Budaya Pengkid Ancam Masyarakat

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Oleh Ahmad Shahir Abdul Aziz

MUZAKARAH Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu memutuskan untuk mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Bagaimanapun, tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan, sudah ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan itu. Pada 7 November lalu, satu demonstrasi diatur di ibu negara oleh kumpulan terbabit menyatakan bangkangan mereka terhadap fatwa berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, fatwa itu dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ yang semakin menular dalam masyarakat.

Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya kerana perwatakan mereka seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini juga tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.

Oleh yang demikian, berdasarkan penelitian dan kajian dijalankan, dapatlah dipersetujui bahawa antara faktor terpenting fatwa ini dikeluarkan adalah bagi menyelamatkan golongan wanita khususnya bagi golongan remaja dan belia.

Dalam pada itu, sekiranya kita melihat isu ini dari perspektif undang-undang, pelbagai perkara boleh dibahaskan. Bagi golongan liberal dan sekular yang kerap menimbulkan kontroversi berhubung isu ini acap kali berhujah atas alasan hak kebebasan individu bagi menghalalkan setiap perbuatan dan tingkah laku mereka tanpa batasan.
Kumpulan ini juga turut menjaja dan menuntut kebebasan mutlak di seluruh negara atas alasan ia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada hakikatnya, kita tidak pernah menafikan sama sekali hak kebebasan individu seperti terkandung dalam peruntukan perlembagaan.

Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa dalam perlembagaan turut memperuntukkan suatu peruntukan khusus berkenaan kesucian agama Islam yang perlu dipelihara seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Timbul pula persoalan mengapa pengharaman seperti itu tidak dikenakan ke atas pondan? Sebenarnya, fatwa pengharaman terhadap pondan tidak perlu sama sekali.

Perbuatan lelaki yang menyerupai perempuan sudah diketahui haram dari segi hukumnya serta sudah sedia termaktub dalam peruntukan undang-undang sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Hal ini jelas seperti yang terkandung di dalam Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekuatan . Di dalam seksyen itu menyatakan bahawa:

“Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

Oleh yang demikian, berdasarkan hujah dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini berhubung isu pengkid adalah suatu peraturan yang perlu dipatuhi setiap umat Islam.

Justeru, mana-mana pihak yang mempertikai atau melanggar fatwa ini boleh dikenakan tindakan tegas, begitu juga tindakan yang sama boleh dikenakan atas kesalahan berhubung lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah .

(Penulis Merupakan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak)
 
Sponsored Post

Missy^Dreamy

Active+ Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
3,748
Reaction score
109
Points
33
sokong!!!

tpu la kalau kata mmg naluri la apa la.. MD dulu masa skola cemtu, bleh je berubah. pokok pangkal ati.. ngada2 je kata xleh berubah.
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
sokong!!!

tpu la kalau kata mmg naluri la apa la.. MD dulu masa skola cemtu, bleh je berubah. pokok pangkal ati.. ngada2 je kata xleh berubah.
kenapa diorang leh minat nak jadi seperti lelaki nih yerk...?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register