BTC USD 56,441.8 Gold USD 1,763.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak sanggup belanja RM800 ubahsuai basikal lajak

susah2je

Legendary Member
Messages
17,835
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,835
Reaction score
640
Points
161
Bila tengok remaja Russia gila mencipta engine roket sendiri DIY pasang kebasikal dan menjadikan basikal mereka laju 80kmj sepatutnya dicontohi oleh budak2 kat Malaysia ni in negative perception to positive way of knowledge.

Basikal lajak yg menggunakan konsep graviti untuk laju ni dah outdated pemikiran zaman kurun ke 16 Isac Newton.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
31 geng basikal lajak ditahan

D-SXj4JU0AEWU5i.jpg

D-SXi2JUIAARArt.jpg

31 Remaja geng basikal lajak ditahan polis di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu. - Foto BERNAMA

LABUAN: Lagak sekumpulan 31 remaja geng basikal lajak yang menunjukkan ‘aksi ngeri’ mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, dekat sini, semalam.

Operasi jam 12.20 tengah hari itu dijalankan berdasarkan aduan orang awam yang menyuarakan kebimbangan berhubung aktiviti basikal lajak di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata berdasarkan aduan itu, polis menjalankan risikan selama seminggu dan mendapati wujud aktiviti basikal lajak di kawasan berkenaan.

Katanya, aktiviti berkenaan bukan saja berbahaya kepada kumpulan remaja terbabit tetapi juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Hasil operasi itu, seramai 31 remaja ditahan bersama basikal lajak. Mereka kemudiannya di bawa balik ke Balai Polis Trafik Wilayah Persekutuan Labuan.

“Polis turut memanggil ibu bapa remaja yang terbabit untuk proses penyerahan anak masing-masing selepas proses dokumentasi dan saman dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Farid berkata, sejumlah 31 keping saman mengikut kesalahan Peraturan 42 (1)(a) LN166gh/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959-042 (1)(a) basikal tanpa brek dan loceng dikeluarkan.

Katanya, semua remaja berkenaan diberi nasihat supaya tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak berfaedah itu dan basikal lajak mereka juga disita untuk tindakan selanjutnya.

“Kebanyakan remaja yang ditahan masih bersekolah dan polis akan memantau kawasan berkenaan untuk memastikan tiada lagi aktiviti merbahaya itu dilakukan di kawasan berkenaan,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/579502/31-remaja-geng-basikal-lajak-ditahan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Geng basikal lajak kena tahan

gb3A_1567998012.jpg


POLIS menahan 13 penunggang basikal lajak dalam Operasi Basikal Lajak di Saujana Impian, di Kajang, semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang melakukan operasi berkenaan di lokasi itu, kira-kira 6 petang.

“Dalam operasi ini, polis menahan 13 penunggang berusia sembilan tahun hingga 15 tahun bersama basikal lajak ditunggang mereka selepas disyaki menunggang dengan aksi berbahaya secara berkumpulan.

“Mereka dilihat menunggang basikal lajak di Jalan Impian Makmur menuruni bukit sehingga ke sebuah sekolah di Saujana Impian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaan terhadap basikal itu mendapati kebanyakan basikal ditunggang mereka tidak mempunyai spesifikasi sebuah basikal yang selamat untuk ditunggang dan sudah diubahsuai.

“Semua penunggang bersama basikal masing-masing kemudian ditahan dan dibawa ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

“Kesemua basikal dirampas untuk tindakan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala penunggang basikal pula disaman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah memanggil ibu bapa penunggang basikal terbabit dan diberi penerangan mengenai bahaya basikal lajak serta kesan sekiranya berlaku kemalangan.

“Semua ibu bapa terbabit bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang dirampas dan menyerahkan kepada trafik untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah operasi pertama kali dilakukan pada tahun ini. Dalam operasi ini, tiada kemalangan dan kecederaan yang berlaku kepada penunggang basikal,” katanya.


 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Aksi basikal lajak di lebuh raya
tular_lajak_1568101602.jpg


SEKURANG-kurangnya 10 kanak-kanak dan remaja dirakam melakukan aksi berbahaya menggunakan basikal lajak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), semalam.

Video berdurasi 50 saat itu dirakam seorang wanita yang menggunakan lebuh raya berkenaan sebelum susur masuk ke Seremban dan Ampangan menyaksikan kanak-kanak berkenaan melakukan aksi Superman.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan dilihat terpaksa memperlahankan kenderaannya kerana khuatir dengan keselamatan kumpulan itu malah dia beberapa kali beristighfar ketika melintasi beberapa kanak-kanak dan remaja berkenaan.

Rakaman itu dimuat naik di Facebook (FB) dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya mempersoalkan peranan ibu bapa kanak-kanak terbabit seolah tidak mengambil berat keselamatan dan nyawa anak masing-masing.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“JSPT difahamkan kejadian berkenaan berlaku semalam dan pegawai kami sudah ke lokasi untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian. Bagaimanapun kumpulan ini sudah tiada di lokasi.

“Polis kini sedang mengesan geng basikal lajak di sekitar Seremban namun mereka bergerak pada waktu dan lokasi berbeza, jadi ia sedikit sukar. Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan boleh diambil tindakan termasuk merampas basikal mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala penunggang basikal pula boleh disaman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

“Saya menasihatkan remaja dan kanak-kanak supaya tidak menggadaikan nyawa sendiri demi keseronokan sementara. Ibu bapa juga perlu pantau kegiatan anak-anak kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak, pasti akan menyesal,” katanya.


 

amieshoro

Active+ Member
Messages
2,723
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,723
Reaction score
132
Points
43
aktiviti basikal lajak nie bagus..
sebab menghasilkan peluh dan badan menjadi aktif..

cuma lokasi agak kurang sesuai..
agak merbahaya jika di gunakan di jalan raya..

bole try tubuhkan pusat utk remaja main skateboard & basikal lajak
 

jaih

Legendary Member
Messages
10,162
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,162
Reaction score
532
Points
171
aktiviti basikal lajak nie bagus..
sebab menghasilkan peluh dan badan menjadi aktif..

cuma lokasi agak kurang sesuai..
agak merbahaya jika di gunakan di jalan raya..

bole try tubuhkan pusat utk remaja main skateboard & basikal lajak
skateboard bleh masuk ngan BMX jaa.. tp kalu lajak takleh pasal diaorg main top speed.. kena wat skali ngan geng2 moto.. .kat litar drag... main 400m hehe..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Messages
23,591
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,977
Points
201
kita dok kata ke bebudak yang babir benda bahaya macam ni..

bukan dia dengar pon..

contoh lain, madey dok kata melayu pemalas.. melayu yang pemalas tu mana terkesan dengan kata2 madey tu, yang terkesan bebudak rajin yang mencarik kerja, semua majikan dah cop melayu pemalas, baik majikan upah bangla..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Messages
23,591
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,977
Points
201
skateboard bleh masuk ngan BMX jaa.. tp kalu lajak takleh pasal diaorg main top speed.. kena wat skali ngan geng2 moto.. .kat litar drag... main 400m hehe..

kat luar negara mana ada basikal lajak nih..

ni menunjukkan bebudak melayu kita ni rajin modified..

patut paternkan dan di ketengahkan ke luar negara..
 

AlYamani

Legendary Member
Messages
12,292
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
Abang,akak night ride ramai ramai siap dapat medal,diorang pun ikut gak...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register