BTC USD 50,372.9 Gold USD 1,785.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak ikut pak cik memancing lemas jatuh titi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUANTAN: Seorang kanak-kanak tiga tahun lemas selepas terjatuh ketika mengikut bapa saudaranya memancing di titi di Taman Mesra di Permatang Badak di sini, semalam.

Mohd Adam Abdullah tergelincir ke dalam tali air sebelum dihanyutkan air deras pada jam 1 tengah hari itu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama lima saudaranya termasuk ibu dan bapa saudara berada di titi apabila dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam tali air.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata usaha mencari dan menyelamat dilancarkan dengan kerjasama polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Katanya, polis yang menerima maklumat kejadian itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas, berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 1.19 tengah hari.

"Seramai 12 anggota bomba ke tempat kejadian, selain enam pasukan penyelam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan.

"Kami memasang tiga sekatan di tali air bagi memerangkap mangsa" katanya.

Usaha mencari dan menyelamat agak sukar kerana air deras dan hujan lebat. Sehingga jam 6 petang, pasukan mencari dan menyelamat belum menemui mangsa.

Turut di tempat kejadian Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Abd Ghani yang memantau usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu, ibu mangsa, Noradlina Mohd Adnan, 19, berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari.

"Saya bersama suami dan ibu ke bandar untuk membeli barang keperluan adik yang dimasukkan ke wad kerana masalah jantung.

"Saya meninggalkan Mohd Adam bersama ibu saudaranya dan terkejut dimaklumkan dia jatuh dalam tali air.

"Sebelum ini Mohd Adam tidak pernah bermain di titi itu walaupun rumah kami hanya 50 meter dari tempat kejadian," katanya.

Anak tunggal itu meminta RM1 daripada ibu dan 20 sen daripada neneknya sebelum mereka ke bandar.
 
Sponsored Post

FaRid^sp

Super Active Member
Messages
5,745
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
sebaya umur ngan anak aku tu.. kesian.. mesti ibunya menyesal tak sudah..
 
tudung87

Legendary Member
Messages
12,870
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120

awal nye kawin?

umo br 19thn, anak dah 3 tahun?
xkan kawin 15ahun?:-?
 
mie86

Fun Poster
Messages
138
Joined
Dec 1, 2009
Messages
138
Reaction score
0
Points
10
cume yg aku terkilannya..aku tgk kt buletin utama td..air dia cetek je..paras pinggang org dewasa..spatutnya kalo sempat pkcik dia bleh slamatkan..tp benda nk jadi kn...ajal dh sampai..
al-fatihah utk mangsa..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register