Buka Jaket Keselamatan Untuk "Swafoto" Bawa Padah

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,813
Reaction score
1,818
Points
146
18.08.2019 - Langkawi, Tindakan seorang pelancong warga Yaman membuka jaket keselamatan semasa berada di atas jetski mengundang padah apabila beliau mati lemas dalam kejadian di Pantai Chenang, di sini pagi tadi.

Ketika kejadian yang kira-kira pukul 11.15 pagi itu, Al Shabibi Ibrahim Manueer, 17, dikatakan membuka jaket keselamatan dan berswafoto di atas jet ski tersebut sebelum terjatuh akibat dipukul ombak.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata kejadian tersebut disedari pengguna jetski lain yang kemudian membawa lelaki itu ke pantai.

“Mangsa telah dibawa ke Menara Penyelamat Pantai Chenang dan diberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR ) oleh anggota penyelamat pantai APM Daerah Langkawi namun gagal diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Azamshah berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dan disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.



Berita asal http://www.kosmo.com.my/terkini/buka-jaket-keselamatan-untuk-berswafoto-bawa-padah-1.955856
 
Sponsored Post

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
506
Reaction score
156
Points
23
Dah tertulis ajalnya sebab lemas disebabkan dia tidak memakai jaket keselamatan semasa berswafoto di atas jetski.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
 

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
506
Reaction score
156
Points
23
takziah, walau apa pun, pakailan jaket keselamatn. klau nak berselfie, jugak, berselfie lah dengan jaket keselamatan tu..
Tu la sebabnya aku kata dah ajal dia tak berjaket keselamatan sebabnya dia memang pakai sebelum tu tapi tetiba aje dia bukak balik sebab nak berswafoto.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register