BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak perempuan 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,734
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,734
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
Jun 24, 2024 10:07 MYT

Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki
Nur Nisa, 12, dicari polis dipercayai lari mengikut teman lelakinya menaiki kereta di Taman Megah, Petaling Jaya pada Ahad.

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 12 tahun dicari selepas dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.30 petang dari bapa kanak-kanak terbabit.

"Siasatan mendapati bapa mangsa telah menghantar anaknya bernama Nur Nisa, 12, ke kedai gunting rambut di Taman Megah, Petaling Jaya.

"Namun kanak-kanak terbabit yang memakai baju T dan seluar jeans biru itu bertindak melarikan diri dengan seorang individu disyaki teman lelakinya dengan menaiki kereta," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Tambahnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan. -
#kanak-kanak perempuan #lari ikut teman lelaki #kanak-kanak hilang #lari dari rumah

 
Back
Top
Log in Register