BTC USD 97,395.3 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budaya Sarapan Di Malaysia Diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO

Sponsored Post

nasik lemak dgn roti canai mudah je cari,tapi roti telur goyang tu tempat aku mmg susah nk jumpa,

Roti telur goyang paling senang buat sendiri Tuan
rebus telur setengah masak atau sekarang saya tak rebus telur..just masuk airfrier..110 C , 11 minit...siap
pecah je tulur atas roti bakar..


Yg saya p cari kat kedai...Roti Sarang Burung.
Roti canai..dibuatnya tengah berlubang....letak telur setengah masak tengah2 2 biji...(telur tak rebus..tapi goreng sunny side...)..kadang ada tambah baked bean + sambal tumis..

Sarang burung...letak terus kuah atas....jadi Roti Banjir Kilat :cool:

Ditambah pulak daging cincang....utk Roti Banjir Kilang Special


Kretifff org buat Breakfast sekarang...
Mmg sedap roti banjir kilat special ni
memang fav juga laa...:)
 
Wahhh...sarapan pagi kat Malaysia kita ni memang la best (y) (y) (y)

Banyak Jenis
Sedap
Murah!


Selalunya saya tak ulang la 2 hari yg sama
(Ayah saya dulu hebat...tiap2 hari dia akan makan roticanai je..wajib setiap epas solat subuh!
kedai mamak tu kira office dia la sejak tua :cool:
lepas subuh dia akan duduk kat meja yg sama..
sapa ada urusan..datang je ke situ pagi2 :) - dia bekas adun jaman 70an..so sampai meninggal tahun 2001..org tetap akan jumpa dia juga..
lepas meninggal..mamak tu punya bapak call drp India..menangis
& taja murtabak seminggu..suruh buat tahlil! )


macam pagi tadi saya drive 20 minit p kedai Nasi lemak fav :)
Pagi lain..saya p daerah kg yg ada roti canai melayu..sebab suka kari ikan dia ..sedap
hari lain saya akan makan capati/tosey/ roti canai mamak
Mee Kari
Mee Kicap
ada juga Lontong special (RM 8...dia ada letak paru goreng + sambal tumis sotong dgn kuah lodeh..sedap! )

huhu....panjang senarai ni kalau nak cerita

Memang Patut Malaysia dpt pengiktirafan!
lain mcm mamak balik India 😅

jarang India muslim blk India😅
 
lain mcm mamak balik India 😅

jarang India muslim blk India😅


Yg saya kenal...Mamak2 Tokey Restoren yg kaya2 ni ramai yg balik India. Tokey kedai runcit pun sama.

Mcm seorg yg saya kenal di Ipoh...Sepanjang dia di Malaysia..dia hantar duit utk buat satu masjid dan perumahan sekitar Masjid dia kat kg dia di India tu...kat satu kg yg terpencil di India.

Kami kawan baik juga la..so dia pun ada bagi saya peluang utk bagi sumbangan kat Masjid dia....Rumah Imam dia buat tepi masjid tu comel simple je..dia kata bawah RM 10 K je!..kalau sini tak dapat...

Lepas siap semua..sebelum PKP hari tu..dia balik India for good dah

Sekarang rest dia kat Malaysia ..Abang dia boss.


.........................

Ada sorg lagi Tokey nasi kandar yg saya kenal..Isteri dia memang org India..dia balik Kg bila nak kawin...lama sgt dah laa...dlm 80 an dulu

saya baik dgn anak dia..tapi anak dia tak mau kawin perempuan India ..haha..bercinta anak mamak sini..klau ikut kan ...ayah dia nak paksa cari bini kat India

Kat sini saya tau satu hal...undang2 India..kalau hartanah tak di urus lama....KERAJAAN AKAN RAMPAS!

Jadi baru2 ni..Mak Ayah dia kerap balik India..sebab nak buat projek kat Tanah..utk elak drp kena rampas....
sambil tu mak dia buat operate Jantung sebab sana Murah..katanya...Tapi Takdir Allah swt...Mak dia meninggal di India.

Ayah dia balik Malaysia..tiba2 sakit...dlm 2 minggu je..meninggal ..
(dlm bulan 5 lepas)

soi..dlm kes dia ni..diorg kena balik India atas sebab harta


Ramai lagi tokey2 rest mamak yg saya kenal..balik India dah
Isteri2 pun ramai yg ber sari..ckp melayu pun tak pandai sampai tua..sebab bila nak kawin..diorg ni cari bini di kg.

Perkerja2 tu memang laa..sebab diorg pun bukan rakyat Malaysa
 
Roti telur goyang paling senang buat sendiri Tuan
rebus telur setengah masak atau sekarang saya tak rebus telur..just masuk airfrier..110 C , 11 minit...siap
pecah je tulur atas roti bakar..


Yg saya p cari kat kedai...Roti Sarang Burung.
Roti canai..dibuatnya tengah berlubang....letak telur setengah masak tengah2 2 biji...(telur tak rebus..tapi goreng sunny side...)..kadang ada tambah baked bean + sambal tumis..

Sarang burung...letak terus kuah atas....jadi Roti Banjir Kilat :cool:

Ditambah pulak daging cincang....utk Roti Banjir Kilang Special


Kretifff org buat Breakfast sekarang...
Mmg sedap roti banjir kilat special ni
memang fav juga laa...:)
selama ni buat x jd telur tu, rupenye boleh pakai airfriyer,😭😭😭😭
aku aku dah snapshoot 110c 11mint esok jugak aku buat cuma roti gardenia je yg jumpa,
 
selama ni buat x jd telur tu, rupenye boleh pakai airfriyer,😭😭😭😭
aku aku dah snapshoot 110c 11mint esok jugak aku buat cuma roti gardenia je yg jumpa,


hahaha...ni secara detail

kalau saya 110 c, 11 minit ..lps tu terus pecah atas roti

ini ada yg ajar lebih detail...



Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Airfryer, Kejap Je Dah Siap!​



Ada peminat telur separuh masak dekat sini? Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.

Rina nak share cara paling senang. Tak perlu guna air atau bekas macam dekat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat.






TELUR-1.jpeg



ara-caranya:
. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.

2. Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.

3. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.

4. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.

5. Kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.

*Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi.

Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Arina Rashid

TELUR-1-1.jpeg





A.jpeg

..............................................................................


Note : kadang2 saya tukar2 sikit suhu /masa tu...utk dapat yg paling kena dgn selera.

Tapi memang senang sgt..

set...on...siap!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register