Buffet Ramadhan yang harga melambung tinggi dan sehingga rm140 di hotel restoran..??

Recommended Brokers


Latest Threads

Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,806
Reaction score
1,481
Points
596
Ala kalau rs mahal tak yah pg. Hahaha. Bukan hotel tu paksa kau makan situ pn. Sapa ada duit, pg. Yg rasa mahal, tak yah pg.. Senang...

Mahal dan murah ni subjektif. Kalau yg gaji belas/ puluh ribu sebulan, rm70 utk sekali makan ni apa ada hal.. Kira murah la utk yg bergaji besar. Haha

Tp aku pelik ngn statement TT bila masuk riba tu. Celah mana pulak riba nya?
Orang tue meniaga

Dan nak pi makan pun tak paksa

Kalau rasa rm70 tue mahal nak makan tak payah pi situ

Pi tesco beli maggi ka telur tak sampai rm10

Masak kat rumah

Setel kes

Masing masing

Cam orang tue mampu beli keta rm200,000

Jangan kata membazir la baik beli keta setakat rm50,000 sudah la

Buang duit sampai rm200,000 pesepa

Tak payah pening tue duit dia

Dia nak beli keta 1 juta ka

Nak makan satu pinggan rm1,000

Tue duit dia tak yah pening
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,333
Reaction score
20,668
Points
1,661
Bufet mewah bukan petunjuk ekonomi rakyat



SHAH ALAM - Permintaan yang masih tinggi sebilangan umat Islam terhadap bufet Ramadan mewah bukanlah menunjukkan keadaan ekonomi sebenar rakyat secara keseluruhannya baik.


Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof. Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana pakej bufet Ramadan yang menawarkan harga mahal iaitu dalam lingkungan dari RM150 hingga RM200 untuk berbuka puasa sebenarnya ditujukan kepada golongan berpendapatan tinggi (T20) dan korporat.

“Golongan ini masih mampu berbelanja mewah kerana mereka kurang terkesan dengan ekonomi yang merudum hari ini. Bagaimanapun, sebahagian besar rakyat Malaysia daripada golongan M40 (golongan berpendapatan sederhana) dan B40 (golongan berpendapatan rendah) memang tidak mampu untuk berbuka dengan pakej mahal seperti itu.

“Mungkin hanya sekali sebulan untuk meraikan sesuatu yang istimewa. Selebihnya mereka membeli makanan di pasar Ramadan atau memasak sendiri di rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahmed Razman berpendapat, walaupun berdasarkan harga pakej bufet yang mahal itu ia tidaklah mencerminkan rakyat Malaysia tidak mengalami masalah ekonomi.

“Harga pakej yang mahal ini tidak mencerminkan bahawa rata-rata rakyat kita sudah mampu berbelanja mewah tetapi ia lebih ditujukan kepada golongan kaya di negara kita,” katanya.

Seorang lagi penganalisis ekonomi, Dr Baayah Baba pula berkata, permintaan menggalakkan daripada individu berkemampuan menjadikan harga bufet Ramadan dari tahun ke tahun semakin mahal terutamanya di hotel bertaraf lima bintang dan resort.

Menurutnya, penganjur tahu mengenai kecenderungan masyarakat Melayu untuk berbelanja lebih khasnya pada bulan Ramadan.

“Permintaan meningkat masa bulan Ramadan tetapi ia perkara biasa, bukannya menggambarkan keadaan ekonomi seseorang individu itu lebih baik.

“Pada bulan Ramadan ini, ada orang persendirian, syarikat atau pihak tertentu yang sanggup membawa anak yatim, pekerja dan individu yang ingin diraikan berbuka di bufet Ramadan walaupun harga bufet mahal,” katanya.

Baayah berkata, sewajarnya harga bufet Ramadan adalah dalam lingkungan RM50 hingga ke RM80 agar lebih ramai lagi yang dapat menikmati hidangan bufet berkenaan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Mohd Yusof Saari berkata, bufet Ramadan sememangnya salah satu cara penganjur sama ada hotel atau restoran mengaut untung.

Bagi hotel dan restoran, mengenakan harga yang tinggi adalah wajar untuk mengaut keuntungan.

“Jangkaannya, harga yang tinggi adalah sesuai dengan kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.

"Kebiasaannya, mereka yang menikmati bufet Ramadan terdiri daripada golongan yang berpendapatan menengah dan tinggi serta tidak ketinggalan bagi mereka yang diraikan majikan atau agensi,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/30219/SIASAT/Bufet-mewah-sasar-orang-kaya
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,920
Reaction score
1,554
Points
191
Kemarin aku makan kat Bangi Golf Resort,RM59...aku bagi 10/10...

Kalau engkau tengok memang unsangkarable...
kamben golek,sup kambeng kawah,masakan melayu,masakan western,Masakan indian,masakan italian,NASI KERABU,cendoi,ais cream,kuih pelbagai beratur panjang giler,kuih ni part aku paling kagum...bukan sepuluh,bukan duplo...berpuluh kuih muih standard hotel...

Yang paling aku admire,ada sessionist band style gazal,tapi pakai elektrik...4 orang...

Pemandangan cantek,padang golf...

Aku paling rekemen sini,makanan paling sedap...setakat yg dah pergi buffet hotel,kat sini paling cun...

call online dapat murah 59...kalau walk in 79...

Seating aku suggest,samada table area hall A,siang menghadap padang golf,atau yg kat tengah depan sessionist band...memang cun...
haritu den pergi dapat RM46 per head.
 

Ardy

Active Member
Joined
Jun 15, 2010
Messages
1,906
Reaction score
112
Points
68
Dkt area mydin meru tu jgk ke? Buffet rm20 per person?
ya tuan. rm25 kalau kambing. area belakang2 KFC dan BSN tu. belambak kedai makan baru buka



sedikit review lepas pegi ari tu,

aku dah booking via wasap. atas nama en ardy (5 dewasa, 2kanak) - 12tnghari

7pm smpai, cari meja nama aku xde. haha. tnya cashier depa pun kelam kabut, org da ramai sngt. xpala meja yg kosong (ats tu ada nama)

org pun start cedok2 lauk. pinggan cawan mcm x cukup, cawan std surau punya. kusi meja x cukup lg. std catering punya. kedai baru kot. nak tarik cust dgn murah2 buffet. tp makanan bole la
 

mr.dede

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,334
Reaction score
187
Points
123
tahun ni br skli p buffe kat tcp golf bukit kiara..itupon org blnja..
lauk punya banyak..keliling kolam..aku mkn ns spinggan da kyg..mmg tak gi klu byr sdri sbb aku mkn sikit ja

 

siamanggagapp

Active+ Member
Joined
Jul 20, 2013
Messages
3,201
Reaction score
105
Points
33
ya tuan. rm25 kalau kambing. area belakang2 KFC dan BSN tu. belambak kedai makan baru buka



sedikit review lepas pegi ari tu,

aku dah booking via wasap. atas nama en ardy (5 dewasa, 2kanak) - 12tnghari

7pm smpai, cari meja nama aku xde. haha. tnya cashier depa pun kelam kabut, org da ramai sngt. xpala meja yg kosong (ats tu ada nama)

org pun start cedok2 lauk. pinggan cawan mcm x cukup, cawan std surau punya. kusi meja x cukup lg. std catering punya. kedai baru kot. nak tarik cust dgn murah2 buffet. tp makanan bole la
Tq. Jarang lalu belah blkg tu. Teman dh 2x brbuka kt mecca tower kedai tepi blok dpn tu pekena nasi arab. :D:D
 

siamanggagapp

Active+ Member
Joined
Jul 20, 2013
Messages
3,201
Reaction score
105
Points
33
Teman dh g brbuka kt hot mama td, morah & sedap. Lauk smua puas ati, cuma tk bestnya dioarg tk refill blk. Tp still brbaloi la dgn rm20 per adult. Mai awai snang nk sebat lauk best2. Cuma frust tgk meja2 yg mknan tk hbs mcm sotong dok ada byk dlm pinggan. Sian org yg smpai lmbt lps brbuka tk merasa. Klau iya pn nk kaut tu agak2 la. Biaq anak bini g ambik lauk dulu, elok turn aku, lala masak lemak dh tinggal 20% ja. Magic betoi.. :D:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register