BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak Perempuan 12 Tahun Turun Seorang Diri Ambil Makanan Di Kereta Hilang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
09.10.2024 - Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di perkarangan rumahnya di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kehilangan Madrafataha Indal Bangsawan, 12, dilaporkan oleh ibunya sendiri pada pukul 8.59 malam. Hoong berkata, mangsa keluar dari rumahnya untuk turun mengambil makanan di dalam kereta di kawasan parkir rumah flat selepas diarah oleh ibunya. Katanya, mangsa yang turun seorang diri itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 3 petang.

"Kira-kira pukul 3 petang, ibunya telah mencari di kawasan sekitar parkir kereta, namun anaknya tidak ditemui sebelum membuat laporan polis. Mangsa berbadan kurus, berkulit cerah, berketinggian kira-kira 150 sentimeter dan memiliki rambut paras bahu dengan pakaian akhir kemeja-T sukan warna hijau serta seluar trek hitam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka satu kertas siasatan enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut. Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk salurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

1728484342455.png

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...-diri-ambil-makanan-di-kereta-hilang-di-klang
 
Sponsored Post

Kanak-Kanak Hilang Ketika Ambil Makanan Di Temukan Selamat

14.10.2024 - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Okt lalu ditemui dalam keadaan selamat, kira-kira 2.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilihat sedang berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta berwarna hitam, dipercayai diculik dari penjagaan yang sah. Dia berkata susulan itu, sepasukan polis cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, telah menahan enam individu warga tempatan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran kira-kira lima petang semalam.

“Menerusi penahanan itu, polis juga merampas sebuah kenderaan berwarna hitam dipercayai digunakan semasa kejadian. Semakan terhadap kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 13 hingga 24 tahun tersebut mendapati seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes tersebut telah diklasifikasikan semula kepada Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dipohon di hadapan Majistret Mahkamah Klang pada hari ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak itu dilaporkan hilang, selepas turun untuk mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang. Siasatan awal mendapati dia disuruh ibunya, untuk berbuat sedemikian sekitar 2.20 petang 8 Okt lalu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722443
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register