BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budaya Sarapan Di Malaysia Diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
edb86d7bb9c678581c50d8e236af085c675122635b087


Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia: Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Dis.

Menurut MOTAC, Badan Penilai memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia telah memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, UNESCO.

“Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang selari dengan kriteria UNESCO sekali gus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

“Kejayaan pengiktirafan budaya ini akan menggalakkan lebih banyak usaha perlindungan warisan tidak ketara dapat dilakukan secara sinergi melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuklah kerajaan bersama persatuan dan komuniti tempatan selain membuka peluang jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang,” menurut kenyataan itu.

MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengemukakan dokumen pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30 Mac 2023 dan ia merupakan pencalonan pertama yang berkaitan dengan makanan serta gastronomi Malaysia.

Menurut MOTAC, pengiktirafan terbabit juga membuktikan komitmen kementerian itu dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN), iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

Kementerian itu turut menyifatkan pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia sebagai warisan tidak ketara UNESCO itu merupakan hasil kerjasama kolektif semua pihak yang terlibat khususnya warga MOTAC termasuk JWN serta pihak lain yang terlibat antaranya Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan Kementerian Luar.

“Pengiktirafan ini juga sekali gus menunjukkan kredibiliti Malaysia ke persada dunia sebagai calon yang selayaknya menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi 2025-2029,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan di bawah Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, iaitu untuk Mak Yung pada 2005, Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang yang merupakan pencalonan bersama China (2020), Pantun, pencalonan bersama Indonesia (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023).

 
Sponsored Post

Skip je breakfast ni...atau atleast bagi la perut berehat sekurang-kurangnya 10 jam. Kalau nak jugak breakfast, lagi baik pilih protein makan ayam beberapa ketul ke, telur beberapa biji ke tanpa gula dan Carb. Biar paras gula stay...lagi lama lagi baik.

Last makan jam 6pm. Esok pagi jam 8am baru start brekfes.

Camni ok kot.

Tapi kalau mentekdarah gula je banyak. Sama je.
 
Wahhh...sarapan pagi kat Malaysia kita ni memang la best (y) (y) (y)

Banyak Jenis
Sedap
Murah!


Selalunya saya tak ulang la 2 hari yg sama
(Ayah saya dulu hebat...tiap2 hari dia akan makan roticanai je..wajib setiap epas solat subuh!
kedai mamak tu kira office dia la sejak tua :cool:
lepas subuh dia akan duduk kat meja yg sama..
sapa ada urusan..datang je ke situ pagi2 :) - dia bekas adun jaman 70an..so sampai meninggal tahun 2001..org tetap akan jumpa dia juga..
lepas meninggal..mamak tu punya bapak call drp India..menangis
& taja murtabak seminggu..suruh buat tahlil! )


macam pagi tadi saya drive 20 minit p kedai Nasi lemak fav :)
Pagi lain..saya p daerah kg yg ada roti canai melayu..sebab suka kari ikan dia ..sedap
hari lain saya akan makan capati/tosey/ roti canai mamak
Mee Kari
Mee Kicap
ada juga Lontong special (RM 8...dia ada letak paru goreng + sambal tumis sotong dgn kuah lodeh..sedap! )

huhu....panjang senarai ni kalau nak cerita

Memang Patut Malaysia dpt pengiktirafan!
 
Wahhh...sarapan pagi kat Malaysia kita ni memang la best (y) (y) (y)

Banyak Jenis
Sedap
Murah!


Selalunya saya tak ulang la 2 hari yg sama
(Ayah saya dulu hebat...tiap2 hari dia akan makan roticanai je..wajib setiap epas solat subuh!
kedai mamak tu kira office dia la sejak tua :cool:
lepas subuh dia akan duduk kat meja yg sama..
sapa ada urusan..datang je ke situ pagi2 :) - dia bekas adun jaman 70an..so sampai meninggal tahun 2001..org tetap akan jumpa dia juga..
lepas meninggal..mamak tu punya bapak call drp India..menangis
& taja murtabak seminggu..suruh buat tahlil! )


macam pagi tadi saya drive 20 minit p kedai Nasi lemak fav :)
Pagi lain..saya p daerah kg yg ada roti canai melayu..sebab suka kari ikan dia ..sedap
hari lain saya akan makan capati/tosey/ roti canai mamak
Mee Kari
Mee Kicap
ada juga Lontong special (RM 8...dia ada letak paru goreng + sambal tumis sotong dgn kuah lodeh..sedap! )

huhu....panjang senarai ni kalau nak cerita

Memang Patut Malaysia dpt pengiktirafan!

Dah buat medical checkup bang
 
Saya Alhamdullillah baru balik drp cuti di Osaka 🕺
Makanan kat Jepun memang mahal...sekitar 2000 ke 3000 yen ( RM 60 ke Rm 90 ) sorang sekali makan...huhu


Alhamdullillah..Hotel tempat saya tidur tu sediakan Breakfirst percuma!
so setiap pagi selama kat sana saya akan makan kenyang2 :):ROFLMAO:
TAPI...TAK ADA KELPEBAGAIAN.....SAMA JE SETIAP PAGI!
dia sediakan roti mcm2 jenis (Halal)
ada beberapa benda lain....meat ball, sosej, soup, salad ...tak halal
Tapi sebab group kami menginap 10 hari....depa bermurah hati..buat soup halal ...Miso halal...salad halal...scramble egg/omelete halal

sekarang Autum..jadi subuh awal..jam 5 dah subuh...6.30 pagi org jepun dah start braekfast

haha..sebiji mcm dlm Drama Jepun!

Turun makan sini..suasana mcm drama jepun...
beratur...ambil tray....ceduk itu ini...
ambil kopi
ambil jus
perkerja2 tpt makan akan tegur ramah mcm kita masuk sushi king
Org Jepun ni mcm nak cepatt sja...makan cepat
sembang kurang!

saya dgn geng siap sembang2 ..hahha....
makan kenyang2

Boleeelahhh..10 hari tak lama...makan sama tiap pagi..pastikan kenyang...untuk tenaga seharian!
sebab makan luar kalau boleh kami elakkan..minimumkan

Cumanya Solat Jumaat lepas ..saya solat kat Masjid Kobe (Cantik masjid ni...masjid lama& berjaya ajaib bertahan zaman perang dsbnya!
....keliling ada Kobe beef..
Imamnya saya tak pasti..tapi bacaan sedap..npk mcm Arab
Bilal pulak org sri Langka...sempat sembang :) sebab dia tegur saya cakap melayu! Rupanya student UCSI!..5 tahun duk Malaysia
Khutbah 100%
cuma ada taskirah Ustaz Jepun sebelum Khutbah
Jumaat lepas makan Nasi Bryani depan Masjid Kobe......sedapppp


hihi..kebanyakan hari..saya hanya bertahan dgn makanan Sarapan Pagi kat Hotel!
Makan kenyang2...Jalan!

kat sini...Maghrib 4 lebih

so..balik hotel sebelum 4 lebih..sempat la buat jamak Asar * Zuhur
& Makan makanan bekal bawak drp Malaysia
nasi minyak , nasi lemak dll..segera letak air panas..chef zam
makan magee
makan soup cambell...macam2
nak jimat!
lepas tu jalan lagi:)

jalan sini senang...p je Setesen keretapi...p le mana2 nak p....just klik card ICOCA!..
search je stetesen mana kat gogle map.....mudah!
Takkan sesat insyaAllah..ingat je stetesen dekat hotel saya..Minamimorimahci



(ada la juga makan wagyu halal kat Dotobori - yg ada Iklan Glico yg legend tu ):)


sory la..sembang pasal cerita cuti2 Malaysia la pulak...hahaha....
cuma nak kata
bertuan kita kat Malaysia
Makanan murah & sedap!

hahaha...sori...banyak pulak cerita...stop
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register