BTC USD 39,978.6 Gold USD 1,863.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta

du_06.1.jpg

LOKET yang ditemui James Hyatt.​

HOCKLEY, Britain - Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex, lapor sebuah akhbar semalam.

Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.

Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.

Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.

Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."

Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.

Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.

Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi. - Agensi
 
Sponsored Post

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
pehhh nasib dia la tu..mahal lak tu..
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
ni bukan stakat durian runtuh, skali ngan pokok2 durian jatoh
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,730
Reaction score
299
Points
141
kecik2 dah jadi jutawan...
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,550
Reaction score
27
Points
70
kalau kat mesia kita bleh dapt x?
 

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
aku nak beli pengesan logam la kalu gini....
mana tau leh jumpa emas gak....
 

kumbang_sakti

Fun Poster
Joined
Dec 30, 2007
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
Bilalah aku nak jumpa benda benda macam ni... manalah tahu masa jalan jalan kat kebun.. terjumpa pulak.. senang hati den..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register