BTC USD 43,159.5 Gold USD 1,761.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Budak berhingus tak pakai mask provoke polis, sudah direman 4 hari

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,351
Reaction score
398
Points
91

#Video - Bila Dah Buat Salah Jangan Nak Provok Polis

Terang-terang memang dah buat salah kenapa masih nak cuba provok polis. Nak jadi kes Wawa Enterprise ke?? Apa susah terima jala hukuman di atas kesalahan yang sendiri buat. Tak kisahla alasan tak ada orang ke!!pergi bayar duit minyak tak jauh mana ker!! Ikut SOP kena pakai pelitup muka bila berada di tempat awam kan..jadi pakailah...apa yang degil sangat..

#PatuhSOP
#StayHome
#DisiplinkanDiri
#TeguhMenangBersama

Kredit: RSATM
 
FB_IMG_1626839937468.jpg
FB_IMG_1626839939544.jpg

Petaling Jaya: Lelaki yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak, di sini, dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat sudah ditahan polis, malam ini.

Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Malah, dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun ketika berada di dalam kereta lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Susulan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

▶️HMETRO


Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,789
Reaction score
14,747
Points
1,906

Khairul Azri

· 47m ·

Depan Polis:
Allah bang, Allah bang, Ya Allah bang. Saya faham Abang buat kerja. Kita semua cari makan. Saya hormat abang, saya respek abang, saya minta maaf kalau kita gaduh, saya tak nak masalah, tak tunjuk saya besar, saya rakyat biasa bang, saya belajar degree bukan orang bodoh. Siap bagi selamat petang.

Belakang Polis:
Fuck fuck fuck, gaji dibayar fucking taxes SST GST fuck fuck, sapa complience dgn polis fuck no balls, no backbone fuck fuck take me to jail, fuck semua Malaysian penakut pak turut, nasib aku tak lempang fucking polis, fuck fuck, tau takut aku rekod, fuck fuck, take me to court, i will sue him in court fuck fuck, fuck 5000x, fuck police fucking tool to the gomen, serve the mammon, fucking politician, fuck I'm not scared, fuck let's bring this to court.
.
Apapun, 15 minit video, 4 kesalahan ketara kau rakam sendiri.
1. Tak nak pakai mask walaupun diminta berkali-kali oleh Polis.
Gagal mematuhi operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 - Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan. (10K)

2. Guna telefon bimbit semasa memandu-
17A, LN166/59 saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

3. Tak pakai Tali Pinggang Keledar.
Kompaun maksimum RM300 di bawah Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan 2008)

4. Menggunakan bahasa kesat, lucah terhadap Polis-
Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Harap nanti kalau kena kat court, tak buat cerita sedih, bagi alasan tak kerja, kereta pun pakai kereta mak, masih belajar yada yada...
Kalau boleh guna terus ayat fuck fuck no balls, sue their pants off, fucking mammon cam dalam video kau tadi. Baru lah gempak sikit.

Gudluck brother.



E098F72A-720D-41BA-ABD7-12DEB6D512F1.jpeg
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,119
Reaction score
424
Points
96
Kehkeh konon nak mintak backup, insyaallah backfire.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,789
Reaction score
14,747
Points
1,906
'saya belajar universiti bang, saya ada degree, saya jurusan Economics'

aduhai la

dok main fucking fucking je bercakap, malu ah budak universiti mcm gini
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,119
Reaction score
424
Points
96
Ceh puak antivaxx rupanya patutla.
Acah woke choi
 

QIPIDELANA

Legendary Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,112
Reaction score
379
Points
146
Hahahaha..nak tergelak tgk vid dia ni,sendiri rakam dan menampakkan kebodohan dan kesilapan sendiri,ini namanya bangang tahap dewa.
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,330
Reaction score
479
Points
91
ek eleh.. poyo aaa mamat ni...... dah salah tu salah je laa... say sory je lebih baik....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register