Budak Perempuan Meninggal Dunia Di Percayai Di Dera Pengasuh

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
29.03.2020 - Batu Pahat, Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di Batu Pahat, hari ini dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata susulan kematian kanak-kanak itu pada 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Pihak polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia kini sedang dirawat di hospital sama. Hasil pemeriksaan mendapati, dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan.

Azhan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera.

Difahamkan ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/517580
 
Sponsored Post

opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,866
Reaction score
181
Points
33
dalam huru hara mcm ni pun, manusia x ilang sifat syaitan nya
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
mungkin jugak stress bebudak ni bising2 menangis
tp patutnya klu xblh nak jaga bebudak jgn lah ambik
banyak gini konon2 nak bebudak ni diam gi pukul
tergamak pengasuh ni buat gitu
memang setan pengasuh ni :mad:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
mungkin jugak stress bebudak ni bising2 menangis
tp patutnya klu xblh nak jaga bebudak jgn lah ambik
banyak gini konon2 nak bebudak ni diam gi pukul
tergamak pengasuh ni buat gitu
memang setan pengasuh ni :mad:
Kalau tak boleh melayan karenah budak²
Lebih baik tinggalkan je kerja tu
Boleh bawa kepada kes dera sebab tertekan dengan ragam budak²
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
Kalau tak boleh melayan karenah budak²
Lebih baik tinggalkan je kerja tu
Boleh bawa kepada kes dera sebab tertekan dengan ragam budak²
ni mst nak duit je
last2 ambil nak 302
menyesal pun xguna dah
 

paparo

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2010
Messages
4,899
Reaction score
88
Points
65
kesian mak dia..dah la ibu tunggal.nak menanggung beban hidup.ni beban emosi lagi anak dah takde.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,461
Reaction score
194
Points
73
maknye xkan x pasan lebam2 kt bdn anak masa amik balik anak..pastu skrg kn xleh keje..ke mak dia keje frontliner?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
Suspek Dera Kanak - Kanak Di Tahan Reman

30.03.2020 - Batu Pahat, Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian dera sehingga menyebabkan seorang daripada anak asuhan mereka meninggal dunia semalam, direman tujuh hari bermula hari ini, di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Majistret Nurul ‘Izzati Mohamad membenarkan permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Terdahulu, pengasuh dan suaminya dilihat tiba ke perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi namun menyembunyikan wajah kerana tidak selesa dengan kehadiran media.

Media semalam melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, pada 7.15 pagi, semalam, dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata susulan kejadian wanita berusia 33 tahun yang juga pengasuh kepada kanak-kanak itu bersama suaminya berusia 41 tahun ditahan.

“Hasil siasatan awal mendapati selain penderaan terhadap kanak-kanak perempuan itu, abang mangsa yang berusia enam tahun dipercayai turut didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan kini mendapatkan rawatan di HSNI. Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Difahamkan, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.



Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670910/suspek-dera-kanak-kanak-ditahan-reman
 
Sponsored Post
Top
Log in Register