BTC USD 49,283.7 Gold USD 1,783.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak sanggup belanja RM800 ubahsuai basikal lajak

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,940
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,940
Reaction score
3,813
Points
201
kita dok kata ke bebudak yang babir benda bahaya macam ni..

bukan dia dengar pon..

contoh lain, madey dok kata melayu pemalas.. melayu yang pemalas tu mana terkesan dengan kata2 madey tu, yang terkesan bebudak rajin yang mencarik kerja, semua majikan dah cop melayu pemalas, baik majikan upah bangla..

setuju...kata kata Madey menjatuh kualiti bangsa melayu sebab cakap madey org recognised.....bila tgk madey gini..nak kata dia sayang bangsa melayu...maaflah aku tak percaya....yg aku tahu dia nak selamatkan anak cucu dia je
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
Geng basikal lajak berani mati

beranimati_1568619697.jpg


SEKUMPULAN kanak-kanak dan remaja dirakam melakukan aksi berani mati menuruni Jambatan Ke-3 Klang atau Jambatan Raja Muda Nala, Klang dengan basikal lajak semalam.


Video berdurasi 21 saat itu dirakam seorang lelaki menaiki lori yang menggunakan jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu sehingga ke susur Sungai Udang/Telok Pulai.

Menerusi rakaman itu, terdapat sekumpulan kanak-kanak dan remaja menunggang basikal dengan melakukan aksi berbahaya sehingga berada sangat hampir dengan lori berkenaan.

Rakaman itu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp sejak semalam dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya mempersoalkan peranan ibu bapa serta pihak berkuasa menangani aktiviti tidak berfaedah itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Pihak JSPT sudah mengarahkan pegawai dan anggota menjalankan pemantauan dan tindakan berhubung kes berkenaan.

“Tindakan sekumpulan kanak-kanak dan remaja berkenaan sangat berbahaya kepada diri mereka serta pengguna jalan raya lain,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, lokasi terbabit bukan kali pertama dijadikan trek basikal lajak kerana sebelum ini pihak polis sudah berkali-kali menjalankan Op Basikal Lajak bagi membanteras kegiatan berkenaan.


 

oldtbone

Legendary Member
Messages
17,324
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Lima remaja ditahan polis

lajak16a_1568643646.jpg

Remaja yang ditahan dalam operasi basikal lajak di jambatan ke-3 Klang. FOTO Ihsan PDRM











SEKUMPULAN remaja yang menjadikan Jambatan Raja Muda Nala atau Jambatan Ke-3 Klang sebagai trek basikal lajak terkedu apabila diserbu polis hari ini.

Dalam Operasi Basikal Lajak pada 4 petang itu, lima remaja lelaki berusia 13 hingga 16 tahun ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, remaja itu ditahan ketika berkumpul di tepi jalan berhampiran jambatan berkenaan.

Menurutnya, semua basikal lajak yang digunakan remaja itu dirampas dalam operasi terbabit.

“Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semua penunggang basikal terbabit juga dikenakan tindakan saman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 dan Peraturan 035(3) LN166/59,” katanya.

Beliau berkata, semua penunggang basikal berkenaan juga diberikan nasihat dan kaunseling sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Terdahulu, portal Harian Metro hari ini melaporkan aksi sekumpulan remaja yang menunggang basikal lajak di jambatan berkenaan semalam dirakam pengguna jalan raya sehingga tular di media sosial.

Aksi berani mati yang dipamerkan mereka ketika menunggang basikal membahayakan nyawa serta pengguna jalan raya lain.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497393/lima-remaja-ditahan-polis
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
Budak basikal lajak masuk van mayat

jenazah11_1581422823.jpg


SEKUMPULAN remaja geng basikal lajak ‘dihukum’ masuk ke dalam van jenazah sebelum disoal siasat dan diberi nasihat.


Video kejadian itu yang tular di media sosial sejak kelmarin menarik perhatian netizen yang menganggap tindakan itu mampu memberi keinsafan kepada remaja nakal itu.

Difahamkan sebelum dicekup, kumpulan basikal lajak itu sedang asyik bermain di Jambatan Raja Muda Nala dari arah Tanjung Syawal menghala ke Teluk Pulai, Klang, Selangor.

Mereka bagaimanapun ditahan badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata Selangor yang aktif membantu menguruskan jenazah insan kurang berkemampuan, daif, fakir miskin, mualaf, orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan sudah dimaklumkan berhubung video itu.

“Difahamkan kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi Ahad lalu, di hadapan sebuah restoran di Teluk Pulai. Kumpulan NGO itu menanti kepulangan rakan menghantar jenazah daripada Hospital Kuala Lumpur ke Kampung Sireh, Klang.

“Mereka bagaimanapun ternampak beberapa kanak-kanak lelaki bermain basikal lajak dari arah Tanjung Syawal (Klang Utara) menghala ke Teluk Pulai (Klang Selatan).

“Mereka (enam hingga tujuh individu) sepakat mengambil tindakan cuba menahan dan menasihati kumpulan basikal lajak itu membabitkan hampir 15 individu berusia antara sembilan tahun hingga 15 tahun.

“Bagaimanapun mereka hanya berjaya menahan seorang kanak-kanak lelaki sebelum dibawa ke dalam van jenazah. Kanak-kanak itu diberi amaran dan nasihat sebelum dibebaskan tanpa dipanggil ibubapa mereka,” katanya ketika dihubungi.

Shamsul Amar berkata, beberapa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas kanak-kanak basikal lajak ialah tindakan saman mengikut Kaedah Lalulintas 166/59.

“Ini membabitkan kesalahan tiada lampu keselamatan pada basikal selain basikal digunakan tidak mempunyai brek dan loceng.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
Pesalah basikal lajak, ibu bapa boleh dihukum tak lebih RM5,000

PARLIMEN | Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan pesalah basikal lajak yang diletakkan di bawah pengguna kenderaan mikromobiliti bakal dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 berbanding hukuman sedia ada tidak kurang RM300.


Pesalah juga boleh dipenjara selama tidak lebih 12 bulan. Sementara itu, penjaga atau ibu bapa pesalah juga boleh dikenakan hukuman.

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, peningkatan kadar denda kepada pesalah basikal lajak itu merupakan langkah pencegahan dan bagi menjaga keselamatan jalan raya.

Katanya, ia juga bertujuan supaya ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak mereka kerana terdapat situasi di mana ibu bapa tidak tahu keberadaan anak mereka walaupun pada lewat malam.

"Tujuan kita tidak mahu menghukum kalau kita benarkan kenderaan yang tidak mempunyai 'break' atas jalan raya. Bayangkan kemalangan akan berlaku bila-bila masa.

"Itu yang kita nak buat pindaan. Dulu denda RM300 orang tidak takut, sekarang kita perketat dan hukuman lebih berat," katanya pada sidang media sesi taklimat kepada media di bangunan parlimen hari ini.

Kerajaan Perikatan Nasional hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi menguatkuasakan hukuman yang lebih tinggi terhadap pemanduan cuai atau dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

RUU tersebut menaikkan tempoh penjara dan nilai denda untuk beberapa bahagian, dengan pesalah berulang berdepan hukuman yang lebih keras.

Bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai, Seksyen 41(1) Akta itu akan dipinda dengan meningkatkan hukuman penjara kepada lima tahun berbanding dua tahun sebelum ini. Bagi pesalah berulang, mereka boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun.

Bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.

f91916078bcf03d18af8b45435463883.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
Tak serik-serik, masih ada yang berbasikal lajak

JOHOR BAHRU – Sekumpulan remaja lelaki dikesan masih menunggang basikal lajak di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya ini.

Terbaharu, seorang pengguna jalan raya sempat merakam gambar kanak-kanak terbabit menunggang basikal lajak dengan aksi yang merbahaya di Taman Tampoi, di sini kelmarin.

Seorang peniaga, Mazlin Abu Bakar, 41, berkata, dia dari Kluang kebetulan ada urusan kerja di Johor Bahru merakam kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Saya dari Kluang nak hantar tempahan kopi kepada pelanggan di Johor Bahru, apabila melalui kawasan Taman Tampoi jalan menghala ke Angsana Mall, saya tengok dalam lapan hingga 12 remaja berbasikal lajak.

“Memang cara mereka tunggang basikal agak merbahaya, kalau orang tak nampak mungkin boleh berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mazlin yang juga penyanyi kepada sebuah kumpulan brass band berkata, kejadian lapan remaja maut dilanggar kereta empat tahun lalu seolah-olah tidak memberi pengajaran terutamanya kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit.

“Ibu bapa kena pantau anak-anak jangan terlalu ‘lepas’ mereka keluar tanpa ambil tahu apa mereka buat.

FB_IMG_1634229346634.jpg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,245
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,245
Reaction score
16,648
Points
2,376
Tak serik-serik, masih ada yang berbasikal lajak

JOHOR BAHRU – Sekumpulan remaja lelaki dikesan masih menunggang basikal lajak di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya ini.

Terbaharu, seorang pengguna jalan raya sempat merakam gambar kanak-kanak terbabit menunggang basikal lajak dengan aksi yang merbahaya di Taman Tampoi, di sini kelmarin.

Seorang peniaga, Mazlin Abu Bakar, 41, berkata, dia dari Kluang kebetulan ada urusan kerja di Johor Bahru merakam kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Saya dari Kluang nak hantar tempahan kopi kepada pelanggan di Johor Bahru, apabila melalui kawasan Taman Tampoi jalan menghala ke Angsana Mall, saya tengok dalam lapan hingga 12 remaja berbasikal lajak.

“Memang cara mereka tunggang basikal agak merbahaya, kalau orang tak nampak mungkin boleh berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mazlin yang juga penyanyi kepada sebuah kumpulan brass band berkata, kejadian lapan remaja maut dilanggar kereta empat tahun lalu seolah-olah tidak memberi pengajaran terutamanya kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit.

“Ibu bapa kena pantau anak-anak jangan terlalu ‘lepas’ mereka keluar tanpa ambil tahu apa mereka buat.

FB_IMG_1634229346634.jpg

Lagi tak eksiden
Takda nya nak insaf
Lepas tu buat balik
Lepas tu mak ayah salahkan orang yang langgar
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,575
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,575
Reaction score
301
Points
51
Basikal lajak ni macam lebih popular kat johor ja dok nampak... pasal ek? jalan2 kat johor bayak curam2 kot untuk depa2 ni lajak?

Lau 1 berita kat negeri2 lain, 3 berita kat Johor.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register