BTC USD 38,383.4 Gold USD 2,036.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 11 Tahun Maut Di Tetak Rakan Bapa Tiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,383
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
54,383
Reaction score
6,161
Points
916
Awards
1
23.09.2023 - Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut ditetak oleh rakan kepada bapa tiri di depan rumahnya di Perumahan Pekerja Felda Sahabat 30, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kanak kanak lelaki warga asing itu ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit berkenaan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Katanya, siasatan di tempat kejadian menemui mayat kanak-kanak lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

"Terdapat kesan tetakan oleh objek tajam dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, hadapan dan belakang leher serta tapak tangan kiri mangsa putus. Polis sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Motif kejadian belum dikenal pasti. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati," katanya.

Rohan berkata, siasatan mendapati suspek adalah rakan bapa tiri mangsa dan melarikan diri selepas kejadian.. Sementara itu, Rohan meminta kerjasama daripada orang ramai terutama masyarakat di sekitar Felda Sahabat, untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek di balai polis berhampiran atau kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, Asisten Superintendan Kharuddin Husain di talian 013-9071709.
1695481977553.png

 
Sponsored Post

Polis sedang giat mengesan suspek iaitu

1. seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo
2. berusia 33 tahun dan
3. bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit berkenaan,"

katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register