BTC USD 64,743.8 Gold USD 1,787.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak minta sedekah di bank

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Kanak-kanak (dalam bulatan) ini meminta sedekah sehingga ke parkir kereta.
BAHAU - Tindakan empat kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun yang berkeliaran sekitar kawasan sebuah perbankan di daerah ini sambil mengutip sedekah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.

Malah, difahamkan, kanak-kanak ini dipercayai turut memaksa mana-mana pelanggan bank berkenaan agar memberi wang sehingga mengekori mereka ke tempat parkir kereta.

Orang awam, Fauzi, 30-an berkata, dia sering melihat kanak-kanak itu pada waktu pagi dan petang.

“Mereka ini datang dalam waktu pejabat sekitar jam 9 pagi hingga 5 petang. Selagi mereka tidak dapat wang, mereka akan tunggu walaupun sekadar RM1.

“Keadaan ini sudah berlarutan hampir dua minggu dan tindakan mereka berkeliaran sekitar bank itu memang mengundang rasa tidak selesa,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kanak-kanak yang dimaksudkan itu ada datang ke bank itu kelmarin sebelum beredar beberapa minit kemudian.

Namun hal itu tidak berlarutan begitu lama susulan ia dapat dihidu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah yang mendapat maklumat mengenai keluarga kanak-kanak berkenaan.

Pegawai JKM daerah, Mustafal Bakri Muhammad Yusof berkata, dia sudah menemui ibu dan nenek kanak-kanak itu kelmarin dekat kediamannya di sini.

Menurutnya, dua daripada empat kanak-kanak yang terlibat adalah anak mereka dan selebihnya anak rakan mereka.

"Namun, ibu kanak-kanak ini menjelaskan mereka tidak mengetahui anaknya meminta sedekah dan beranggapan anaknya itu ke sekolah.

"Bagaimanapun, isu itu dianggap selesai selepas kita meminta mereka memantau dan mengambil perhatian lebih mengenai kegiatan anak mereka," katanya ketika ditemui, semalam.

Mustafal berkata, sekiranya ingkar, tindakan lebih tegas akan diambil agar isu itu tidak berlarutan.

"Saya mengingatkan agar semua ibu bapa dan penjaga dapat memantau kegiatan anak masing-masing bagi mengelakkan kes sama berlaku.

"Orang awam juga diminta memaklumkan segera kepada kami sekiranya berlaku kes seperti itu," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/budak-minta-sedekah-di-bank-1.82259
 
Sponsored Post

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,982
Reaction score
65
Points
40
wuhh..ponteng sekolah gi mtk sedekah..advance nih..licik betul..
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
selalunya ada agent yg menjadi dalangnya....sepatutnya waktu tersebut kanak2 itu sepatutnya berada disekolah.
 

SiRentap

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2009
Messages
6,618
Reaction score
395
Points
81
ada satu tempat dkt maybank/cimb gombak org duduk depan pintu bank minta derma anak2 yatim..duduk dari pagi hingga petang..hari2 plak tuh..boleh ker mcm ni :-?
 

arnbestrr

Fun Poster
Joined
Jun 16, 2012
Messages
158
Reaction score
0
Points
10
ada satu tempat dkt maybank/cimb gombak org duduk depan pintu bank minta derma anak2 yatim..duduk dari pagi hingga petang..hari2 plak tuh..boleh ker mcm ni :-?

Boleh, kalau dia mempunya surat kelulusan yg sah dan disahkan oleh JAKIM atau agensi yg bertauliah lain. dan derma seperti ini biasanya akan dipantau dan mestilah tidak mempunyai unsur2 memaksa atau menganggu pelanggan Bank.
 

joee

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,694
Reaction score
944
Points
161
sindiket ni
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,980
Reaction score
553
Points
161
nape bebudak merayap mcm ni xde sape yg nk culik???
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register