BTC USD 49,129.9 Gold USD 1,783.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak sanggup belanja RM800 ubahsuai basikal lajak

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
17ubah.transformed.jpg

SUPERINTENDAN Mohd Ismail Ibrahim (kanan) melihat tujuh basikal lajak yang dirampas anggota trafik.- Foto Zuliaty Zulkifli

JITRA: Seorang pelajar membelanjakan RM800 wang yang diberi bapanya untuk mengubahsuai basikal miliknya menjadi basikal lajak untuk ke sekolah.

Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di sini, ditahan bersama enam lagi pelajar lain berusia 13 hingga 15 tahun dalam operasi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata operasi selama dua jam bermula jam 1.30 petang tadi dilakukan ketika operasi mengesan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan di pekan Jitra, di sini.

Katanya, anggotanya menahan tujuh pelajar terbabit bersama basikal masing-masing untuk tindakan lanjut sebelum memanggil ibu bapa mereka.

"Kita memberi amaran kepada mereka selain memanggil ibu bapa masing-masing untuk mengambil anak mereka selain menasihati pelajar terbabit mengenai bahaya menggunakan basikal lajak ini.

"Saya percaya ramai lagi pelajar menggunakan basikal lajak ini kerana ia menjadi 'trend' semasa," katanya ketika ditemui di IPD Kubang Pasu, di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata, siasatan juga mendapati ada ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang untuk membenarkan anak mereka mengubahsuai basikal tetapi tidak sedar bahaya yang akan dihadapi.

"Kita berharap ibu bapa memberi perhatian untuk memastikan anak mereka tidak terjebak dengan penggunaan basikal lajak ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/376427/budak-belanja-rm800-ubah-suai-basikal-lajak
 
Sponsored Post

ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
sy nak tukar rim moto rm200 pn rasa nk mnangis da.... apatah lg rm800
 

mynameis

Super Active Member
Messages
6,942
Joined
May 2, 2012
Messages
6,942
Reaction score
253
Points
81
makpak bongoks.lagi2 yg bagi anak2 bawak motor padahal kaki pun x jejak tanah klu moto brenti.bawak moto mcm pelesit,bila kena langgar melalak salahkan org lain
 

estacoco

Super Active Member
Messages
7,570
Joined
May 5, 2008
Messages
7,570
Reaction score
28
Points
70
Banyak duit dapat dari mak bapak. Jangan dengan cara salah sudah
 

kopirait

CG Top Poster Club
Messages
39,120
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,120
Reaction score
2,961
Points
206
kalau zaman aku budak2 kaya main basikal GT.
pakai rim kaler, double stand.

yang tak mampu macam aku duduk tepilah.
 

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,899
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
anak melayu cukup champion perkara2 begini
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
budak budak mcm ni selagi belum dapat sakit tu selagi tu la dia bergiat cergas..
lepas kena sakit, cedera baru la sedar gamaknya..
 

safuans

Active Member
Messages
1,673
Joined
Mar 13, 2009
Messages
1,673
Reaction score
320
Points
41
kalau zaman aku budak2 kaya main basikal GT.
pakai rim kaler, double stand.

yang tak mampu macam aku duduk tepilah.

Perrr aku cukup jeles ngan bebudak kaya yang main basikal GT dulu.

aku dok main kejar-kejar ajelah. :D

tapi diorang bawak basikal kat perumahan je... tak bawak ke jalan besar
 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,342
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,342
Reaction score
2,827
Points
201
Melayu tak lokek duit kalau berkaitan hobi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register