BTC USD 97,972.9 Gold USD 2,696.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budaya ‘keteyki’ mudah ikut, nasihat ustaz cepat pertikai – Ustaz Riz

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,548
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,548
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
Budaya ‘keteyki’ mudah ikut, nasihat ustaz cepat pertikai – PU Riz



PU Riz menegur segelintir individu yang mudah menerima trend semasa, namun menentang saranan berkaitan hal agama.
PETALING JAYA – Berpesan demi kebaikan, pendakwah bebas PU Riz menegur segelintir individu yang mudah menerima trend semasa, namun menentang saranan berkaitan hal agama.

Kata Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, perkara tersebut dapat dilihat seperti video tular ‘Thank You Keteyki’ dipopularkan pempengaruh Thailand, Aon Samrutai yang kini menjadi ikutkan ramai.

“Kalau budaya keteyki cepat sahaja ikut.

“Tapi kalau ustaz-ustaz kata, ‘sebutlah alhamdulillah untuk elak ain.’ Dia kata, ‘ini ada tauliah tak?’ Awak sempurna sangat ke?” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Menyedari hantaran dibuat boleh mengundang pertikaian, suami kepada usahawan selebriti Neelofa memaklumkan dia harus memberikan teguran.

Katanya, tidak perlu sehingga individu itu sempurna untuk bertindak mengingatkan orang lain peringatan terhadap sesuatu isu atau permasalahan.

“Kadang-kala tak boleh nak tunggu seseorang itu sempurna dahulu baru boleh menegur, betul tak?” ujarnya.

Difahamkan ‘keteyki’ merujuk nama pembantu peribadi yang sering menemani Aon membeli-belah.

Jutawan wanita yang memiliki pelbagai cabang perniagaan termasuk butik beg tangan jenama mewah itu gemar menyebut nama pekerjanya dalam TikTok.

Disebabkan keunikan sebutan tersebut, laman sosialnya meraih perhatian jutaan pengikut bahkan ramai mengikuti trend ‘kateyki’ dalam video mereka.

Terdahulu, PU Riz antara pendakwah yang lantang memberikan pandangan mahupun teguran menerusi laman sosialnya.

Bapa dua anak itu secara terbuka tampil mengingatkan wanita yang belum memenuhi tuntutan Allah iaitu menutup aurat, sekali gus mengundang maklum balas ramai. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register