BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak dicampak ibu dari tingkat 7 selamat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
HONG KONG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terselamat selepas dicampak ibunya daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah, semalam.
Budak itu terselamat apabila jatuh ke jaring perangkap sampah.


Bagaimanapun, jaring itu gagal menyelamatkan ibunya, 41, yang terjun kemudian dan beliau dilapor mati di laluan pejalan kaki pusat beli-belah itu.


Media melaporkan pengunjung menjerit apabila melihat budak itu yang tergantung di jaring mula bergerak ke arah lubang selepas ibunya terjun.


Namun, seorang pengunjung pusat belih-belah di Sham Shui Po, Kowloon berjaya menarik budak itu daripada menghampiri lubang itu dan menyelamatkannya.


Keluarga budak itu dilapor makan tengah hari dan saksi mendakwa ibu bapanya bergaduh sebelum insiden itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ibu budak itu tidak memiliki sejarah masalah mental manakala keganasan rumah tangga tidak pernah dilapor dialami keluarganya.


Januari tahun lalu, seorang lelaki mencampakkan anak saudaranya keluar tingkap apartmen dan kemudian terjun. Kedua-duanya terbunuh. - AFP
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register