BTC USD 27,740.0 Gold USD 1,977.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bujang Taha meninggal dunia

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
bujang.transformed.jpg


Kuching: Bekas jaguh bina badan negara, Bujang Taha meninggal dunia pada usia 77 tahun, di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada 10.47 malam ini.

Allahyarham meninggal dunia berikutan komplikasi barah mulut, paru-paru dan lelah.

Menurut menantu perempuannya, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok, bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya.

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia empat kali iaitu pada 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur 1977 dan di Jakarta 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982. - Bernama


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1337#sthash.OjthWp5C.dpuf

Bekas ahli bina badan negara, Malek Noor menyiram air bunga ke atas pusara bekas jaguh bina badan Bujang Taha, 77, yang meninggal dunia kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma di Tanah Perkuburan Semariang.

10431493_10152535103339998_7872758116562603778_n.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register