BTC USD 56,831.7 Gold USD 1,778.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 2 tahun mati lemas dalam besen rumah pengasuh

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
988888.jpg


GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada Rabu.

Mangsa dikenali Sophia Fatehah Wan Farhan Danial.

988894.jpg


Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.

“Ketika dihubungi anak lelaki, saya berada di Taiping. Saya terus bergegas dari Taiping ke Hospital Pulau Pinang selepas mengetahui kejadian ini.

“Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana cucu saya sudah lama berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Rabu.

Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik yang mana, ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.


== sinar harian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'

'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'


GEORGE TOWN: Bapa kepada kanak-kanak perempuan yang maut selepas lemas dalam besen di rumah pengasuhnya reda dengan pemergian anak bongsunya, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial, 2 tahun.

Wan Farhan Danial Wan Azmi, 26, berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu, dia dan keluarganya tidak menyalahkan wanita yang juga pengasuh anaknya ke atas insiden yang berlaku.

"Sudah semestinya sedih tetapi kami reda dengan kejadian yang menimpa Sophia Fatehah. Saya tidak menyalahkan pengasuh sebab kami sekeluarga dah lama kenal dia.

"Dia menjaga Sophia sejak lahir malah anak sulung saya yang berusia enam tahun juga dalam penjagaannya sejak berusia enam bulan lagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Rabu.

Menceritakan kejadian tersebut, Wan Farhan berkata, dia menerima panggilan daripada pengasuh Sophia kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa ketika berada di HPP untuk mendapatkan laporan perubatannya.

Menurutnya, pengasuh Sophia memaklumkan anaknya itu tidak sedarkan diri selepas lemas di dalam bilik air lalu membawanya ke HPP untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Selepas mengetahui kejadian itu, saya terus ke wad yang menempatkan Sophia.

"Saya ada berbual dengan pengasuh dan dia mendakwa ketika kejadian, dia sedangkan memandikan Sophia.

"Bagaimanapun, dia meninggalkan anak saya di dalam besen (sekejap) untuk mengambil tuala.

"Ketika dia kembali semula ke dalam bilik air, dia mendapati Sophia sudah tidak sedarkan diri," katanya.

Tambahnya, wanita tersebut cuba memberikan bantuan awal terhadap Sophia sebelum membawanya ke HPP untuk rawatan lanjut.

"Baru semalam saja jumpa Sophia dan tidak sangka sama sekali kami akan kehilangannya pada hari ini. Dia baru seminggu pulang ke rumah selepas seminggu dirawat di HPP.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas pada jam 3 petang, Selasa.

Menurutnya, mangsa yang berusia setahun lima bulan berada dalam keadaan kritikal selain berada di bawah pemantauan pakar ketika dirawat di HPP dan disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi, Rabu.

Tambahnya, susulan daripada itu, polis menahan wanita berusia 43 tahun itu pada jam 12 tengahari bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman terhadap wanita tersebut (pengasuh) akan dijalankan bagi melengkapkan siasatan. Proses bedah siasat mangsa akan dijalankan pagi esok (Khamis) selepas 'swab test' Covid-19 dijalankan.

"Siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti jika ada sebarang unsur jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selari bersama mati mengejut ( SDR)," katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kejadian, Anbalagan berkata, suspek telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak selain mengenali ibu mangsa sejak dari sekolah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek telah mengisi air di dalam besen sehingga hampir penuh untuk mandikan mangsa pada jam 11 pagi.

"Ketika itu, suspek baru teringat yang dia terlupa untuk mengambil tuala lalu pergi mengambilnya lebih kurang jarak 10 langkah dari bilik air.

"Apabila kembali semula ke bilik air, dia mendapati kepala mangsa telah tenggelam dengan hampir separuh badan berada di dalam air (dalam besen) manakala kakinya di luar besen," katanya.

Jelasnya, suspek segera mengalihkan mangsa dari besen dan ketika itu mangsa masih dalam keadaan sedar.

"Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa terus memakaikan lampin pakai buang dan menidurkan mangsa namun selepas 30 minit, suspek mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

"Suspek kemudiannya terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan dan pada masa sama, cuba membuat bantuan pernafasan (CPR ) terhadap mangsa.

"Ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari," katanya.

Anbalagan berkata, tiada saksi lain yang melihat ketika mangsa lemas.

"Mangsa anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang berusia 26 dan 25 tahun.

"Kedua-duanya bekerja sebagai juruteknik dan operator kilang di Bayan Lepas," katanya.


== astro awani
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,486
Reaction score
12,505
Points
2,376
TRAGEDI | Kanak-Kanak Lemas Dalam Besen

Kematian kanak-kanak dua tahun yang ditemui lemas dalam besen di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang kelmarin disahkan tiada sebarang unsur jenayah.

Keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,362
Reaction score
188
Points
83
Ralat bila baca...
Semua kena tahu ye..kalau ada sesiapa lemas.. Kemudian dapat diselamatkan dan mangsa masih sedar... Cepat2 pergi hospital ye..

Jangan buat xtahu cakap semua ok je..

Sebab apa... Sebabnya air dah masuk paru2... Bila mangsa baring.. Air tu yang tenggalamkan sebahagian paru2... Jadi dia akan lemas semula... Dengan cecair dalam paru2...

Jangan buat main...

Siapa yang baca ni tolong alert.. Xkisah lemas dimana mana.. Kalau selamat tolong bawa hospital dan jangan baring..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,960
Reaction score
2,734
Points
206
Ralat bila baca...
Semua kena tahu ye..kalau ada sesiapa lemas.. Kemudian dapat diselamatkan dan mangsa masih sedar... Cepat2 pergi hospital ye..

Jangan buat xtahu cakap semua ok je..

Sebab apa... Sebabnya air dah masuk paru2... Bila mangsa baring.. Air tu yang tenggalamkan sebahagian paru2... Jadi dia akan lemas semula... Dengan cecair dalam paru2...

Jangan buat main...

Siapa yang baca ni tolong alert.. Xkisah lemas dimana mana.. Kalau selamat tolong bawa hospital dan jangan baring..

bantuan awal macam mana yang boleh diberikan sementara menunggu ambulans tiba?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,960
Reaction score
2,734
Points
206
Bagi mangsa mengiring untuk keluarkan air..

kalau kita cuba bagi bantuan awal tapi teknik salah.
adakah kita boleh disalahkan?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register