Budak tiga tahun maut tercekik rambutan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,673
Reaction score
2,994
Points
201
buah_rambutan_46381724_1593936900.jpg

Buah rambutan yang menyebabkan seorang budak tiga tahun mati tercekik di Bukit Selambau, pada Jumaat lalu.

BALING: Seorang budak lelaki berusia 3 tahun maut akibat tercekik sebiji rambutan, dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.

Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.

"Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.

"Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil," katanya.

Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

"Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.

"Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

 
Sponsored Post

accessive

Active Member
Joined
Feb 17, 2014
Messages
1,094
Reaction score
211
Points
43
Google & youtube,

"Heimlich Maneuver"

Choking first aid.

 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,695
Reaction score
188
Points
73
innallillahi wa innallillahi rojiun..

kanak2 bawah 5 thn kebawah yg meninggal DOB (death on board) ke spital mandatory post-mortem bawah akta pol-16 biarpun kita dah jelas tau asbab apa meninggal nya..

siapa tau lebih detail ttg akta ni tolong share ya..
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,437
Reaction score
340
Points
41
innalillahiwainna ilaihiroji'un..
nk ajal tu mcm2 asbab dia...
syurga pasti utk adik tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register