BTC USD 41,203.6 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak Lelaki “Tembak” Jatuh Dron Peninjau Tentera Perancis Guna Lastik

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
23.11.2021 - Burkia Faso, Dengan hanya menggunakan lastik, budak lelaki berusia 13 tahun di Burkina Faso yang dikenali dengan nama "Aliou" telah berjaya menembak jatuh sebuah dron peninjau milik Tentera Perancis. Beliau kini digelar "Sniper No 1 Burkina Faso."

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama “Aliou” diraikan sebagai hero oleh penduduk tempatan di Burkina Faso dan diberikan gelaran “Sniper No 1 Burkina Faso” selepas beliau berjaya “menembak jatuh” sebuah dron peninjau (surveillance drone) milik Tentera Perancis dengan hanya menggunakan sebutir batu dan lastik. Anggota tentera negara Eropah dan konvoi mereka sedang dalam perjalanan daripada bandar Abidjan di Ivory Coast menuju ke ibu negara Niger iaitu Niamey dan terpaksa melalui bandar Kaya di Burkina Faso itu.

Penduduk bandar Kaya itu menuduh tentera Perancis “membekalkan” anggota kumpulan bersenjata yang mencetuskan kekacauan di Burkina Faso. Di dalam kekacauan itu, penduduk tempatan turut menyelongkar kontena konvoi tentera Perancis itu dalam usaha mereka untuk mencari sebarang bukti yang menunjukkan keterlibatan negara itu dengan kumpulan bersenjata tempatan. Tentera Perancis dilaporkan tidak meneruskan perjalanan mereka selepas disekat oleh penduduk tempatan di bandar Kaya itu dan berpatah balik ke Ouagadougou, iaitu ibu negara Burkina Faso sebelum menaiki kapalterbang untuk ke Niamey.

Dibawah “Operasi Barkhane”, Perancis menempatkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya di beberapa negara di Afrika termasuk Burkina Faso, Ivory Coast, Mali, Chad, Niger dan Mauritania untuk menentang kumpulan-kumpulan ekstremis termasuk Al-Qaeda dan Daesh. Presiden Emmanuel Macron bercadang mengurangkan kehadiran anggota tentera Perancis di Afrika itu kepada 2,500 di dalam tempoh terdekat. Walaupun kerajaan-kerajaan terbabit menyambut baik anggota tentera Perancis di negara mereka untuk membantu memerangi kumpulan pengganas, terdapat juga kritikan yang menyamakan kehadiran tentera Perancis dengan semula usaha kolonialisasi negara Eropah itu.​

1637648583189.png

"Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas di bandar “Kaya” yang terletak kira-kira 103km di utara ibu negara Burkina Faso, Ouagadougou. Tentera Perancis menggunakan dron itu untuk meninjau perhimpunan dan demonstrasi oleh penduduk tempatan di bandar Kaya yang membantah kehadiran mereka di bandar mereka serta menyekat laluan konvoi kenderaan tentera."
"Apabila keadaan menjadi semakin cemas, anggota tentera Perancis telah menerbangkan sebuah dron untuk meninjau keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh dipenuhi oleh penduduk tempatan yang marah dengan kehadiran mereka. Pada ketika inilah, budak lelaki berusia 13 tahun bernama “Aliou” menembak jatuh dron peninjau Tentera Perancis itu dengan hanya menggunakan sebutir batu dan lastik. Selepas kejayaannya menembak jatuh dron milik Tentera Perancis, “Aliou” telah diberikan gelaran “Sniper Nombor 1 Burkina Faso.” "

Berita asal https://defencesecurityasia.com/budak-tembak-dron-tentera-perancis-lastik/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
1637648603094.png

“Aliou”, budak lelaki berusia 13 tahun yang berjaya menembak jatuh dron tentera Perancis dengan hanya menggunakan lastik.

1637648611512.png

Dron peninjau milik Tentera Perancis yang berjaya ditembak jatuh oleh “Aliou”, budak lelaki berusia 13 tahun.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register