian MATCVS dengan mengatakan bahawa kredibiliti Royal College of Surgeons of Edinburgh "tidak dipertikaikan" dalam bidang perubatan.

"Graduan program parallel pathway kini berkhidmat di pelbagai hospital terbaik di dunia, tetapi mereka menghadapi risiko untuk dinafikan hak dan tidak layak untuk berkhidmat di hospital tempatan kita. Apa yang akan berlaku kepada semua pesakit di hospital kerajaan yang menanti pembedahan untuk menyelamatkan nyawa? Jangan kita korbankan kecemerlangan dan meritokrasi untuk birokrasi yang tidak berperikemanusiaan," katanya.

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/704316
 

Jangan sentuh hak istimewa UiTM untuk Melayu, bumiputera​

UiTM-Melayu-bumiputera-600x400.jpeg


SHAH ALAM – Semua pihak digesa menghormati peranan Universti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institut pengajian tinggi yang menekankan kepada golongan kepada orang Melayu dan bumiputera.

Ini selaras objektif UiTM bagi mewujudkan golongan profesional dan separa profesional dalam kalangan dua golongan tersebut.

Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Zulkifli Mohamed berkata, pihaknya kesal atas kenyataan pihak tertentu yang menyarankan agar UiTM mengenepikan objektif asal penubuhan UiTM demi membuka ruang untuk pengajian pascasiswazah perubatan dibenarkan dalam kalangan bukan Bumiputera buat sementara waktu.

“Pihak terbabit menyatakan sedemikian atas hujah itulah cara terbaik untuk meramaikan doktor perubatan yang dikatakan berkurangan di negara ini.

“Namun dalam soal ini, KKUUiTM berpendapat walau dalam apa juga keadaan, pandangan peribadi pihak terbabit sepatutnya difikirkan dengan lebih mendalam sebelum ia disuarakan kepada umum,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pelakon dan model Alicia Amin mempertahankan pendirian bapanya, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar yang mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula menyifatkan kemasukan graduan bukan bumiputera ke UiTM bukanlah satu bebanan, malah ia mampu memberi manfaat kepada bumiputera.

Mengulas lanjut, Zulkifli menegaskan, menjadi tanggungjawab semua pihak agar tidak menyentuh dan memainkan peranan UiTM selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

 

UiTM untuk bumiputera selagi Artikel 153 wujud​


UITM-Bumiputera.jpeg

Raduan (lima kiri) menyampaikan sumbangan daging korban kepada peserta di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan terus dipertahankan sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia wujud.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, peruntukan tersebut memberi hak istimewa kepada orang Melayu dan penduduk asli mana-mana negeri Sabah dan Sarawak bagi kuota untuk memasuki perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

“Pertama yang saya ingin tegaskan, selagi Akta 153 tersebut wujud dalam Perlembagaan Malaysia saya akan terus mempertahankannya.

“Justeru, tiada isu kelompok selain daripada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diberi ruang untuk menyambung pengajian di UiTM.

“UiTM adalah IPTA khusus untuk menzahirkan keistimewaan golongan tersebut. Maka, ia akan terus dipertahankan sebagai universiti terbesar di negara ini,” katanya ketika ditemui pada program korban sumbangan Vfive Group Sdn. Bhd. di UiTM Shah Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan menyatakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya membenarkan pelarian Rohingya yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dipilih berdasarkan kelayakan dengan kuota terhad.

Dalam perkembangan sama, Raduan menegaskan perkara paling penting yang perlu difahami semua pihak adalah UiTM tidak merampas hak orang lain untuk menubuhkan IPTA tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Pertahankan hak UiTM, hormati Peruntukan 153 Perlembagaan – MPPK​


WhatsApp-Image-2024-05-13-at-12.59.15_3f21420c-681x511.jpg

Ihsan Gambar : Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan- MPPK

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) berpegang teguh supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengekalkan status quo dan berpaksikan objektif asal untuk tingkatkan taraf pendidikan bumiputera.

Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Mohamed Yusuf Hassan Roslan, pihaknya telah menerima banyak pandangan dan persoalan mahasiswa berkenaan pendirian keterbukaan kemasukan bukan-Bumiputera ke UiTM.


Menurutnya, walaupun barisan MPPK dibarisi oleh wakil pemimpin universiti yang terdiri dari pelbagai latar belakang pengajian, namun tetap teguh pertahankan UiTM atas peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Isu ini telah kami rujuk kepada cadangan dan pendapat individu mahupun tokoh masyarakat yang mengeluarkan pendapat sedemikian.

“Walau bagaimanapun, kami percaya hak UiTM untuk bumiputera kerana universiti ini adalah satu-satunya khazanah pendidikan yang ada untuk kami,” katanya.–

Baru-baru ini UiTM menegaskan, ia kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar dalam kalangan bumiputera sahaja.

Ia susulan cadangan membenarkan program latihan ijazah lanjutan kepakaran (parallel pathway) kepada bukan bumiputera.

UiTM adalah satu-satu universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik (pembedahan dan jagarawatan bagi penyakit jantung dan paru-paru). – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register