tebbaloi
Legendary Member
- Joined
- Mar 4, 2009
- Messages
- 13,457
- Reaction score
- 444
- Points
- 131

salam kepada semua warga CG.. saje aje nak bukak satu thread utk memperbincangkan satu isu atau perniagaan yg jarang di pelopori (betul ke ejaan ni) oleh orang melayu kita..
sebab dah lama itu hari aku ada baca kalu nak berjaya, kita kena buat sesuatu yg tak pernah orang buat atau jarang orang buat dari bermacam2 sudut aspek atau perspektif mahupun faktor kawasan.. amacam ??? ada bran kerr? hehe
sebagaimana yg kita tau bisnes jual moto ni orang cina yg jadi mastermind atau dealer.. WELLY ADVANCED BIKERS, WEN WEN MOTOR, SENG MOTOR, CHOON HONG MOTOR, KOON CHENG MOTOR, mcm2 lagi la... kekadang aku lalu rasa kecik lak diri ni tgk signboard kedai moto mcm gah aje.. ada juga golongan bumi tapi jumlahnya cuma segelintir sahaja.. huhu..
skrang mari kita bincang pasal PERNIAGAAN KEDAI JUAL MOTOSIKAL jual moto aje yer. spare part kira belakang
anda bole bincangkan apa sahaja mengenai perniagaan ini di sini! selamat berforum!
UPDATE PERNIAGAAN MENJUAL MOTOSIKAL OLEH BUMIPUTRA MELAYU - PUTRA BIKES
http://putrabikes.com/index.html
Bukan nak promote tapi ini adalah contoh usahawan melayu yg berjaya dalam perniagaan menjual motosikal di malaysia.

Pengenalan
"Putra Bikes" adalah nama korporat untuk ANNHSB dan telah pun didaftarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Nama "Putra Bikes" telah di ilhamkan oleh pengarah urusan ANNHSB di mana "Putra" adalah singkatan daripada nama "Bumiputra". Untuk memberi kesan komersial yang lebih menarik perkataan "Bikes" telah ditambahkan.
Cop dagangan ini merupakan identiti korporat ANNHSB. Untuk menambahkan lagi imej korporat, pihak pengurusan telah juga memperkenalkan warna merah dan putih sebagai warna korporat. Di mana logo, papan tanda iklan perniagaan dan showroom juga akan mempunyai warna dan konsep yang sama.
Ia merupakan satu harapan dan impian ANNHSB untuk melihat nama "Putra Bikes" sinonim dengan pasaran motosikal di peringkat nasional.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi
To provide a comprehensive package of services in relation to the retailing and marketing of high quality and competitively priced 2- wheeler motorized products supported by a technically competent group of after-sales service employees.
To fulfill the responsibility as a Muslim to provide Islamic Motorcycles Financing ( HP-i Motor ) under AITAB to all the Muslim motorcycles buyers
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Visi
Menjadi wakil pengedar Bumiputera terbesar di dalam industri motosikal negara setanding dengan wakil-wakil pengedar motosikal terbesar bukan Bumiputera.
Menjadi Mentor kepada bumiputera yang berminat dalam bidang penjualan motosikal bagi mewujudkan lebih banyak wakil pengedar Bumiputera yang berdaya saing di peringkat nasional
Azmi & Noor Niaga Holdings Sdn. Bhd (ANNHSB)
Azmi & Noor Niaga Holdings Sdn. Bhd (ANNHSB) adalah syarikat milik penuh Bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan Kedai Motosikal & Kredit sejak tahun 1996 apabila dilantik sebagai Wakil Pengedar Sah (Dealer) untuk menjual motosikal nasional MODENAS.
ANNHSB juga merupakan wakil pengedar Bumiputera yang telah berjaya mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 / 1998 dan tahun 2005 / 2006.
(Terdapat 70 pengedar Bumiputera pada tahun 1996, kini tinggal 3 pengedar)
Bermula dari sebuah kedai dengan satu wakil sah pengedar (Modenas) di Taiping Perak, ANNHSB sekarang telah mempunyai 4 cawangan dan juga telah dilantik sebagai wakil pengedar jenama YAMAHA dan juga HONDA
Kejayaan ANNHSB bersaing di dalam industri yang di monopoli oleh wakil pengedar bukan bumiputera malah juga merupakan salah satu wakil pengedar terbesar di Malaysia adalah atas sikap tidak jemu pengasas ANNHSB untuk mempelajari selok belok perniagaan dan menyemai sikap kompetitif dan disiplin untuk kakitangan.
Kejayaan ANNHSB di dalam industri ini juga adalah di atas sokongan berbagai pihak yang yakin di atas kemampuan ANNHSB termasuklah syarikat-syarikat perbankan dan juga syarikat-syarikat insuran
Salah satu strategi pemasaran ANNHSB ialah menggunakan penjenamaan Putra Bikes dengan satu Logo (Trade-Mark) dan Standard Manual Operation di semua cawangan.

INDUSTRI MOTOSIKAL NEGARA – RINGKASAN
Industri motosikal negara mula berkembang dari 236,000 unit pada tahun 1997 ke 480,000 unit pada tahun 2007 dan terus menlonjak melepasi 500,000 unit sejak tahun 2008. Di anggarankan jualan industri adalah sebanyak RM2.5 bilion setahun.
70% pembeli motosikal adalah kaum Bumiputera tetapi hampir kurang daripada 1% penjual/wakil pengedar motosikal daripada golongan kaum Bumiputera.
Pembeli secara umumnya membeli motosikal secara kredit atau hutang di mana pembiayaan diberi oleh wakil pengedar. Tempoh bayaran dibuat di antara 12 ke 36 bulan.
90% motosikal dan skuter yang dijual adalah di dalam lingkungan harga di bawah RM5,000.00
Pembiayaan secara syariah tidak wujud untuk pembeli motosikal sebelum ianya diperkenalkan oleh ANNHSB. Dengan menawarkan pembiayaan ini, ianya membuka peluang yang besar kepada ANNHSB untuk mengeluarkan unsur riba disamping meningkatkan jualan untuk pembeli yang pada umumnya beragama Islam.
Perniagaan Teras
- Menjual motosikal baru & terpakai pelbagai jenama kepada pengguna individu, dan jualan pukal (fleet) kepada syarikat swasta dan kerajaan.
- Merupakan wakil pengedar sah jenama motosikal Modenas,Yamaha dan Naza. Juga menjual motosikal baru dan terpakai jenama-jenama Honda dan Suzuki.
- Menyediakan Pembiayaan Pembelian motosikal
- - Mengikut Akta Sewa Beli 1967.
- - Pembiayaan Al-Ijarah Thumma Al-Bai ( AITAB )
- Menyediakan Perkhidmatan baikpulih dan membaiki motosikal baru & terpakai.
- Menjual alat ganti tulin & Perniagaan Sokongan
- Menyediakan pakej perkhidmatan membaikpulih dan servis motosikal kepada agensi swasta, korporat dan kerajaan.
- Menyediakan Perkhidmatan Tuntutan Insurans Kes Kemalangan dan Kecurian.
- Menyediakan Perkhidmatan memperbaharui Insurans & segala urusan dengan JPJ.
http://putrabikes.com/index.html
Last edited: