BTC USD 116,476 Gold USD 3,324.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,211
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,211
Reaction score
1,501
Points
201
6157.jpeg

Tiada petunjuk baharu keberadaan kanak-kanak autistik hilang – Polis

PETALING JAYA – Polis masih tidak menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya masih menjalankan pencarian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang petunjuk berkaitan keberadaan kanak-kanak tersebut, pencarian masih diteruskan

“Kita juga telah mengambil keterangan ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 6.36 petang, semalam.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE.
 

Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari​

NOOR AZLIDA ALIMIN
07 JUN 2024

2679731.jpg

Pasangan suami isteri itu yang berbaju lokap berwarna ungu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi permohonan sambung reman.


PETALING JAYA – Reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, disambung selama enam hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret, Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan suami isteri itu yang berbaju lokap berwarna ungu direman sehingga Rabu ini.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding itu, memandangkan ia masih lagi di peringkat permohonan untuk siasatan.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 1 Jun lalu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Polis bawa ibu Zayn Rayyan ke lokasi kejadian​


10 Jun 2024 11:30am


2683533.jpg

Polis mengawal ketat sekitar lokasi di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Isnin.


PETALING JAYA - Polis membawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Dianggarkan seramai 10 petugas media berada di lokasi bagi melaporkan prosedur terbabit dan perkembangan terkini kes itu.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek wanita itu tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Selain itu, juga kelihatan anggota polis membawa patung kanak-kanak, bagaimanapun tujuannya masih belum dapat dipastikan.

2683532.jpg

Kawasan sekitar lokasi kejadian juga dikawal ketat oleh anggota polis.


Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan ibu bapa kepada Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir Jumaat, disambung reman kali kedua selama enam hari lagi sehingga Rabu depan.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan​


07 JUN 2024

2679682.jpg

Bapa Zayn Rayyan yang memakai baju ungu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 9.30 pagi Khamis, untuk permohonan sambung reman.


PETALING JAYA – “Saya dianiaya, ini semua fitnah,” kata bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Ia mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.

Peguam, Fahmi Abd Moin mengesah telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu, tiba di mahkamah pada 8.25 pagi.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Mahmud tidak lagi jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan​


04 Jun 2024 09:22am



SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, keputusan tidak mewakili kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.

Beliau berkata, keputusan untuk tidak lagi menjadi peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan diputuskan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn.

"Ia dibuat berdasarkan faktor-faktor tertentu yang mana saya tidak dapat dijelaskan kepada semua," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

2675741.jpg

Mahmud Jumaat


Jelasnya, dia tidak dapat memberi komen lanjut berhubung situasi tersebut, namun mempunyai sebab kukuh di sebalik keputusan dibuat.

Namun begitu beliau mendoakan agar perjalanan kes tersebut berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

Menurutnya, sebagai pengamal undang-undang, dia menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes berkenaan demi kebaikan bersama.

Kedua ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada Jumaat dan direman selama tujuh hari bermula Sabtu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2675732.jpg

Polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui dibunuh di Damansara Damai di sini, Disember lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Selain ibu bapa, polis baru-baru ini turut mengambil keterangan percakapan daripada bekas pengasuh kanak-kanak autisme tersebut.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2718.jpeg

Kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan

Petaling Jaya: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, ditahan polis hari ini.

Menurut sumber, pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira 11 pagi.

Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiada maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan polis terhadap pasangan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman esok.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Artikel ➡️ Harian Metro

Kes Zayn Rayyan: Polis nafi lambat bertindak​


21 MAR 2024

2584579.jpg

Hussein. Gambar kecil: Zayn Rayyan


SUBANG JAYA – Polis menafikan pihaknya lambat bertindak berhubung siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya dijumpai di kawasan sungai di Damansara Damai, Petaling Jaya, Disember tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.

“Dari hari pertama laporan diterima, semua pihak bertungkus lumus dengan usaha yang kita buat.

“Pihak polis sudah buat yang terbaik, malah kita secara terbuka maklumkan perkembangan siasatan.

“Kita juga ada uar-uarkan mana-mana pihak mempunyai maklumat untuk tampil membantu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan teknikal yang dijalankan telah menemui data-data berkait alamat protokol internet (IP Address) di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Bagaimanapun kata beliau, alamat IP itu tidak membantu serta tidak konklusif ke arah satu individu.

“Semua sudut kita sudah jalankan, namun ada perkara yang kita tidak boleh dedahkan.

“Kita sudah melihat semua sudut dan kita juga menggunakan semua aset yang kita ada termasuk meminta bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk keputusan kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA), namun keputusannya negatif bagi mengesan suspek,” ujarnya.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring mengiring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Petaling Jaya selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

Kes itu diklasifikasi bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelbagai pencarian bahan bukti dilakukan pihak polis di sekitar Apartment Idaman di sini termasuk mengumpul 248 sampel DNA individu dan merakam keterangan saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, guru dan penduduk flat berkenaan.

Dalam pada itu, Februari lalu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Selangor menawarkan ganjaran wang berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.

Sehingga ke hari ini, pembunuh kanak-kanak autisme itu masih belum ditangkap, namun pihak polis masih menjalankan siasatan.

Kes Zayn Rayyan: Tawaran ganjaran tidak ganggu siasatan - KPN​


09 FEB 2024

2532654.jpg

Razarudin - Foto: Bernama


PETALING JAYA – Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ganjaran itu adalah usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

Mengulas jika terdapat individu tertentu mengambil kesempatan atas ganjaran ditawarkan, Razarudin berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Beliau berkata demikian kepada selepas meninjau aliran trafik dari udara susulan cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok.

Pada Selasa lepas, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan dilapor berkata, ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

20 k ni...xde sape nak jadi forensik ke?... polis da tak boleh harap dah..


SHAH ALAM: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga suspek yang membunuh kanak-kanak autism, Zayn Rayyan berjaya ditangkap.

Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata pemberian ganjaran itu dibuat melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dalam usaha membantu menyelesaikan kes pembunuhan kanak-kanak terbabit.

“MCPF Selangor bersedia menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberikan maklumat kepada Polis Selangor untuk menangkap suspek dan dituduh dengan kesalahan itu.

“Ini inisiatif pihak MCPF Selangor yang sudah dipersetujui Pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Thaiveegan yang juga bekas Ketua Polis Pulau Pinang menghadiri sidang media berkenaan yang dipengerusikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sementara itu, Hussein berkata, polis setakat ini masih tidak menemui sesuatu yang kukuh untuk menjurus ke arah individu yang terbabit dalam kes pembunuhan kanak-kanak itu.

“Itu kesulitan yang dialami oleh pihak polis, kita tidak jumpa satu keterangan fizikal atau keterangan verbal yang nampak boleh menjurus ke arah satu individu yang melakukan perbuatan ini.

“Walaupun kita sudah cuba dan pelbagai usaha dilakukan, dari awal Disember hingga kini dua bulan lebih kita berada di tempat itu menyiasat dan juga tempat lain yang difikirkan wajar.


“Kita juga menggunakan bantuan teknikal, tetapi masih belum menemui sesuatu yang dapat menjurus ke arah penangkapan individu itu, tetapi polis masih meneruskan usaha mengesan pihak yang melakukannya,” katanya.

Setakat ini, Hussein berkata, Polis Kontinjen Selangor terutama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu pasukan Bukit Aman melakukan pemeriksaan membabitkan 1,613 unit rumah.

“Polis sudah memeriksa 5,786 individu, 216 kenderaan diperiksa, 17 individu ditangkap dan 243 kenyataan sudah diambil.

“Selain itu, rakaman daripada 15 sistem kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa dan 168 item barang kes dipungut di tempat kejadian serta pelbagai tempat lain.

“Sebanyak 262 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada individu, manakala pemeriksaan forensik turut dilakukan ke atas 42 rumah,” katanya.

Beliau berkata, dalam siasatan kes itu juga, polis menggunakan khidmat lapan anjing pengesan unit K9 sebanyak enam kali, selain khidmat bomba, jabatan perhutanan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

BHonline-

Polis Temui Jalan Buntu, Minta Bantuan Interpol

23.12.2023 - Polis telah meminta bantuan Interpol dalam kes bunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin selepas siasatan bergelut untuk mendapatkan lebih banyak bukti bagi mengesan pihak terlibat. Menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, pihaknya telah meminta Interpol untuk membuat semakan dalam pangkalan data terhadap sekurang-kurangnya satu profil DNA yang ditemui ketika siasatan.

"Kita ada minta bantuan daripada Interpol (untuk semak) pangkalan data sebab (polis) ada beberapa maklumat, walaupun bukan konklusif, tapi boleh bantu siasatan kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini.

Hussein kemudian mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa maklumat yang disemak dengan pihak Interpol berkaitan DNA yang dikesan polis ketika siasatan.

2b1cec4acb675f714c0def3005eef71f.jpg


Berdasarkan laporan sebelum ini, pihak berkuasa mengesan beberapa sampel DNA dan cap jari ketika prosedur bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan awal bulan ini. Namun tidak jelas berapa DNA dan cap jari yang dikesan itu. Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Disember lalu. Dia dan ibunya dilaporkan menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga ketika wanita itu mendapati anaknya gagal dikesan. Dia kemudian cuba mencari anaknya dan kemudian meminta bantuan orang ramai di Facebook.

Pihak berkuasa kemudian memulakan usaha mencarinya dengan bantuan penduduk setempat. Namun mangsa gagal ditemukan menyebabkan polis melancarkan operasi mencari dari rumah ke rumah pada petang 6 Disember. Mayat mangsa ditemukan berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari rumah, kira-kira jam sepuluh malam. Dalam sidang media hari ini, Hussein berkata polis berdepan tugas sukar untuk menyelesaikan kes bunuh tersebut. Setakat ini, katanya, maklumat yang diperolehi yang dapat membantu siasatan adalah "sangat minimal".Antaranya polis masih tidak menemui tempat kejadian jenayah yang utama, katanya lagi.

"Tempat kejadian yang kita jumpa (mangsa) adalah tempat kejadian jenayah yang kedua. Secara asasnya kita kurang dapat keterangan fizikal (di situ) untuk kaitkan dengan penjenayah. Jadi, dalam kes ini satu cabaran bagi polis untuk mengesan keterangan-keterangan sehingga tertangkapnya suspek atau mereka yang terlibat," katanya lagi.

Ia walaupun polis telah melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari lebih banyak petunjuk, seperti pencarian dari rumah ke rumah, mengambil banyak sampel DNA dan menyemak rakaman CCTV di kawasan sekitar. Hussein berkata setakat ini polis telah mengambil sebanyak 248 sampel DNA dan merakam keterangan 225 individu. Dia berkata sampel DNA telah dihantar ke jabatan kimia namun tidak banyak keputusan positif yang dapat membantu siasatan. Namun dia menegaskan polis tidak berhenti mencari lebih banyak bukti dan memberi jaminan siasatan akan terus dibuat sehingga pesalah dikesan.

"Kita tak akan putus asa. Kita percaya kita akan jumpa walaupun bukan sekarang...Kita akan teruskan usaha ini sehingga jumpa pihak yang terlibat," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/691047

23044.jpeg

Ibu bapa Zayn Rayyan terburu-buru beredar dari Blok R

Ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin bersama adik bongsunya, kelihatan bergegas meninggalkan kediaman mereka di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Pemantauan MalaysiaGazette mendapati ibunya, Ismanira Abdul Manaf dan bapanya, Zaim Ikhwan dilihat terburu-buru memasuki kereta Perodua Myvi berwarna hijau selepas 5 minit polis melakukan rondaan.

Sponsored Post

Budak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia​

06 Disember 2023 10:38pm

2451716.jpg

Zayn Rayyan


PETALING JAYA - Kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Setakat ini pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat ditemui.
 
3270.jpeg
3272.jpeg
3276.jpeg

Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui mati

PETALING JAYA – Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk danggarkan lebih 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE.
 
3278.jpeg

Suasana hiba usai tubuh Zayn Rayyan ditemui

PETALING JAYA – Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.

Rata-rata penduduk di sini masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa hilang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam ini.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE.
 

'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi​


07 Disember 2023 12:35am

2451783.jpg

Faizol Najib


PETALING JAYA - "Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam (Selasa) Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini," demikian kata seorang saksi, Faizol Najib Abdul Naim.

Dia bersama empat lagi penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai bersama pasukan polis sepatutnya melakukan pencarian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin berusia 6 tahun dari rumah ke rumah.

Faizol Najib, 45, berkata, dia kemudian melakukan pencarian di kawasan belukar di belakang apartmen berkenaan dan terus ke hujung anak sungai.

"Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai, saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Katanya, dia bersama penduduk memeriksa keadaan kanak-kanak terbabit.

2451782.jpg

Laporan Sinar Harian.


"Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, mangsa lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.

"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis berhubung penemuan kanak-kanak itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mangsa pada jam 10 malam.

Pada Rabu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.36 petang Selasa.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.
 

Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui​


07 Disember 2023 01:02am

2451789.jpg

Mohd Fakhrudin


PETALING JAYA - Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata, selepas laporan polis diterima, pasukan mencari dan menyelamat sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

"Kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (Rabu) kita juga mencari di kawasan ini.

"Polis akan menjalankan siasatan disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Fakhrudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terbabit iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat yang turut bersama pasukan polis melakukan pencarian," katanya.

Pada Rabu, kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman.

Mohd Fakhrudin dilaporkan berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari kediamannya.
 

Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui​


07 Disember 2023 01:02am

2451789.jpg

Mohd Fakhrudin


PETALING JAYA - Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata, selepas laporan polis diterima, pasukan mencari dan menyelamat sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

"Kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (Rabu) kita juga mencari di kawasan ini.

"Polis akan menjalankan siasatan disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Fakhrudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terbabit iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat yang turut bersama pasukan polis melakukan pencarian," katanya.

Pada Rabu, kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman.

Mohd Fakhrudin dilaporkan berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari kediamannya.
betul? atau orang lain
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register