BTC USD 49,108.6 Gold USD 1,788.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak sanggup belanja RM800 ubahsuai basikal lajak

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,228
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,228
Reaction score
16,648
Points
2,376
Basikal lajak ni macam lebih popular kat johor ja dok nampak... pasal ek? jalan2 kat johor bayak curam2 kot untuk depa2 ni lajak?

Lau 1 berita kat negeri2 lain, 3 berita kat Johor.

Mungkin jugak
Tempat lain tak ramai sangat
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,228
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,228
Reaction score
16,648
Points
2,376

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,574
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,574
Reaction score
301
Points
51
Pernah tengok jugak kat tempat saya
Tapi tak la banyak macam kat Johor
Ya kat tempat lain ada... tapi macam sekejap ja, dia mati budaya tu, tak kekal macam kat Johor sampai hari ni.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,228
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,228
Reaction score
16,648
Points
2,376
Ya kat tempat lain ada... tapi macam sekejap ja, dia mati budaya tu, tak kekal macam kat Johor sampai hari ni.

Mungkin betul la tu kot
Pelopor nya kat Johor
 

sapit87

Super Active Member
Messages
8,371
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,371
Reaction score
523
Points
121
ya kt kl ni mcm dah x nmpak bdak2 beskal lajak..munkin sebab sblum ni terkurung pkp kot.bile dah open balik beskal pun dah rosak2
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
8 penunggang basikal lajak ditahan

JOHOR BAHRU – Seramai lapan penunggang basikal lajak termasuk kanak-kanak ditahan selepas disyaki menunggang dalam aksi berbahaya dalam dua lokasi berbeza di daerah ini pada 15 dan 16 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam operasi khas basikal lajak itu, individu yang ditahan terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 15 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati banyak basikal telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi sebuah basikal yang selamat dan kesemua penunggang basikal terbabit dibawa ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siat berjaya mendedahkan kegiatan salah seorang remaja berusia 15 tahun yang berperanan sebagai ‘foreman’ basikal lajak dan ramai pelanggan datang ke rumah remaja terbabit untuk membaiki selain membeli alat ganti basikal,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fariz Ammar berkata, hasil siasatan lanjut pihaknya berjaya menemui pelbagai komponen basikal lajak di kawasan rumah remaja berkenaan.

Jelasnya, kesemua penjaga kanak-kanak dan remaja yang ditahan telah dipanggil sebelum diberi penerangan mengenai bahaya basikal lajak serta kesan akibat jika berlaku kemalangan.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan turut dirampas lapan buah basikal lajak selain dua buah motosikal disita disyaki digunakan dalam aktiviti berkenaan.

“Polis juga mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal terbabit kerana tidak memiliki lesen memandu.

“Polis ingin menasihatkan agar ibu bapa atau penjaga memantau serta mengambil tahu pergerakan anak-anak terutama ketika mereka bermain basikal lajak agar tidak ada perkara tidak diingini berlaku,”katanya.-K! ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register